Salah Guna Dadah di Malaysia Kritikal |
Masalah Salah guna dadah di Malaysia semakin hari semakin kritikal. Saya rasa semua orang sedar benda ni. Jelas sekali perubahan yang mendadak di rasai oleh Masyarakat dalam 5 ke 10 Tahun kebelakanggan ini.
Boleh di katakan di setiap penjuru bandar, desa, pekan mahupun kampung akan menghadapi Masalah ini. Menurut AADK Agensi Anti Dadah kebangsaan, Sebanyak 400,000 individu yang berdaftar terlibat dengan dadan dan ada yang masih aktif.
Pada Tahun lalu AADK merekodkan sebanyak 162,000 individu yang terlibat dengan dadat berumur antara 19 tahun sehingga 39 tahun. Ini adalah umur generasi yang bakal mewarisi Negara Kelak. ia semestinya membimbangkan.
Negeri yang Paling Banyak menghadapai Masalah memerangi dadah Adalah Perak, Kelantan Dan Johor. Dadah yang paling populer di Malaysia adalah Shabu, Pil Kuda, Methamphetamine.
Antara Zon Merah yang di kenal Pasti oleh pihak berkuasa.
Terdapat 178 tempat yang di kenalpasti sebagai Zon yang berisiko tinggi( KBT) ( Zon Merah ) yang terdedah dengan Masalah ketagihan dan pegedaran dadah.
Perak mencatatkan (KBT) yang tertinggi iaitu 30 lokasi, di ikuti Johor 23 Lokasi, Negeri Sembilan 16, Selangor 15, Kelantan dan Kedah masing-masing 13 lokasi, Pahang 12, Pulau Pinang 11, Kuala Lumpur dan Terangganu 10 lokasi, Melaka, Sabah dan Sarawak Masing-masing 7, dan 4 lokasi di Perlis.
Perlu di Ingatkan Data-Data sebegini Pasti akan bertambah setiap tahun. Ia perlu kerjasama daripada semua lapisan Masyarakat untuk membendung dan memerangi Dadah Habis-habisan.
Baca Juga ;
" Proses Pemulihan Penagih Dadah Tegar "
Baca Juga ;
" Proses Pemulihan Penagih Dadah Tegar "
Comments