Penting! Anda Perlu Menggunakan FB Fanpage Untuk Melonjakkan Jualan Bisnes Anda
1. Kali ni saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan tentang cara nak melonjakkan jualan produk perniagaan anda. Tips yang saya nak kongsi ini bukanlah saya suka-suka reka sendiri, tapi hasil carian dan belajar daripada mereka-mereka yang pakar dalam pemasaran melalui Facebook.
2. Setelah saya teliti ilmu dari pakar-pakar terkemuka ini, ia masuk akal dan memang patut di beritahu kepada anda yang bergiat aktive dalam perniagaan Online lebih-lebih lagi melalui Facebook. Anda perlu beri perhatian tentang apa yang hendak saya sampaikan di sini agar anda tidak membuang masa dan wang dalam membuat pemasaran di Facebook.
3. Perlu cara yang betul dalam pemasaran di Facebook agar masa anda tidak sia-sia dan dapat mengembangkan perniagaan anda dengan betul. Pekara-pekara yang nak saya beri penekanan adalah seperti di bawah.
(3.1). Pentingnya Facebook dalam pemasaran online.
(3.2). Facebook Personal Profile atau Facebook Fanpage ?
(3.3). Bina Brand(Jenama Sendiri )
(3.4) Pentingnya Targeted Audience(Pelangan yang tersasar)
(3.5). Banyakan Share kurangkan menjual dalam Fanpage.
(3.6). Kumpul Database melalui Facebook Messanger
3.1 Pentingnya Facebook dalam pemasaran online.
Facebook adalah media sosial yang paling berpegaruh di dalam dunia online. Boleh di katakan semua rakyat Malaysia mempunyai akaun personal Facebook. Ini satu faktor utama membuatkan Facebook adalah media sosial yang kita wajib gunakan dalam membuat pemasaran produk perniagaan.
Untuk pengetahuan semua, Instagram dan WhatsApp juga sudah menjadi kepunyaan Facebook. Dengan mempunyai akaun Facebook, secara automatik anda akan di linkkan ke akaun Instagram yang juga satu media sosial yang populer.
Dengan Jangkauan yang luas membuatkan Facebook perlu di jadikan medium utama kepada usahawan-usahawan di luar sana untuk menjalankan Business secara online.
3.2 Facebook Personal Profile atau Facebook Fanpage ?
Saya selalu perhatikan masih ramai di antara kita yang mengunakan Personal Facebook akaun untuk melakukan perniagaan. Saya tak kata salah, tapi bagi saya ia agak kurang memberi impak untuk mengembangkan perniagaan secara menyeluruh.
Dengan Personal Profile akaun facebook anda hanya dapat maksimum menjadi Friend sebanyak 5000 orang, berbanding Fanpage adalah unlimited Fan yang ada boleh dapat. Untuk menjadi Friend pula anda perlukan request Friend dan dan pihak di sana perlu accept sebelum anda boleh bersama. Berlainan pula dengan Fanpage, dengan hanya menekan button Like, anda sudah menjadi Fan dalam page tersebut. Ia lebih mudahkan.
Ada juga orang yang perlukan privasi dalam profile facebook mereka, taklah kalau buat business tu satu kampung, satu Classmate satu daerah dapat tahu. Kalau ada yang tak kesah tu tak apa lah, kalau yang tak selesa tu akan membataskan hajatnya untuk berbisnes.
Tapi Jangan Risau, Dengan Facebook FanPage anda bebas melakukan perniagaan keseluruh Malaysia malah keseluruh dunia pun kalau anda nak. Orang kampung anda takkan tahu siapa admin facebook page anda melainkan anda beritahu.
Seeloknya anda perkenalkan diri anda seorang usahawan melalui Fanpage kepada mereka-mereka (bakal pelangan) dengan lebih Targeted. Pentingnya Targeted Audience(Pelangan yang tersasar) saya akan terangkan di bawah. teruskan membaca.
(3.3). Bina Brand(Jenama Sendiri )
Bina Brand adalah satu satu benda yang penting yang selalu di abaikan oleh kita lebih-lebih lagi peniaga-peniaga Bumiputra. Ramai yang tak memahami bergitu pentingnya Branding ini. Perniagaan yang tak ada Brand sendiri umpama manusia yang tak ada nama.
Kalau kita lihat dalam dunia perniagaan di Malaysia mahupun di dunia, orang hanya akan mengenali produk tersebut melalui Brand yang mereka bawa.
Contoh kalau saya sebut, " Daging Burger " Pasti yang terlintas di fikiran kita adalah jenama seperti " Ramli Berger" . walaupun ada berpuluh penghusaha daging berger di luar sana. Ini menunjukkan bahawa lagi kuat Brand sesuatu produk lagi maju perniagaan tersebut.
Jadi mcm mana nak berniaga kalau kita tiada Brand sendiri? Orang hanya akan membeli sekali, walau pun produk anda bagus dan menarik percayalah orang akan lupakan produk anda yg bagus tu sebab anda tak mempunyai Brand.
Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, Facebook Page adalah tempat yang paling mudah untuk anda perkenalkan Brand perniagaan dan produk anda. Brand tidak seharusnya untuk produk sahaja, Nama kedai anda pun perlu di beri Jenama sendiri. Contoh Jenama kedai Al-Ehsan yang di dalamnya menjual produk Brand Adidas dan sebagainya. So Jadikan Tajuk Fanpage anda sebagai Brand(Jenama) Anda .
(3.4) Pentingnya Targeted Audience(Pelangan yang tersasar)
Tergeted Audience merupakan pekara yang penting untuk menentukan anda tidak membuang masa dan duit dalam pemasaran mengunakan Facebook ini. Kita perlu mengenali siapa pelangan kita yang kita nak beri tumpuan.
Contoh jika anda menjual Handbag, siapakah tergeted pelangan yang perlu anda sasarkan ? sudah tentulah kaum wanita. Anda tak perlu membuang masa untuk jual Handbag kepada Kaum lelaki sebab peratus dia nak beli tu adalah rendah.
Apa yang menariknya mengenai Facebook Page ini, anda dapat mencari Tergeted Audience anda dengan tepat seperti, Jantina, Umur, Kawasan yang anda nak beri tumpuan , pekerjaan mereka dan minat mereka. Semuanya anda boleh lakukan dengan mengunakan Fb Ads.
(3.5). Banyakan Share kurangkan menjual dalam Fanpage.
Satu kesalahan yang sering di lakukan oleh peniaga-peniaga Online ini adalah terlalu upkan status untuk menjual. Kita perlu ingat tak semua orang yang melayari facebook itu nak bershopping. Ada di antara mereka yang nak cari berita-berita terkini berkenaan keadaan semasa, ada yang nak kongsikan cerita dan macam lagi. Kalau kita asik naikkan status menjual, silap-silap mereka akan naik menyampah lihat stutus Facebook kita.
Jadi Status yang perlu kita perbanyakkan adalah tentang shared ilmu yang berkaitan Business kita. Contoh kalau kita menjual Kek.. Kita boleh kongsi cara-cara membuat Kek yang lembut dan sedap. Taklah nampak kita ni terlalu menjual.
Pendek kata perlu perkenalkan diri dulu, baru boleh masuk meminang. Kalau meminang orang yang lansung tak tahu datang dari mana, silap-silap dapat sakit, betul tak? begitu juga dalam perniagaan Jual beli.
Satu lagi pekara yang perlu anda sentiasa ingat dalam berniaga di Facebook adalah, Fan yang ada di dalam FbPage anda itu bukanlan customer anda. Tugas anda adalah untuk menukar mereka dari pada sekadar Fan kepada menjadi customer. Ia memerlukan beberapa Langkah yang betul. Ia tidak terjadi dalam tempoh yang singkat. Jadi perlu bersabar dan jangan mudah putus asa.
(3.6). Kumpul Database melalui Facebook Messanger
Kumpul Database, inilah tujuan utama kita bila sebut tentang Online Marketing. Tak ada makna kalau anda bertungkus lumus membuat jualan tetapi tak simpan Database Pelangan atau bakal pelangan anda. semuanya akan menjadi sia-sia , buang masa dan duit.
Ada dua cara yang anda boleh kumpul database iaitu dengan mengumpul E-mail dan Mengumpul fb Messanger. Kumpul Database E-mail sudah lama di buat oleh pakar-pakar peniagaan online, fb Messanger adalah cara yang boleh di katakan datang selepas e-mail.
Dengan adanya Database Messanger , anda boleh membuat engagement kepada bakal pelangan anda pada bila-bila masa dengan tanpa mengunakan sebarang Kos marketing. Lagi banyak database yang anda ada, lagi besar potensi bisnes anda untuk berkembang.
Ada satu Program yang boleh di gunakan untuk mengumpul dan menguruskan Database Messanger anda, ia adalah free program yang di beri nama ManyChat. Mungkin anda kurang faham tentang apa yang saya nak sampaikan pada point yang terakhir ini. Nanti saya akan Menulis dengan lebih detil berkenaan Massanger dan ManyChat.
4. Akhir kata, Jika anda masih inginkan Ilmu tambahan tentang berniaga di Facebook Page ni. Saya sarankan anda melabur sedikit duit untuk dapatkan E-Book Yang Bertajuk " FanPage SuperStar " anda boleh dapatkan dengan Klik Di SINI.
5. Banyak Ilmu-ilmu yang lebih luar yang pasti akan membuat anda teruja. Bekalkan diri anda dengan Ilmu Pemasaran bisnes Online sebab sekarang adalah Zaman Online. Jangan Ketinggalan. Bertindak sekarang.
Comments