Skip to main content

Tips Beli Laptop Second Hand atau Recond

Tips Beli Laptop Second Hand ata Recond
Tips Beli Laptop Second Hand ata Recond 
Keperluan pengunaan Laptop di masa kini begitu meluas. Boleh di katakan sangat penting untuk mereka yang berkerja di pejabat ataupun sebagai seorang pelajar. Sekarang boleh di katakan segala tugasan kerja memerlukan Laptop ataupun Komputer peribadi.

Ada di antara kita,  dalam usaha menjimatkan duit, Mereka hanya memilih untuk membeli Laptop yang sudah terpakai, disebut juga sebagai Laptop Recond ataupun Refurbish. 
Adakah elok Membeli Laptop Second Hand , Recond ini ? 

Bagi saya ya, ia elok untuk golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewanggan. dan tak mampu beli Laptop baru. Tetapi amat memerlukannya untuk anak-anak menyambung belajar dan sebagainya. Elok juga kepada mereka yang bijak berbelanja.

Saya sarankan kepada yang ingin mencari Laptop terpakai ini, carilah Laptop terpakai yang di Import dari Negara Japan. Tak susah untuk mencari kedai-kedai yang menjualnya sekarang. Sebab apa saya sarankan membeli Laptop yg di import dari Japan.

Di Negara Japan , pengunaan Laptop komputer mereka adalah setapak lebih maju dari negara kita. Jadi tak hairailah teknologi yang di Malaysia boleh di katakan baru di gunakan tetapi di Japan sudah di Ganti dengan Teknologi atau Laptop Baru. 

Gred atau kualiti Laptop Terpakai dari Japan adalah yang terbaik berbanding Dari Negara-negara lain. Cara mengetahuinya dengan mudah. Pastikan Di Keybord laptop tersebut ada tulisan Japan.

Jadi tak perlu anda membazikan duit untuk membeli Laptop baru, kalau laptop Recond Japan pun dan sama hebat atau ada yang lebih canggih lagi dari Laptop baru yang ada di Pasaran Malaysia.

Untuk perbandigan Harga. Satu Laptop Baru yang mempunyai spec yang sama berharga 3/4 Ribu ringgit. Dengan Laptop recond anda hanya perlu membelanjakan sekitar RM900 ke 1300 sahaja. Banyak yang boleh anda Jimat.

Tapi sebelum beli Laptop Recond Yang di Import dari Japan, di sini saya nak share sikit tips cara untuk membelinya.

Tak semua Laptop yang datang itu semuanya elok. di sebabkan faktor ia datang dengan mengunakan Kargo, dan dia sudah pernah di gunakan, wajib kita memilih dan tahu laptop tersebut betul2 elok.

# Tips 1 : 
Pastikan ia tidak Calar dengan bigitu banyak, atau pecah di bahagian Casingnya. kalau ada tanda-tanda itu bermaksud Laptop itu sudah pernah menerima gegaran yang kuat semasa process pemindahan. Ia tidak elok untuk kompenen-komponen di dalamnya.

# Tips 2 : 
Pastikan Warna pada Screen adalah Normal. Tidak kelabu, atau mempunyai warna yang agak berlainan dari kebiasaan anda lihat pada laptop. Screen Laptop antara benda yang Mudah rosak.
Pastikan ianya Ok.

# Tips 3 :
Benda yang paling mudah rosak pada sesebuah Laptop atau pun Personal Komputer adalah Harddisk. Di sini, anda perlu tahu yang Harddisk laptop itu bekerja dengan baik atau sebaliknya. Caranya pastikan (Shutdown dan On ) tidak mengambil masa yang begitu lama. Letakkan tangan anda di belakang laptop dan anda boleh rasa sendiri pegerakkan Harddisk tersebut. Kalau ia terasa agak kasar bermakna Harddisk Laptop tersebut tidak bigitu elok. 

Sekarang ada teknologi baru Yang Mengantikan Harddisk(HDD) ini , Ia dinamakan Solid State Drive (SSD). SSD tidak mengunakan Disk di dalamnya. jadi anda tak boleh merasa pegerakan SSD seperti HDD sebab ia mengunakan Chip Memori. SSD lebih laju dari HDD. Kalau ada Budget lebih, tukar terus ke SSD.

# Tips: 4 
Pastikan Laptop tidak begitu panas, dan pastikan juga system Cooling Fan berfungsi dengan Baik.

Ini lah benda-benda yang anda perlu lakukan Jika ingin membeli Laptop recond. Walaunya ianya hanya ringkas, Harap dapat membantu anda menjadi pembeli yang bijak.

Baca Juga ;

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam Pernah tak telefon anda berdering daripada nombor yang langsung tidak dikenali? Bila angkat, rupanya ejen jualan, scammer atau panggilan spam. Sebenarnya ada satu aplikasi yang boleh membantu mengenal pasti siapa yang sedang menghubungi anda sebelum anda menjawab panggilan tersebut. Aplikasi itu ialah Truecaller . Walaupun aplikasi ini sudah digunakan oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kewujudannya atau bagaimana ia berfungsi. Apa Itu Truecaller? Truecaller ialah aplikasi pengenalan pemanggil (Caller ID) yang boleh memaparkan nama individu atau organisasi yang menghubungi anda, walaupun nombor tersebut tidak disimpan dalam telefon. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mengesan dan menyekat panggilan spam, telemarketing serta nombor yang sering dilaporkan sebagai scam oleh pengguna lain. Bagaimana Truecaller Berfungsi? ...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam: Rehatkan Diri Daripada Kesibukan Mengatur (Tadbir)

Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam: Rehatkan Diri Daripada Kesibukan Mengatur (Tadbir) Pernah tak anda rasa terlalu penat memikirkan masa depan? Asyik fikir tentang duit, kerja, anak-anak, perniagaan, hutang, kesihatan dan macam-macam lagi. Siang fikir, malam pun susah nak tidur sebab kepala masih sibuk merancang itu dan ini. Sebenarnya, kita bukan seorang sahaja yang pernah melalui keadaan seperti itu. Hampir semua orang pernah merasa letih kerana terlalu ingin mengawal setiap perkara dalam hidup. Dalam Kitab Al-Hikam , Imam Ibnu Athaillah As-Sakandari memberikan satu nasihat yang sangat mendalam melalui Hikmah Ke-4. Nasihat ini seolah-olah menenangkan hati orang yang sentiasa gelisah memikirkan masa depan. Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam أَرِحْ نَفْسَكَ مِنَ التَّدْبِيرِ، فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُكَ عَنْكَ لَا تَقُمْ بِهِ لِنَفْسِكَ Maksud: "Rehatkan dirimu daripada kesibukan mengatur urusanmu. Kerana apa yang telah diuruskan oleh Allah untukmu, tidak perlulah engkau be...