Skip to main content

Polis dan Rakyat Berpisah Tiada

Polis dan Rakyat Berpisah Tiada

1. " Polis dan Rakyat Berpisah Tiada " Itu lah Slogan yang selalu kita dengar bila berbicara berkaitan Polis Dan Masyarakat. Begitu jugalah hendaknya harapan semua Rakyat Malaysia supaya kerjasama Rakyat dan Polis dengan akrab mampu melawan apa saja kes jenayah yang belaku.

2. Pada 8/8/2020 Tanpa di sangka timbul satu isu Viral berkenaan jenayah perjudian di Sekitar Sungai Buloh. Isu timbul apabila seorang penguna Facebook telah mengviralkan satu video tentang aktiviti perjudian di Tempatnya. Isu ini secara tak langsung menguji sejauh mana Slogen " Polis dan Rakyat Berpisah Tiada " itu betul-betul di amalkan atau tidak.

3. Apa yang saya perhatikan kepada isu ini ia agak tidak selari dengan Slogen berkenaan apabila Polis dan Si tukang viral jenayah di tempatnya itu seperti tidak sehaluan. Si empunya video yang viral tersebut seperti tidak puas hati dengan pelaksanaan kerja-kerja polis di sekitar premis perjudian tersebut dan seolah-olah mengambarkan pihak Polis di situ seperti tak buat keja yang sepatutnya. Dalam masa sama Polis telah mempuat laporan Polis berkaitan Tuduhan si tukang viral itu dengan menangkis tuduhan polis tak menjalankan tugas sebagai tak benar.

4. Namun begitu, setelah ianya viral di seluruh pelusuk negara, Berita Viral ini telah sampai ke Pengetahuan Ketua Polis Negara. Alhamdulillah Negara Malaysia mempunyai ketua Polis yang tulus dan tegas, Beliau telah merespon dan berterima khasih kepada si tukang Viral sebab berani mengetegahkan pekara ini.

5. Sejujurnya saya berasa sedikit lega dengan pekabaran tersebut, sekurang-kurangnya Asri Janggut iaitu nama si empunya video yang viral tersebut ada tempat untuk berlindung dari ugutan-ugutan yang mungkin di akan terima dari pada sindiket Perjudian tersebut.

Asri Janggut Bersama KPN

6. Sebenarnya Rakyat Malaysia sudah sedia Maklum dengan permasalahan Jenayah perjudian yang pasti ianya bukan belaku di sungai Buloh sahaja, malah boleh di katakan di kebanyakkan Bandar-bandar di seluruh Negeri di Malaysia. Cuma ia tak di ketengahkan seperti Asri Janggut lakukan.

7. Bukan Masyarakat tak nak berkerja sama dengan Polis di Balai-balai berdekatan tempat mereka, tetapi mereka sendiri tahu , mustahil Pihak Polis tak tahu jenayah-jenayah yang belaku di persekitaran sebab kerja mereka memang untuk membanteras Jenayah. Di sebabkan keraguan itu, kebanyakkan Masyarakat tak nak melibatkan diri atau bahasa mudah tak nak menyusahkan diri seperti yang di lakukan Asri Janggut.

8. Kita perlukan ramai lagi orang seperti Asri Janggut, dan saya memang kagum dengan apa yang sudah di dedahkan olehnya walaupun tindakkan yang polis ambik seperti tebalik bilamana Asri Janggut pula yang hendak di Siasat. Adakah system kepolisan di negara kita cudah bercelaru ?

9. Kepada Pihak berkuasa terutamanya Polis, anda sebenarnya adalah harapan kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk bergantung harap dan untuk mencari tempat berlindung . Kalau system kepolisan sudah rosak, Keamanan Negara juga akan turut rosak. Begitu besar peranan Polis yang telah di amanahkan. Jadi lakukanlah kerja dengan berintregriti, jujur amanah supaya keamanan negara berada di landasan yang betul.

10. Saya berharap Slogan " Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada "  betul-betul di wujud antara Polis dan Masyarakat. Hanya Rasuah akan menjauhkan Masyarakat dengan Polis. Apabila Rakyat sudah tidak percaya lagi dengan System kepolisan di negara ini , apa lagi kita mampu harapkan untuk memerangi penjenayah terutamanya penjenayah seperti tauke-tauke tokan Judi ? 


Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Karangan Sayangi Malaysiaku

     Sayangi Malaysiaku Karangan Sayangi Malaysiaku       Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan.      sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^       Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan pe...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara

Mee Rebus Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara     Sebut saja Mee Goreng Mamak pasti akan terpapar dalam minda Rasa keriuk-keriuk keropok udang dan rasa yang luar biasa yang tak dapat di terjemahkan oleh perkataan. Kena rasa dulu baru faham apa yang saya maksudkan tetang perasaan itu. Tak Hairanlah di Utara ramai pengemar Mee Gorang dan Mee Rebus ala Mamak. Kedai Mee Mamak juga banyak terdapat di Utara semenanjung terutamanya di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Sapa yang sampai Utara rugi kalau tak cari Mee mamak untuk merasai keenakan Makanan yang populer di utara ini. Salah satu kedai Mee Goreng dan Mee Rebus yang terbaik di Kedah terletak di Pekan Changlun iaitu Mee Mohd Ali yang terletak di tengah-tengah Pekan Changlun.  Mee Mohd Ali Pekan Changloon Kedah Apa yang special tentang Mee Mohd Ali ni adalah ia Masih mengekalkan tradisi lama mungkin petua warisan keluarga dengan mengunakan Arang sebagai bahan api untuk Masakkan. Memang berbe...

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam Pernah tak telefon anda berdering daripada nombor yang langsung tidak dikenali? Bila angkat, rupanya ejen jualan, scammer atau panggilan spam. Sebenarnya ada satu aplikasi yang boleh membantu mengenal pasti siapa yang sedang menghubungi anda sebelum anda menjawab panggilan tersebut. Aplikasi itu ialah Truecaller . Walaupun aplikasi ini sudah digunakan oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kewujudannya atau bagaimana ia berfungsi. Apa Itu Truecaller? Truecaller ialah aplikasi pengenalan pemanggil (Caller ID) yang boleh memaparkan nama individu atau organisasi yang menghubungi anda, walaupun nombor tersebut tidak disimpan dalam telefon. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mengesan dan menyekat panggilan spam, telemarketing serta nombor yang sering dilaporkan sebagai scam oleh pengguna lain. Bagaimana Truecaller Berfungsi? ...