Skip to main content

Mak Cik Bawang dan Pak Cik Bawang, Anda Suka Akan Kehadiran Mereka?

Mak cik bawang
Mak Cik Bawang 
Mak Cik Bawang dan Pak Cik Bawang, Anda Suka Akan Kehadiran Mereka?

1. Rasanya saya dah tak perlu perkenalkan lagi siapa mereka, pasti semua dah kenal dengan Mak Cik Bawang dan Pak cik bawang ni. Cuma persoalan saya, adakah anda selesa dengan kehadiran mereka ?

2. Istilah membawang ni sekarang sudah biasa dalam masyarakat lebih-lebih lagi dalam dunia netizen. Ada yang di angkat menjadi tentera bawang Malaysia, dengar mcm agak melucukan, tapi awas kalau anda menjadi mangsa serangan tentera bawang, pasti kucar-kacir hidup anda.

3. Sejujurnya, aku tak suka sangat kepada Mak Cik Bawang dan Pak Cik bawang ni. Kalau aku jumpa mereka-mereka ni, selalunya aku tak banyak berbual dengan mereka sebab aku tak suka. Bila dah tak suka, topik yang nak dibual pun tak banyak lah kan. Cuma soalan-soalan basic je lah, " mak cik dah makan ke?, pak cik sihat ke?" Lepas tu belah.

4. Bukan apa takut , kalau banyak sangat maklumat yang kita bagi dekat mak cik dan pak cik bawang ni, takut nanti kita pula di bawangnya bersama geng-geng bawang dia kan. So, untuk langkah berjaga-jaga baik tak payah layan sangat orang-orang mcm ni.

5. Nak nasihat pun , masing-masing dah Tua dah. Rasanya dah berbuih mulut Ustarz dan Ustazah menasihat di masjid, disurau, dalam Tv, dalam Radio. Tapi nampak mcm curah air pada daun keladi saja.

6. Bukan mereka tak tahu dosa pahala. Kalau benda yang di bawangkan tu adalah betul-betul belaku, itu di namakan mengumpat. Kalau benda yang di bawangkan tu salah, tu di namakan Fitnah. Kedua-duanya adalah salah di sini Agama Islam. Kalau mengaku diri Muslim, hentikanlah tabiat suka membawang tu wahai mak cik dan pak cik.

7. Berdasarkan pengetahuan aku lah kan. Selalunya Mak Cik dan Pak Cik yang suka membawang ni lah yang paling kuat sentap kalau tahu ada orang membawang tetang diri dorg , betul tak? So memang betullah aktiviti suka membawang ni tak ada sapa pun suka. Cuma sedap mengata orang je, mungkin syaitan yg sedang berkata-kata dalam diri tu. Berkata baik atau diam.

8.Banyak sebenarnya topik-topik yang boleh di bincangkan masa kumpul ramai-ramai di petang hari tu. Antaranya boleh share menu2 masakkan, boleh bincang bab cara nak jana pendapatan lebih, maklum lah sekarang zaman covid semuanya jadi susah. Yang lelaki pula boleh sembang bab bola ke. Tak la topik tu berkisar berkaitan anak Mak Cik Kiah yang tak beranak-beranak sampai sekarang tu.

9. Saranan aku,  cukup-cukuplah membawang tu, sekarang ni kita hidup dalam Normal Baru, buang lah tradisi lama dalam masyarakat kita yang suka membawang, yang suka mengumpat sesama saudara semuslim tu. Perbanyakkan lah berzikir bertahmid dan bertasbih. Tak ada seorang pun akan menongkat dunia ni. Ayohlah bina masyarakat yang lebih harmoni. Say no kepada membawang.

10. Sekian saja artikal membawang saya kepada mak cik dan pak cik bawang ni.. hehehe

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara

Mee Rebus Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara     Sebut saja Mee Goreng Mamak pasti akan terpapar dalam minda Rasa keriuk-keriuk keropok udang dan rasa yang luar biasa yang tak dapat di terjemahkan oleh perkataan. Kena rasa dulu baru faham apa yang saya maksudkan tetang perasaan itu. Tak Hairanlah di Utara ramai pengemar Mee Gorang dan Mee Rebus ala Mamak. Kedai Mee Mamak juga banyak terdapat di Utara semenanjung terutamanya di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Sapa yang sampai Utara rugi kalau tak cari Mee mamak untuk merasai keenakan Makanan yang populer di utara ini. Salah satu kedai Mee Goreng dan Mee Rebus yang terbaik di Kedah terletak di Pekan Changlun iaitu Mee Mohd Ali yang terletak di tengah-tengah Pekan Changlun.  Mee Mohd Ali Pekan Changloon Kedah Apa yang special tentang Mee Mohd Ali ni adalah ia Masih mengekalkan tradisi lama mungkin petua warisan keluarga dengan mengunakan Arang sebagai bahan api untuk Masakkan. Memang berbe...

Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation

Download dam Install Printer Driver Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation          Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini : Canon w...

Pembekal Keropok Ikan Segera Terengganu, Keropok Baby Terengganu

Pembekal Keropok Ikan Segera Terengganu, Keropok Baby Terengganu Terengganu Negeri pantai timur yang terkenal dengan keropok lekor dan pelbagai jenis keropok ikan. Kalau sesiapa pergi ke Terengganu tapi tak bawa pulang sekali keropok ikan, itu bermakna anda sudah membuat silap besar. Keenakan keropok ikan Terengganu memang tiada tandingannya. Tak sama dengan keropok ikan di Negeri lain mungkin suasana tradisi pembuatan keropok di Terengganu sudah berada di level lain. Sekarang, ada produk viral iaitu keropok Ikan Segera Terengganu atau di kenali jiga dengan Nama Keropok Baby Terengganu.   Penangan keropok Baby ini  akan membuatkan keenakkan rasanya melekat di dalam fikiran sesiapa saja yang mengunyahnya. Kepada sesiapa yang berminat dan teringin nak rasaya, di bawah adalah info berkaitan Keropok Ikan Segera Terengganu. KEROPOK BABY SEGERA RANGUP & SEDAP 100% muslim produk ✨ Asli dari Pantai Timur ✨ Rangup & Sedap dimakan begitu saja ✨ Tak perlu goreng ✨ Tanpa pengawet ...

Cara Jual Ebook di Malaysia Dengan Keuntungan 50%

Cara Jual Ebook di Malaysia Dengan Keuntungan 50% Ebook adalah buku Online yang wujudkan Format PDF dan seangkatan dengannya. Di sebabkan dunia online sekarang sudah berkembang pesat maka, buku berbentuk fizikal yang selalu kita guna dan baca juga turut terkesan dengan belaku revolusi dengan tercetusnya Ebook. Banyak penulis dalam pelbagai Bidang sudah ditulis dalam bentuk EBook dan dijual melalui Email. Jadi kita hanya perlu buka Email dan download ke Komputer atau di SmartPhone sahaja untuk membaca dan simpan. Dan kepada sesiapa yang ingin berbisnes dengan menjual Ebook, ada berita baik untuk anda.  Salah satu cabang bisines online sekarang adalah menjadi Affiliate kepada produk-produk Ebook, atau dalam bahasa mudahnya menjadi agent untuk mempromosikan Ebook di internet. Bezanya anda tidak di beri buku secara fizikal, sebaliknya anda akan diberi Link untuk di iklankan dan Link tersebut juga mewakili ID user anda sebagai Affiliate(agent). Boleh saya katakan kebanyakan Program Affi...