21/12/2011

Tolong Mencintaiku Sampai Bila-Bila


1. Pagi ni rasa nak menulis, tapi idea tak datang, tapi nak tulis jugak... Nak tanya nih,
korang pernah bercinta tak ? pernah tak ada perasaan kasih dan sayang dalam diri atau hati tu ? mesti la ada kan, kalau tak ada, tak normal la kan bagi seorang yang bernama manusia. Tak kisahlah bercinta dengan sapa pun, Tok Wan ka, Nenek, Mak/Ummi/Ibu Ayah/Abah femily, semuanya cinta kurniaan Allah yang di cari-cari setiap insan.. Tetapi cinta yang paling agung hendaklah bersemi sepenuhnya di sanubari iaitu cinta kan Allah dan Rasullullah.


2. Ada lagi ker yang tertinggal tentang kisah cinta mencintai ini... ? ada lagi ni tertinggal, cinta suami isteri. maklumlah rumah belum bertangga, isteri sayang suaminya dan suaminya mengakasihi isterinya pastinya akan membuatkan dunia ini berseri. Tentang Cinta kasih kekasih ni, tak nak la nak di highlight sangat, apa pun, panduan cara hidup seorang muslim haruslah kental di dalam diri untuk menghadapinya supaya tidak terjerumus dalam cinta nafsu semata-mata. Cinta adalah perkongsian hati biarlah diredhai oleh-NYA.

3. Belajarlah Mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu. Mungkim besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia terlah pergi. Jadi jangan siakan cinta yang sekarang ini yang sedang mengisi hatimu..


11/12/2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijriah - 2012 Masihi


Hanya tinggal beberapa hari lagi kita dah nak masuk tahun baru....... ops terlupa beri salam, Assalamualaikum.... beberapa hari lagi kita akan meninggalkan gerbang 2011, kalau ikut kalender masihi . Kalender Islam sudah pun masuk tahun baru 1433 Hijrah. Satu la angka akan bertambah kepada umur kita, pendek kata, dah semakin tua , tapi sikit jer tuanya .. muda banyak lagi nih ^_^.

Masa yang telah berlalu ini tak mungkin kita akan bertemu lagi denganya... hanya yang tinggal adalah kenangan atau peristiwa-peristiwa indah yang akan kita abadikan dan simpan di dalam sanubari.. ada peristiwa manis dan ada juga peristiwa pahit... Alhamdulillah dalam tahun 2011 ni tak ada peristiwa pahit dalam hidup aku, ada tak... sat aku nak scan mamory sekejab... emmm tit tit... oh ada satu, dopet duit aku tercicir ^_^...

Apapun yang manis biarlah tersimpan sebagai kenangan dan yang pahit buang jauh-jauh... semoga Tahun baru yang akan menunjukkan dirinya ini akan kita tempoh dengan lebih ceria bersama azam dan harapan baru.... mungkin menjadi satu tahun penghijrahan yang terbesar dalam hidup kita nanti, siapa tahu. itu pun kalau usia masih di kurniakan oleh Allah s.w.t... semoga Allah panjangkan usia kita di dalam keimanan.

Walaupun apa azam kita dan usaha kita hendak di kotakan pada tahun 2012, mencari keredhaan Ilahi adalah menjadi keutamaan kerana hanyalah bersama-Nya terletaknya kebahagianya selama-lamanya. Mencari keberkatan rezeki, keindahan dan kebahagianya, tanpa nikmatnya semua itu tiada. Dengan firman Allah yang bermaksud "Katakanlah wahai Muhammad, solatku hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah" . Firman Allah ini sudah cukup menerangkan tujuan sebenar kita hidup di atas muka bumi Allah s.w.t ini.

Wassalam.... Selamat menyambut tahun baru 1433Hijrah bersamaan 2012 masihi.