29/07/2010

Backup Dulu Driver Sebelum Format PC

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa anda utk reformat pc atau laptop anda. Ia juga dapat menghilangkan stress di dalam otak anda untuk mencari driver di internet yg membolehkan anda hilang selera makan.. : )

Lebih memeningkan lagi jika driver yg sudah anda download tersebut tidak sesuai dengan pc anda, ia akan membuatkan muka anda monyok sepanjang hari...
sebagai langkahnya .. anda backup lah driver dulu sebelum format..
dapatkan software backup driver disini.. clik di sini
jangan risau ia free of cas.

selamat beramal...

27/07/2010

Aku Adalah Manusia


Aku tidak sekeras batu, akan remok di hempap sesuatu...
Aku tidak seperti ikan akan lemas di lantai lautan...
Aku hidup seketika akan ada suka duka...
Aku akan bertukar tua dan akan mati jua...
Aku berada di dunia kerana kurniaan yg maha ESA...Aku di cipta bukan untuk saja-saja....
Aku bertanggungjawab sebagai khalifah sebagai hamba....
Aku Adalah Manusia....


Aku Hanyalah Insan yg bernama Manusia dan bertapa kerdilnya aku sebagai Hamba Allah.

Aku tidakpun mampu menentukan jantina Aku semasa Aku hendak dilahirkan!
Aku tidakpun mampu memilih warna kulit yg di idamkan
Aku tidakpun mampu menentukan siapakah ibu bapa aku.
Aku tidakpun mampu menentukan di manakah negara Aku akan tinggal!
semuanya tidak mampu sejak azali lagi,
Aku adalah insan yang serba tidak mampu.
tak mampu menetapkan tarikh akhir Aku bejalan di muka bumi yang indah ciptaan Allah ini. Inilah Aku yang bernama manusia.

Haruskah Aku sombung dengan-NYA?
Haruskah Aku lupa akan pemberiannya? siapa Aku sebenarnya?
Malukah Aku Hendak sujud kepadanya? 
tak malukah Aku bergurau senda dengan kekuasaanya?
berkuasakah Aku ?

Aku  tak mampu pun berjalan, melihat dan Berfikir apatah lagi untuk bersuka ria  tanpa nikma-NYA.
Siapa Aku sebenarnya utk berjalan dengan angkuh di atas muka bumi ini?
Aku adalah insan yg lemah yg bernama manusia.

Walaupun Aku ini adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa dan kadang-kadang terlupa akan pencipta Aku. Namun itu bukanlah alasan untuk Aku tidak berusaha memperbaiki diri dan mendekati serta menghambakan diri kepada Allah.

Pesanan ini adalah utk diri aku dan saudara-saudara Aku..

25/07/2010

Buang Bayi



Buang Bayi.
Kenapa? Mengapa? Siapa? Bagaimana? Di mana? Bila? Anak siapa?
Tanyalah seberapa banyak soalan yg kita nak. masalah ini saya percaya akan terus belaku, malah akan bertambah lagi dari masa kesemasa. ikutkan saya pun hendak bertanya soalan-soalan dia atas, tetapi setelah di fikirkan kembali.. segalanya sudah ada jawapanya..

KENAPA? - sebabnya gejala sosial yg sebebas-bebasnya disertakan dengan nafsu liar atau pun nafsu yang sudah di pengaruhi syaitan.

Mengapa? - mungkin ingin mencuba sensasi seks dan .. ya lah apa salahnya sekali je..

Siapa? - Saudara-saudara kita lah..

Bagaimana? - ya lah.. dah tak ada kawalan, atau mungkin dah tak terkawal oleh Orang-orang tua , apatah lagi orang tua-tua diparahkan lg dengan tiada penganggan Agama Islam.

Di Mana? - Dalam bakul sampah, dalam longkang, dalam sungai.. ada yang boleh dikatakan baik hati sikit.. letak dekat masjit..

Bila? - tak tau la bila.. yg pasti masa org tak perasan.

Anak siapa? - anak yg akan di Bin kan dengan Nama ABDULLAH.

Begitulah seringkasnya jawapan-jawapan yang seringkali timbul di dalam setiap fikiran kita.. mengapa semua ini terjadi? soalan lagi... emmm

oklah... kita bincangkan cara penyelesaiannya pula. bagaimana nak selesaikan masalah ini.. pada pandagan saya , asasnya hanyalah satu, iaitu Pendidikan Agama Islam.. sesimple itu. tiada islam, gejalan buang bayi atau baby ini tak akan berhenti dan syaitan akan terus berpersta...

berikut beberapa kes dalam tahun ini saja...



JOHOR BAHRU 22 Julai
-Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

MELAKA 17 Jun
-Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun
(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun)

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi


MELAKA 18 Mei – TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.


SUBANG JAYA 6 Mei –
MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.

SEPANG 4 Mei –
Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis, Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.

KUALA TERENGGANU –Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi

KUCHING 6 Mac – Mayat bayi ditemui dalam longkang

SEGAMAT 1 Mac - Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

KUALA KRAI 13 Feb - Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah
13/02/2010 3:02pm
AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Buang bayi tindakan kejam
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

IPOH 30 Dis. – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini

SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah

MERSING 21 Mac – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini

SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil

Semua kes diatas hanyalah sehingga 14 mei 2010...
























20/07/2010

Bertemu kembali dengan Ramadhan.

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipanjangkan usia utk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun ini, bulan yg penuh dengan barokah.. saya percaya ramai dah tak sabar-sabar menanti menjelmanya 1 ramadhan. selangkah demai selangkan, tak sedar setahun sudahpun berlalu. Bulan ramadhan adalah satu bulan yang telah dijanjikan seribu keberkatan, keindahan dan pahala digandakan.

Saat-saat yg paling indah dlm bulan ini sudah pastilah berbuka bersama keluarga,sembahyang teraweh, bazar ramadhan, bersahor yang mana semua aktiviti-aktiviti ini tak akan kita jumpa di bulan-bulan lain.
Hanya tinggal beberapa hari lagi, Memohon kepada Allah s,w,t supaya panjangkan usia utk betemu ramadhan sekali lagi, Insyaallah...

Harapan Ramadhan Lirik

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

11/07/2010

Spain VS Holland WORLD CAP final..

Bg kaki-kaki bola... ini lah perlawanan yang ditunggu-tunggukan setelah 4 tahun memanti... bagi kaki-kaki judi no komen... Piala dunia 2010 Afrika selatan telahpun sampai ke kemuncaknya. sebagai penutupnya.. kita akan disajikan dengan perlawanan klasik antara Spain menentang Holland yg mana kedua-dua negara ni akan berentap sesama sendiri untuk menjulang piala dunia Pertama. Untuk record, kedua-dua negara ini belum pernah merangkul piala yg paling yang paling berprestij di muka bumi ini.

Walaupun sedua-dua negara kuasa besar bola sepak ini tidak pernah merangkul juara dunia.. tetapi Holland dilihat memiliki sejarah yang lebih menarik dalam kejohanan ini, di mana mereka telah sampai di pentas final sebnyak dua kali, namun kedua-duanya berakhir dengan kegagalan. kali ini mereka turun buat kali ke-3 di pentas akhir dengan harapan menamatkan penantian untuk menjulang piala dunia.Bagi Spain pula, walaupun sejarahnya kurang hebat berbanding lawan mereka itu, namun mereka telah membuktikan sejarah adalah sejarah yg tak perlu di bandingkan dengan skuad yg meraka miliki sekarang. ramai meganggap Spain adalah satu pasukan yang mantap dari segenap sudut padang, dengan adanya pemain seperti Iniesta, xabi sudah cukup untuk mengerunkan lawan. total foodball yg di amalkan dalam corak spain sama seperti Barcelona yang pastinya akan membuatkan lawan berhati-hati sepanjang masa.

Dalam perlawanan ini saya memilih Spain sebagai juara dunia edisi kali ini.. dan saya menjangakan satu perlawanan senget akan berlangsung kali ini..