4/27/16

Kenapa Perlu Duble Standert Layan Pendakwah Yang Datang Di Malaysia ?

1.      Kenapa perlu duble standert dalam memperjuangkan dakwah di Malaysia? Kalau pendakwah yang kita sanjung orang kritik, kita akan melenting seolah-olah kita saja adalah pejuang islam sejati. 

2.      Tapi ada ketika bila pendakwah yang bukan dari golongan yang kita tak berapa suka, kita fitnah dengan bermacam-macam gelaran.  

3.      Golonggan habib yang datang berdakwah di Malaysia dengan majlis-majlis solawat di kutuk dengan bermacam-macam gelaran sampai menganggap majlis zikir dan lantunan solawat sebagai Bidaah sesat yang menyesatkan. 

4.      Konsert arak di katakan lagi mulia dari majlis zikir yang di pimpin Habib.Ulama itu di gelar kuburiyun (penyembah kubur) , pengamal syirik dan sebagainya. 

5.       Bila ulama yang mereka suka di kritik, di lihat begitu sedinya memek muka mereka di buat seolah mereka bersifat terbuka dan berlapang dada . 

6.       Kamu harus merasa sedih sewaktu kamu menuduh ulama seperti habib-habib itu membawa dakwah sesat. Kamu harus menagis dan persoalkan kenapa Aklak buruk ini ada dalam diri ini.

7.       Sekadar renunggan untuk yang terbaca dan terasa

Read More......

2/4/16

Promosi Perniagaan Untuk Penduduk Sekitar Jitra Dan Alor Star dengan Blog Ini

Pemberitahuan, Kepada kawan-kawan yang menjalankan perniagaan dan inginkan mengiklankan atau mempromosikan perniagaan anda melalui Blog saya ni... jagan segan-segan dan malu-malu untuk memberitahu saya..


segala maklumat perniagaan anda , anda hanya perlu emailkan kepada saya ke Email saya Rhiidaman@yahoo.com. sebelum tu bagi tahu saya dahulu dengan Whatsapp saya ke no 019-5463518...

Tawaran ini free saja, Tujuan untuk memeriahkan Post dlm blog saya ni dengan maklumat2 yang berguna dlm masa yg sama saya boleh membantu mempromosikan perniagaan anda. Harap maklum.

Syarat

Perniagaan mestilah berasaskan produk yang Halal.
bukan MLM dan skim-skim seumpamanya. 

Read More......

12/14/15

Membuang dan mencegah Windows dari virus Shortcut atau Hidden files




1.      Sedikit perkongsian. Pasti ramai di antara kita yang pernah melalui stuasi ini, USB Drive kosong(sebenarnya telah Hidden)  tak ada data sedangkan data document penting ada di dalamnya. dan hanya ada file Shortcut di dalamnya.

2.      Setuasi ini menunjukkan anda sudah USB drive anda dan computer awak sudah terkena virus ... Benda-benda macam di banyak belaku di office-office yang mana computer di kongsi banyak orang. 

3.      Untuk melihat files yang sudah di Hidden oleh virus shortcut tadi kita perlu buka show hidden file pada folder option, tetapi langkah ini sedikit pun tak menghapuskan virus yang ada di dalam laptop, PC, USB Drive, Extenal Harddisk anda. 

4.      Andai ini belaku, ada antivirus yang begitu sesuai utk masalah ini iaitu SMADAV ANTIVIRUS keluaran Indonusia. dan yang bestnya adalah ianya free..

5.      Just Download dan Install. pergi ke web page dia www.smadav.net atau clik di sini untuk download.


Read More......

12/13/15

Tahniah Kedah, Helang Merah Naib Juara Piala Malaysia 2015

      Terlebih dahulu saya dahulukan dengan ucapan tahniah kepada Gergasi Merah Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2015 seterusnya meraikan sambutan ke 33 kali menjuarai Piala Malaysia. tahniah sekali lagi.


      Bagi pasukan negeriku , Tahniah sebab anda juga antara yg terhebat. Segala usaha sudah di kerah namun rezeki belum berpihak kepada kita. aku percaya , tahun hadapan Kedah akan lebih mantap untuk bersaing di dalam kancah liga super. 

      Pastinya kelemahan yg ada akan di perbaiki oleh barisan kejurulatihan Kedah. sejujurnya peningkatan prestasi pasukan kedah dengan begitu mendadak telah membuka mata bayak pihak, di barisi ramai pemain-pemain muda yg berpotensi besar tak mustahil kedah akan kembali menjadi kuasa Bola sepak di Malasyia pada tahun hadapan,.

      Tahniah dan berterima khasih juga harus di ucapkan kepada penyokong kedah serta rakyat kedah yang begitu bersemangat menyokong pasukan kedah pada tahun ini. kamu adalah juara dengan disiplin begitu mantap. Fan kedah antara yang terbaik kekalnya pada tahun-tahun seterusnya. 

Biar Jasa jadi kenangan, Kedah Pantang Kalah. 


Read More......

11/7/15

Berita Kepada Kawan

BERITA KEPADA KAWAN 

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Di tanah kering berbatuan 

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan 
Hati tergetar menampak kering rerumputan 
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi 
Gembala kecil menangis sedih 

Kawan cuba dengar apa jawapnya 
Ketika ia ku tanya mengapa 
Bapa ibunya telah lama mati 
Ditelan bencana tanah ini 

Sesampainya di laut ku 
khabarkan semuanya 
Kepada karang kepada ombak kepada matahari 
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu, 
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 

Barangkali di sana ada jawapnya 
Mengapa di tanahku terjadi bencana 
 Mungkin Tuhan mulai bosan 
Melihat tingkah kita yang selalu Salah dan bangga dengan dosa-dosa 
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita 
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang..

ebiet G Ade






Read More......

8/27/15

Selamat Menyambut Ulang Tahun Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Yang ke-58

1.      kepada semua rakyat Malaysia, saya mengucapkan selamat meyambut hari ulang tahun Merdeka untuk tanah air kita . Kenang kembali dari mana kita datang, siapa kita sebelum merdeka. sebagai tanda pengukur untuk kita menuju ke hadapan. andai kita tak tahu dari arah mana kita datang, kita takkan tahu ke arah mana yang kita patut tuju.


2.      Walaupun suasana ekonomi dan politik negara sekarang agak caca merba. itu bukan salah bumi bertuah yang kita sedang pijak ini. Yang membuatkan caca merba itu adalah orang-orang yang caca merba yg mungkin tak tahu dari ada mana dia datang. yang di tujunya hanyalah pangkat dan kuasa serta wang ringgit semata-mata. usah kita jadi sebegitu buta. Ini negara kita, tanggungjawab kita, tanah yang berdaulat.

3.      Negara berbilang bangsa dan agama seperti Negara kita Malaysia perlukan perpaduan yang luar biasa. perpaduan penting walaupun bahasa pertuturan berbeza , adat dan cara hidup berbeza. memastikan negara terus aman dak makmur adalah tanggungjawab bersama.

MERDEKA, MERDEKA MERDEKA.

Read More......
 

© Free blogger template 3 columns