26/04/2011

Berapa ketinggian Menara KLCC ?

1. Berapa ketinggian Menara KLCC ?
(A) 8220 M
(B) 4520 m
(C) 452 km
(D) 452 M
(E) Tinggi, aku pergi melawat dah dengan femily hari tu.
2. Ketinggian Menara Kuala Lumpur
(A) 200 M Kot
(B) 450 m
(C) 452 km
(D) 421 M
(E) Yang mana satu menara KL ?


3. Apakah nama ibu negara Manggolia ?
(A) emmmm ...
(B) Mosssssco ?
(C) Ulambatu
(D) Ulaanbaatar
(E) Altantuya.

4. Sungai terpanjang di Malaysia ?
(A) Sungai kinabatanggan.
(B) Sungai kinabalu
(C) Sungai Rajang
(D) Sungai Ranjang
(E) Sungai Pahang

 
5. Gunung tertinggi pula? , Dalam Malaysia je.
(A) Gunung Kinabalu
(B) Gunung Everest
(C) Gunung Jerai
(D) Gunung Tahan
(E) Senang je soalan ni, tak nak jawab.

 
6. Negeri apa paling terkecil di malaysia?
(A) Perlis
(B) Pulau pinang
(C) Melaka
(D) Langkawi
(E) Singgapore?

 
7. Negeri Terluas di Malaysia ?
(A) Kedah
(B) Pahang
(C) Perak
(D) Sarawak
(E) Bornio

 
8. Jarak Lebuh Raya Utara Selatan PLUS ?
(A) 847.7 Pounds
(B) 847.7 Kj
(C) 847.7 KG
(D) 847.7 KM
(E) 847.7 Mph

 
9.Berapa kepanjangan Jambatan Pulai Pinang ?
(A) 8.4 KM
(b) 84 KM
(C) 84.4 KM
(D) 7 KM
(E) Naik feri lg best

 
10. Kemana menghilangnya Osama Ladin?
(A) Ada di Us
(B) Dah meninggal dunia kena Bom
(C) Ada di Pakistan
(D) ADA di Dalam Gua
(E) Entah ,malas nak ambik tahu.

11. Juara UEFA Champions League Tahun ni ?
(A) Real Madrid
(B) Barcelona
(C) Manchester United
(D) Schalke 04
(E) Tak kesah yang mana pun..

18/04/2011

Aku Sayang Malaysia


1. Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan. sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^


2. Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan perpaduan saja yang dapat membantu kita melaksanakan segalanya untuk negara yang kita cinta ini dengan berkesan.


3. Sekarang, mungkin ramai di antara kita pasti bersedih dengan masalah masyarakat di negara tercinta kita ini yang kian menjadi-jadi. Tak habis-habis masalah timbul, dadah, pergaulan bebas, pelacuran, bunuh, curi, rasuah, penderaan dan bermacam-macam lagi yg kita dengar. ini menunjukkan betapa parahnya penyakit masyarakat kita sekarang. aku pasti, dengan menyimpan perasaan kecewa, sedih, marah saja, tanpa melakukan sesuatu, rasanya ia tak akan merubah apa-apa kecuali masa semakin senja.


4. Untuk merawat penyakit masyarakat sekarang, kita perlu kembali kepada asas, iaitu Islam. Sebenarnya kita bertuah disebabkan kita dilahirkan dlm agama yg pernuh kesempurnaan ini. kalau di ikut logik akal kita, apa yg terkandung di dalam islam. kita sudah pun menjadi satu bangsa yang kuat dan negara yang disegani. tetapi megapa ianya tidak belaku? saya percaya, ia di sebab kan masalah hubunggan kita dengan pencipta kita.. Bak kata dr Fadhilah Kamsah, " jangan cakap tentang hubunggan, perpaduan andara manusia jika hubunggan kita dengan Allah S.W.T kosong" ada benarnya kata-kata itu.


5. Aku juga percaya, semuanya masih belum terlambat. bagi aku, cara yg paling berkesah dalam memulakan usaha kita utk menjadi sebuah agama,bangsa, dan negara yg kuat dari segi rohani dan jasmani nya, kita perlu bermula dari bawah atau dari diri kita sendiri.. tiada gunanya juga kalau negara kita maju tetapi penghuninya boleh dikatakan hancur lebur dibakar kelalaian hidup di dunia ini.


6. bermula dari bawah, bermaksud bermula dari diri kita sendiri, diri aku sendiri dan diri anda sendiri. bukan bermula dari org lain. sebabnya, Allah takkan merubah seseorg itu melainkan dia merubah dirinya saja. kita hanya perlu melihat diri kita sekarang, adakah kita bersedia utk berubah ke arah yg lebih baik. dlm erti kata lain, kita tidaklah perlu terlalu mengkritik org lain ataupun sibuk berpolitik utk merubah masyarakat.


7. Aku beranggapan org lain tidak akan dapat merubah diri kita melainkan diri kita sendiri begitulah sebaliknya. jika kita mahukan negara kita aman, kita perlu terlebih dahulu mengamankan diri dan persekitaran kita. jika kita hendak negara kita bersatupadu, kita terlebih dahulu melakukannya pada diri kita dengan saudara-saudara terdekat. setelah kita berjaya mengendali diri kita dengan baik, secara tidak langsung kita dapat memimpin keluarga kita dengan baik. dengan tertubuhnya keluarga-keluargan yg harmoni sudah pastilah masyarakat menjadi harmoni, perpaduan menjadi kuat, dan apabila masyarakat menjadi kuat, negara kita akan hebat, agama ISLAM menjadi kuat dan tidak mudah di tindas seperti sekarang. Jadikan kesucian ISLAM sebagai guideline utk kehidupan kita..


artikel ini ditujukan kepada diri aku sendiri dan seluruh rakyat Malaysia.

13/04/2011

Kita Merancang, Allah Tentukan

1. Hidup ni memang magic, kadang-kadang apa yang kita suka dan nak sangat-sangat benda tu tapi tak dapat. Dan lain yang di rancang, lain pula keputusan yang kita dapat. Sebenarnya , ia tak la magic sangat... ia memang sudah di tentukan, Qada' dan Qadar dan wajib kita beriman dengannya.

2. Kehidupan ni tak selalunya indah... "Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah"... Kita tak tahu apa yg akan belaku pada kita ke esokan harinya. Kadang-kadang benda yang lansung kita tak jangka akan belaku dalam hidup kita dalam sekelip mata dan telah merubah segala-galanya.


3. Kita sebagai manusia yang serba kekuranggan , hanya mampu merancang dan selebihnya adalah ketentuan Allah... Tapi itu bukan alasan utk kita menyalahkan takdir andai apa yang kita rancang tak menjadi. Harus di ingat, sebenarnya apa yang di kurniakan Allah kepada kita walaupun kita tak suka, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita, kita je yang tak sedar. kita hanya perlu terima dengan penuh keredhaan... Just wait and see..


4. Tak semua impian yang kita cita-citakan akan berakhir dengan kegembiraan, Happy ending... Kecuali "Disney Film".. Jadi kita perlu membuat persediaan awal untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan kita..."sediakan Payung sebelum hijan"


5. Ada org yang pernah aku kenal dulu pernah cakap pada aku.... "percintaan tak semestinya berakhir dengan perkhahwinan", dan aku tak setuju dengan apa yang dia cakap. kata aku , "jadi kalau tak berakhir dengan perkahwinan , nape bercinta? hanya untuk main-main?" aku cuba menafikan salah satu Qada' dan Qadar Allah iaitu Jodoh Pertemuan... Masyaallah... and now, i can accept it... "Percintaan tak semertinya berakhir dengan perkahwinan" cos that is true... but not true love...


6. Begitu juga dalam urusan mencari rezeki yang halal lagi berkat... maklumlah dunia sekarang yang penuh dengan persaingan... kita harus berhati-hati dalam urusan harian... berbagai-bagai kemungkinan akan berlaku... kadang-kadang apa yg kita rancang dan sudah dikurniakan Allah, tetapi ada pula org lain menafikannya...


Tips aku,

a) Dapatkan sesuatu yang kita hajati tanpa bergantung pada org lain(Usaha sendiri, lakukan sendiri)

b) Lakukan dengan niat iklas kerana Allah, bukan niat semata-mata utk dapatkan duit..

c) Jangan terlalu cepat membuat keputusan ketika kita sendiri tak faham akibatnya dan kesannya di atas keputusan yg bakal kita buat..

d) Tiada jalan mudah untuk berjaya, kalau adapun, itu adalah sementara dan akan hilang sekelip mata atau "dream"

11/04/2011

Cebisan Kenangan


video
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yg berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi

m

06/04/2011

Mendaki Gunung

Antara cinta, kasih sayang, rindu, tekanan hidup, dan persaingan mencari rezeki halal, cinta-cita dan masa depan... Hanya cinta sejati dapat mengharunginya... cinta tanpa pegorbanan umpama tasik yang kering kontang...

caling and sms only.....


Iskandar : Duit tak ade... mcm mana aku nak kawen. Rumah pun tak ada lagi, Lepas kawen nak tinggal kat mana nanti? sewa rumah... banyak perlu duit ni,takkan nak tinggal di rumah mak.

Diana: "Awak, Femily tanya... bila awak nak masuk meminang, Kita bukanya baru bekawan tau!!"

iskandar: "Sabar la... ni tgah berusahan la ni."

diana : "Tahu la , Kita tunang la dulu "

Ayah si Diana: "Pak cik kalau bertunang tak nak lama-lama, 3 bulan cukup, kalau lama-lama
banyak masalah... " Iskandar teringat kata-kata ayah Diana


Iskandar : "Sempat ka kumpul duit 3 bulan??? !!! ADUHHH..."

Diana : "Awak ni kenapa? awak tahu tak umur saya dah meningkat, femily dah selalu tanya,
sy dah malas nak cakap..."

Iskandar : "sy faham syg, umur sy pun meningkat ni, mcm awak jugak... abg pun nak kawen,
kalau boleh besok nak kawen.... sy tengah berusaha la ni..."


Diana: "Tak habis-habis jawapan yang sama. bencinyaaaa.... awak ni serius ke tak dengan saya"

Diana: "Awak ada org lain ke?

Iskandar: "Kenapa Fikir mcm tu? Awak ada org lain ke?

Diana: "entah!!!!

Iskandar: "tak faham? apa maksud awak?, "entah"

Diana : "Kalau sy ada org lain, tak ingin sy duk beriya2 suruh awak masuk meminang...

Iskandar: "OK, tak nak begaduh, saya letih hari ni, bye

A few week later

Diana: "awk,mungkin ini je lah jalan yang terbaik yang kita ada, sy harap, awak boleh terima apa yang saya nak cakapkan ni, Saya tahu awak akan marah lepas ni. Saya dah terima lamaran orang lain.. mungkin ini jawapan yang awak nantikan, sekali lagi saya nak minta maaf."

Iskandar: "Memang dah sy agak ini akan terjadi. Saya memang dah dapat rasakan, hati saya ni akan diluka sekali lagi..."
Awk sedar tak, saya dah buat macam-macam untuk awk... mcm-mcm bisnes dah saya buat.... sekarang bisness saya ada masalah, sy perlukan awk waktu ni... saya buat part time business, sebab nak cari duit kawen... kenapa awak buat saya macam ni?

Diana: awak jgan salahkan sy seorg, tgok pada diri sendiri sama, tgok kesalahan diri awk juga, jangan hanya tgok kesalahan org lain je...

Iskandar: Apa salah yang saya dah buat? selama 6 tahun saya tak penah terfikir org lain... hanya awk yg sy fikir , awak,awak awak dan awak. Sy fikirkan masa depan saya bersama awak..

Diana: Sudahlah, semua dah berakhir, saya dah buat keputusan, saya pilih org lain, apa nak jadi-jadilah ... saya nak minta maaf sekali lagi... terpulanglah awak nak maafkan atau tak.. bye

Tiba-tiba ...

Abang Diana : Tak payahlah berhubung dengan W lagi, semua dah selesai, kami dah tunggu lama dah... Kawan tetap kawan...
m

Iskandar: Awak, ini SMS terakhir saya ... permintaan terakhir saya dari awak... Anggaplah kita tak pernah kenal di dunia ni, anggaplah saya tak pernah wujud di bumi ini... dan Terima Khasih Sayang" I can forgive You, But I can't forget what happen in my life for 6 years with you... anggap saya sudah mati....

Next 5 Month.... L be come a new man without love.... didalam Hati L sudah hilang kepercayaan erti cinta..... Siapa akan menyelamatkannya ????



Mandaki Gunung( 2 )

02/04/2011

Satu Dua Tiga Lekuk, Jantan Betina Aku Ketuk..



1. Mesti korang masih ingatkan cerite ni, kisah Sang Kancil Dan Sang Buaya, yang di ajar oleh cikgu2 tabika kemas dulu... memang best cite ni. mengisahkan tentang kebijaksanaan Sang Kancil menipu Sang Buaya Untuk melintas sungai...

2. Tapi sekarang , kisah tu boleh di terjemahkan dalam kehidupan manusia.. kenapa aku cakap macam tu, sebabnya keperibadian manusia pun dah mcm sang kancil dan sang buaya... berlumba-lumba nak jadi terbaik dan di hormati, nak kaya sehingga sanggup merendahkan martabat diri

3. Pada zaman sekarang , ramai yang mengunankan kebijaksanaan , kedudukan untuk menipu org lain, hanya nak hidup senang di dunia yang sementara ni... dan lupa kehidupan di akhirat kelak, Haram Halal dah tak tahu nak membezakannya. Fitnah hanya menjadi mainan bibir. semata-mata megikut kata hati yang penuh dengan nafsu serakah.

4. Kesahnya , ramai yang teraniaya... yang jujur dalam kehidupan sentiasa ditindas dan di tertawakan sebagai seorang yang lurus bendul... bodoh, tetapi realitinya siapa yang bodoh , Hanya Allah yang akan tentukan di padang mashar kelak. mereka hanya mampu berdoa kepada Allah.

5. Di sisi Allah S,w,t , semua umatnya adalah sama, yang membezakan darjatnya adalah iman dan taqwa. so tiada yang boleh menepuk dada mendakwa, akulah hebat di sini...

6. Kehidupan umpama air selautan, dan bila kita celup jari di dalam air itu dan mengangkatnya... Yang di jari itu adalah kehidupan dunia dan yg masih di laut itu adalah bakinya....