
Hanya tinggal beberapa hari lagi kita dah nak masuk tahun baru....... ops terlupa beri salam, Assalamualaikum.... beberapa hari lagi kita akan meninggalkan gerbang 2011, kalau ikut kalender masihi . Kalender Islam sudah pun masuk tahun baru 1433 Hijrah. Satu la angka akan bertambah kepada umur kita, pendek kata, dah semakin tua , tapi sikit jer tuanya .. muda banyak lagi nih ^_^.
Masa yang telah berlalu ini tak mungkin kita akan bertemu lagi denganya... hanya yang tinggal adalah kenangan atau peristiwa-peristiwa indah yang akan kita abadikan dan simpan di dalam sanubari.. ada peristiwa manis dan ada juga peristiwa pahit... Alhamdulillah dalam tahun 2011 ni tak ada peristiwa pahit dalam hidup aku, ada tak... sat aku nak scan mamory sekejab... emmm tit tit... oh ada satu, dopet duit aku tercicir ^_^...
Apapun yang manis biarlah tersimpan sebagai kenangan dan yang pahit buang jauh-jauh... semoga Tahun baru yang akan menunjukkan dirinya ini akan kita tempoh dengan lebih ceria bersama azam dan harapan baru.... mungkin menjadi satu tahun penghijrahan yang terbesar dalam hidup kita nanti, siapa tahu. itu pun kalau usia masih di kurniakan oleh Allah s.w.t... semoga Allah panjangkan usia kita di dalam keimanan.
Walaupun apa azam kita dan usaha kita hendak di kotakan pada tahun 2012, mencari keredhaan Ilahi adalah menjadi keutamaan kerana hanyalah bersama-Nya terletaknya kebahagianya selama-lamanya. Mencari keberkatan rezeki, keindahan dan kebahagianya, tanpa nikmatnya semua itu tiada. Dengan firman Allah yang bermaksud "Katakanlah wahai Muhammad, solatku hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah" . Firman Allah ini sudah cukup menerangkan tujuan sebenar kita hidup di atas muka bumi Allah s.w.t ini.
Wassalam.... Selamat menyambut tahun baru 1433Hijrah bersamaan 2012 masihi.
Comments