27/03/2010

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w .

Pesanan Rasulullah S.A.W, kepada kita.

"KUTBAH TERAKHIR"

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)






25/03/2010

Senyum. ( >_< )

video


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

22/03/2010

25 Tahun aku di bumi Allah S.W.T.

25 Tahun aku di bumi Allah S.W.T. Mungkin ini sudah suku dari hidup ku, mungkin juga ini separuh dari hidup aku, atau berkemungkinan juga ini sudah 3/4 dari hidup aku. siapa tahu.. selama ini jugalah aku telah menempuh berbagai pergalaman hidup, suka duka yg tak dapat aku lupakan. aku rasa kehidupan aku bertuah sekali sebabnya, aku dilahirkan bersama keluarga yang penuh kasih sayang, penuh riang ria. Namun terdetik sejenak hati aku memikirkan orang-orang yang tidak begitu bernasib baik, seperti anak-anak palastine, kanak-kanak bosnia yg menderita dibumi sendiri, yang hanya mendegar dentuman bom dan penuh ketakutan. apakah mereka semua akan menemui kebahagiaan dan keamanan hidup di petegahan atau penghujung hidup mereka? bersamalah kita doakan untuk saudara kita disana.

Dalam usia ini, aku juga sudah dapat melihat merasa dan turut serta bersaing dan berlumba2 sesama insan lain dalam mencari nafkah hidup, keperluan hidup dan bermacam-macam lagi yang berkaitan kehidupan dunia yang sementara ini. Ada yang sibuk dengan urusan kerja, ada yang sibuk berpolitik dan tidak ketinggalan juga dengan urusan perniagaan bisnesman yang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.. ini menambah lagi warna-warni kehidupan ini.

Pada pandagan saya berlandaskan pengalaman yg setahun jagung ini. kita perlu sedar, kita semua tidak akan menongkat langit atau terus hidup selamanya diatas dunia ini. Jadi tidak perlulah terlalu berlebih-lebih dalam megejar kehidupan dunia dan kepentingan diri sehingga kita terlupa akan alam yang bakal kita tuju iaitu akhirat. kalau diantara kita sibuk berpolitik, perlulah kita fikirkan perjuang kita itu adalah utk masa depan agama,bangsa dan negara kita. buang terus kepentingan diri sendiri dalam berpolitik.. kerana anda adalah harapan semua rakyat. Dan sudah pasti kita tidak terlepas dari soalan-soalan di akhirat kelak. saya katakan ini disebabkan keadaan politik negara sekarang seolah2 tak tahu apa yg dikejar, mungkin ini pandagan peribadi saya. ingat lah.. yg dikejar adalah "ISLAM".

pengalaman setahun jagung aku ini juga telah megajar apakah erti cinta, aku telah menyedari betapa cintanya Rasul kita kepada kita, betapa cintanya ibu bapa kita kepada kita, betapa kita mencintai kehidupan ini.. dan tidak terlepas juga aku pernah mencintai seseorang sesama insan. Dan yang pastinya, jika kita tidak sertakan islam dalam hubunggan cinta sesama insan, ia akan merosakkan hati kita. Sekarang aku tahu, tiada cinta yang lebih agung selain daripada mencintai Allah s,w,t kerana itu lah cinta yg kekal selamanya. Apa yg saya belajar dari cinta utk dikongsi bersama adalah, cinta la orang2 yang kita sayang hanyalah kerana Allah S,W,T.

Assalammualaikum
tersalah bicara seribu kemaafan dipohon..

C U NEXT POST : )



15/03/2010

CINTA.

Cinta.. satu perkataan yg tersirat setuja erti. tanpa cinta hilanglah kebahagiaan di dlm kehidupan. Terjemaah erti cinta terlalu luas untuk dihuraikan. didalam cinta terdapat kasih sayang, tanggungjawab, pergorbanan, keiklasan, kesetiaan, kebahagiaan. oleh sbb itu semua makluk yang bernama manusia terlalu megejar cinta. namun, masih ada ungkapan negetif megenai CINTA, sekarang sudah ramai di antara kita sudah jatuh cinta dengan kemewahan, keseronokkan hinggan terlupa mencintai yg empunya dunia ini.

cinta antara manusia.
mencintai sesama insah adalah fitrah semua jadi setia org. sudah semestinya kita mencintai mak, ayah keluarga kita. kerana mereka tempat kita megadu dan berteduh.
mencintai isteri adalah perlu disebabkan perkongsian hidup. mana mungkin kehidupan menjadi bahagia tanpa cinta, mencintai kekasih ada batasnya dan perlu di lengkapi dan seiringan dengan mencintai ALLAH S,W,T agar cinta yg di bina tidak terjatuh dlm kategori cinta nafsu.

cinta yg perlu kita miliki, yg sebenar2nya adalah cinta yg kekal selamanya, Yang ada hanyalah padaNYA.






10/03/2010

Best lirik bulan ini........

Nabi Anak Yatim

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa,
Ibunya bernama Aminah,
Ayahnya bernama Abdullah,
Dilahirkan di Makkah Mukarramah,
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah,

Ayahnya meninggal dunia,
Tika nabi di dalam kandungan,
Alangkah sedih pilunya,
Ibunya menjaga baginda ,
Muhammad Mustafa,

Semasa di dalam perjalanan,
Pulang dari maqam suaminya,
Aminah jatuh sakit di Abwa',
Kembali ke alam baqa' ,

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api di biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anka yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung