Skip to main content

Mengenal Allah dengan Jalan Makrifat


Mengenal Allah dengan Jalan Makrifat

Assalamualaikum Semua.. Jumpa lagi.

      Kali ini saya ingin sentuh sikit bab Makrifat Mengenal Allah, terlebih dahulu saya kenalkan diri yg saya ni bukanlah seorang alim ulamak, Tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk menulis apa yang pernah saya belajar dan faham dengan tajuk " Jalan Makrifat Mengenal Allah"

      Sebab apa saya nak sentuh bab ini, ya memang ia tajuk agak besar dan beral kepada pencinta agama islam. Sebabnya hanyalah satu, saya lihat begitu banyak salah faham tentang Ilmu Makrifat Mengenal Allah ni... Bermacam-macam ragam masyarakat dalam cuba membicarakan Ilmu Makrifat ini...

      Secara Ringkasnya Ilmu Makrifat ini ada di dalam Bab Ihsan. Pasti yg sudah tahukan Rukun Agama. Iaitu , Islam, Iman dan Ihsan. Saya akan berbicara Bab Ihsan iaitu Jalan Makrifat Mengenal Allah.

      Sesiapa yang berminat untuk membaca tulisan saya ini, teruskan. Kepada yg sudah awal lagi tak setuju dengan saya, saya nasihatkan berhenti membaca..

      Pertama Sekali saya ingin katakan berdasarkan dengan saya pernah belajar dan faham.. Orang sampai kepada Allah itu ada dua cara..

# 1 : Dengan Berusaha Mengenal Allah
  •    Berusaha yang saya maksudkan seperti Belajar, Berzikir, Memohon Doa, Melakukan Solat dan berbuat amal yang baik untuk mengenal Allah.
  •    Belajar Tentang Kekusyukkan didalam solat, Iklas dalam Beribadah. Melawan Hawa nafsu sehinggah timbul perasaan rindu untuk beribadah kepada Allah dan takut dan melakukan maksiat kerana sudah merasakan diri selalu bersama Allah.
  •    Boleh lah saya simpulkan bahawa kebanyakkan kita yang inginkan untuk mengenal Allah perlu menjalani semua ini. Perlu berusaha. dan itulah yang kita sedang buat sekarang dengan menuntut ilmu. 
  •    Sebab itu pentingnya kita perlu ada Islam(Rukun Islam), Iman(Rukun Iman), dan Ihsan(Ilmu Tasawuf) dalam diri seorang penuntut ilmu. Jangan Menolah satu darinya.. Tapi malangnya di akhir zaman ini ada yang mengatakan Ilmu Tasawuf itu adalah Kotor seperti air acaq. Dari mana kita nak belajar tentang Aklak yang baik kalau bukan dari cabang ilmu Tasawuf ?

# 2 : Orang Yang Tidak Berusaha, Tapi Allah Yang Mengenalkan Diri-NYA kepada Hamba tersebut
  •    Mungkin ini pernah kita dengar dan saya yakin semua orang pernah dengar dan lihat sendiri. Seorang itu dulunya di kenali seorang yang mempunyai aklak yg tak baik, sering melakukan maksiat  background yang kebanyakkan masyarakat melihat sipi. Tapi bertukar 360 darjah cara hidupnya menjadi seorang yang kuat ibadah, baik Akhlak, selalu menagis kerana Allah. 
  •    Seorang yang dulunya pembeci Islam tapi sekarang bertukar menjadi seorang pendakwah Islam yang hebat. Seorang Mat atau Minah Salleh yg hidup di tegah-tegah orang Kafir tiba-tiba menjadi pencinta Islam dan terus mencari Allah. itu di sebabkan dia mendapat satu anugerah dari Allah sendiri. Tiada siapa yang dapat menghalang kehendak Allah.
  •    Orang-orang sebegini yg sudah mengenal Allah melalui jalan Makrifat ini akan sendirinya meninggalkan segala amal buruk  dan menjadi seorang ahli Ibadah. Dan selepas itulah baru belajar dengan Ilmu-ilmu fiqh , aqidah dan sebagainya.

Salah Faham Tentang Ilmu Makrifat Mengenal Allah
  •    Kebanyakkan kita-kita ini adalah dari kumpulan yang pertama, yang perlu berusaha berusaha untuk mengenal Allah. Jangan la kita berlakon atau bersikap seperti kita ini adalah insan yang terpilih seperti kumpulan kedua tadi.  Sedarlah diri di mana kita berada, kalau Betul-betul Allah telah pilih kita. Kita takkan ada masa utk memberitahu orang yang kita ini antara orang yang Allah kenalkan diriNYA kepada kita. Melainkan kita hanya tahu beribadah dan menginsafi diri.
  •    Apa jadi kalau dia yg sendiri mengaku dia ada di makam yang lain, tak sama seperti orang-orang yang lain. di sinilah nampak kekeliruan dalam diri. merasakan diri sudah tak perlu solat lalu tak solat. ia bukan menjadikan diri begitu dekat dengan Allah, tapi semakin jauh

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Karangan Sayangi Malaysiaku

     Sayangi Malaysiaku Karangan Sayangi Malaysiaku       Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan.      sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^       Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan pe...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara

Mee Rebus Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara     Sebut saja Mee Goreng Mamak pasti akan terpapar dalam minda Rasa keriuk-keriuk keropok udang dan rasa yang luar biasa yang tak dapat di terjemahkan oleh perkataan. Kena rasa dulu baru faham apa yang saya maksudkan tetang perasaan itu. Tak Hairanlah di Utara ramai pengemar Mee Gorang dan Mee Rebus ala Mamak. Kedai Mee Mamak juga banyak terdapat di Utara semenanjung terutamanya di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Sapa yang sampai Utara rugi kalau tak cari Mee mamak untuk merasai keenakan Makanan yang populer di utara ini. Salah satu kedai Mee Goreng dan Mee Rebus yang terbaik di Kedah terletak di Pekan Changlun iaitu Mee Mohd Ali yang terletak di tengah-tengah Pekan Changlun.  Mee Mohd Ali Pekan Changloon Kedah Apa yang special tentang Mee Mohd Ali ni adalah ia Masih mengekalkan tradisi lama mungkin petua warisan keluarga dengan mengunakan Arang sebagai bahan api untuk Masakkan. Memang berbe...

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam Pernah tak telefon anda berdering daripada nombor yang langsung tidak dikenali? Bila angkat, rupanya ejen jualan, scammer atau panggilan spam. Sebenarnya ada satu aplikasi yang boleh membantu mengenal pasti siapa yang sedang menghubungi anda sebelum anda menjawab panggilan tersebut. Aplikasi itu ialah Truecaller . Walaupun aplikasi ini sudah digunakan oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kewujudannya atau bagaimana ia berfungsi. Apa Itu Truecaller? Truecaller ialah aplikasi pengenalan pemanggil (Caller ID) yang boleh memaparkan nama individu atau organisasi yang menghubungi anda, walaupun nombor tersebut tidak disimpan dalam telefon. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mengesan dan menyekat panggilan spam, telemarketing serta nombor yang sering dilaporkan sebagai scam oleh pengguna lain. Bagaimana Truecaller Berfungsi? ...