Skip to main content

Mengenali Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi

Dipetik dari :
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Aqidah


Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Baca Juga ; 

Maksud Fahaman Wahabi Secara Ringkas Dan Kesannya Kepada Masyarakat "
Salafi Wahabi Fahaman Yang Mengelirukan "
Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah "
Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah "
Maksud Bid'ah dan Pembahagian Bidaah "



Comments

Popular Posts

Rahsia Wangian Badan Kekal Segar & Solusi Bau Badan Kurang Selesa

Set Mandian Aromaterapi DHerbs Review: Rahsia Wangian Badan Kekal Segar & Solusi Bau Badan Kurang Selesa Pernah tak korang balik rumah lepas seharian penat bekerja, duduk kat tepi katil, pastu tiba-tiba rasa sayu sangat? Bila kita cium baju sendiri, bau peluh berkepuk-kepuk. Kadang-kadang, rasa sedih tu datang bukan sebab penat fizikal semata-mata, tapi sebab rasa tak selesa dengan diri sendiri. Kita risau kalau-kalau orang sekeliling perasan bau badan kita yang kurang menyenangkan sepanjang hari tadi. Sebagai manusia biasa, kita semua nak dihargai dan nak rasa yakin bila berhadapan dengan orang ramai—sama ada dengan pasangan, anak-anak, kawan sepejabat, mahupun masa kita beribadah. Tapi bila masalah bau badan mula mengganggu hidup, keyakinan diri yang kita bina bertahun-tahun boleh runtuh dalam masa beberapa saat sahaja. Sampaikan nak peluk anak isteri atau suami balik kerja pun kita rasa serba salah dan terpaksa menepis lembut sebab segan dengan bau peluh sendiri. Realiti M...

Syampu Pewarna Rambut Inai Lelaki & Wanita Terbaik? Kenali DHERBS Syampu Pewarna Rambut Inai Lebat Black & Brown

Syampu Pewarna Rambut Inai Lelaki & Wanita Terbaik? Kenali DHERBS Syampu Pewarna Rambut Inai Lebat Black & Brown Pernah tak satu hari, masa tengah bersiap nak keluar rumah, tiba-tiba nampak rambut putih makin jelas di cermin? Walaupun usia belum terlalu tua, rasa keyakinan diri macam sedikit demi sedikit hilang. Bagi sesetengah orang, rambut bukan sekadar mahkota. Ia adalah sebahagian daripada penampilan yang mencerminkan diri. Lelaki yang sentiasa menjaga kekemasan tentu mahu kelihatan segak ketika bekerja, menghadiri majlis atau bertemu pelanggan. Begitu juga wanita yang ingin sentiasa tampil kemas dan yakin. Ada yang memilih untuk membiarkan rambut beruban. Tidak salah. Tetapi ramai juga yang lebih selesa mewarnakan rambut menggunakan inai kerana nampak lebih semula jadi serta menjadi pilihan ramai yang mengutamakan bahan berasaskan herba. Kalau anda sedang mencari syampu pewarna rambut inai yang mudah digunakan di rumah, artikel ini mungkin dapat membantu. ...

Rahsia Wajah Berseri, Lembap & Tampak Ayu Secara Semula Jadi

Minyak Seri Wajah Aura 7 Bunga DHERBS: Rahsia Wajah Berseri, Lembap & Tampak Ayu Secara Semula Jadi Pernah tak, suatu pagi kita berdiri di depan cermin sebelum keluar rumah. Mata melihat wajah sendiri, tetapi hati terasa sedikit sayu. Kulit nampak kusam, kering, solekan pula susah nak melekat cantik. Walaupun sudah cuba pelbagai produk, masih terasa ada sesuatu yang kurang. Lebih menyentuh hati apabila suami pulang dari kerja. Kita tetap mahu kelihatan kemas dan manis di hadapannya. Bukan kerana mahu menjadi wanita paling cantik di dunia, tetapi kerana ingin terus menjaga diri sebagai tanda kasih sayang kepada insan yang kita cintai. Hakikatnya, setiap wanita pasti pernah melalui fasa kulit menjadi kering, hilang seri atau kelihatan penat akibat rutin harian yang padat. Menguruskan anak, bekerja, mengemas rumah dan pelbagai tanggungjawab lain kadang-kadang membuatkan penjagaan diri menjadi perkara terakhir yang diberi perhatian. Sebenarnya, menjaga kulit wajah bukanlah sa...

Syampu Rambut Gugur Terbaik- GRAFEN Root Booster Shampoo Untuk Rambut Lebih Sihat & Kulit Kepala Terjaga

Syampu Rambut Gugur Terbaik- GRAFEN Root Booster Shampoo Untuk Rambut Lebih Sihat & Kulit Kepala Terjaga Pernah tak satu hari, masa tengah mandi atau sikat rambut, tiba-tiba nampak rambut gugur lebih banyak daripada biasa? Mula-mula kita anggap perkara biasa. "Biasalah, rambut gugur sikit." Tapi lama-kelamaan setiap kali tengok lantai bilik air, setiap kali buka penapis longkang, setiap kali nampak rambut atas bantal... hati mula rasa risau. Bukan perempuan sahaja. Ramai lelaki hari ini pun mula berdepan masalah rambut semakin nipis, mudah putus dan kulit kepala yang cepat berminyak. Lebih menyedihkan bila keyakinan diri mula berkurang. Ada yang mula pakai topi ke mana-mana. Ada yang takut bergambar. Ada juga yang mula rasa malu bila orang tegur, "Eh... rambut dah makin nipis ya?" Sebenarnya, menjaga rambut bukan sekadar untuk nampak cantik atau bergaya. Rambut yang sihat juga memberi rasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Kenapa Rambut ...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...