30/01/2010

Sajak, melayu mudah lupa, nukilan Tun Dr Mahathir Mohammad

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
...

28/01/2010

Persoalan tentang kehidupan

1. Di dalam hati setiap orang diantara kita, pastinya tersirat beribu rahsia, persoalan tentang kehidupan kita yang dah lepas, sedang dan akan ditempuhi. banyak yang sibuk memikirkan masa depan, ada yang tak habis-habis megenangkan masa yang sudah lepas dan tidak kurang juga yang sedang memikirkan apa yang hendak di lakukan sekarang. malah pemikiran setiap diantara kita juga berbeza-beza disebabkan perbezaan usia.
kanak-kanak memikirkan apa yang nak main hari ni, remaja dengan dunianya dalam mencari-cari identiti diri, dewasa dengan dunia mencari nafkah hidup, orang tua mungkin asik memikirkan cucu-cucu.

2. Dalam setuasi di atas, kita dapat lihat sekarang banyak pendapat diantara lapisan masyarakat kita sekarang, banyak yang tidak sependapat dlm
persoalan tentang kehidupan. dan kesannya yang remaja sudah tiada rasa hormat pada yang tua dan yang tua sudah hilang rasa kasih pada yang muda. keadaan ini secara langsung telah membuatkan perpaduan kita menjadi lemah.
cerdik pandai megatakan, jika hendak melihat generasi akan datang, hilatlah generasi sekarang.

Sekarang, gejala sosial boleh dilihat merata-rata dan di mana saja, dan dengan selambanya. seolah-olah tiada apa yang menghalang ianya berlaku. Buang anak yang baru lahir, buang ayah, tinggal mak di rumah orang tua-tua. salah siapakah ini?

saya percaya, masalah ini hanya boleh diselesaikan dirumah, sebab hanya dirumah ada orang yg diamanahkan oleh Allah utk mendidik dengan ajaran agama islam.

Tepuk dada tanya hati, fikir dengan akal.

Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan





26/01/2010

Memohon akaun google Adsense

Apa itu Google Adsense ?
Kali ini saya nak kongsi sikit cara nak daftar akaun Google Adsense
pada sesiapa yang belum tahu apa itu google adsense,

" Google Adsense adalah program pay per clik program. yang mana kita akan dibayar setiap kali orang clik pada iklan google yang kita masukkan di laman web/blog kita"
utk keterangan lajut klik disini

Langkah pertama sekali kita perlu lakukan adalah memohon akaun Google adsense dari pada google.

Langkah ini mudah, tetapi memerlukan sedikit masa. . sebelum kita memohon akaun google Adsense, Pastikan anda mempunyai blog ataupun website dalam bahasa english. selalunya google tak menerima web/blog dalam bahasa malaysia. Tetapi kalau permohonan kita sudah diteriman, kita bebas untuk meletakkan iklan Google adsense dalam blog bahasa melayu ataupun dalam blog berbahasa english. tetapi masalahnya yang timbul jiga blog/website kita dalam bahasa melayu, iklan google tidak dapat display dengan baik.

Katogeri iklan yang akan keluar pada blog kita adalah bergantung pada
isi web/blog kita contoh, kalau blog kita tentang sport, iklan yang akan keluar pun tentang spot.

cara
memohon akaun google Adsense;

1. Konjungi http://www.google.com/adsense
dan clik here to apply

2. pada menu website infomation;
masukan url blog anda dengan tepat
website leanguage pilih inglish.

3. pada menu contact infimation;
accound type" pilih individual"
country pilih negara Malaysia atau Negara Anda.

4. payee name ;
tulis nama lengkap anda dan Alamat Lengkap anda.

5. bahagian policies, tik pada bahagian yang berkenaan tanda anda setuju dengan
policies google.

6. dalam ruanggan login infomation;
masukan email yang akan digunakan semasa nak login ke akaun google apabila google
sudah menerima permohonan anda.

7. apabila semua selesai klik submit.

Kalau anda mengunankan blogger, atau free blog, masa diambil untuk akaun ada di semak oleh google adalah dalam 2 atau 3 hari. Untuk website sendiri dalam masa 1 hari.



22/01/2010

Membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan kegagalan

1. Proses membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan kegagalan. gagal dalam pelajaran, gagal dalam peniagaan, pekerjaan tak kira dalam bentuk apa sekalipun. setiap kegagalan yang kita tempoh pastinya akan memberi kita satu pegajaran berguna utk kita jadikan ia sebagai satu guideline utk mencapai kejayaa.

2. Jika dulu kita terlalu sensitif, silap sikit nak merajuk ja, sekarang masalah sikit2 boleh diselesaikan dengan selambe je. jika dulu kita hanya mengharapkan bantuan org tapi sekarang semuanya boleh ditanggung sendiri.tu adalah tanda kita sudah memiliki kekuatan diri.

3. Satu lagi contoh putus cinta, ada yang sampai nak buduh diri.. napa jadi mcm tu.. itu salah satu tiada kekuatan diri. sikit-sikit dah lahkan. jagan la menyusahkan bomba, polis dan lain-lain. kepada sesiapa yang sedang megalami masalah. ingat ini; itu semua adalah proses mematangkan diri kita. utk menjadi insan yang hebat.
Sekali lagi aku ulang membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan kegagalan.

"Perbaiki hubunggan kita dengan Allah S.W.T, Allah akan perbaiki hubunggan kita antara manusia"

18/01/2010

Anggan-anggan yang tak sudah-sudah

1. Aku pernah membaca sebuah buku tulisah tuah iskandar bertajuk imejinasi cemerlang. saya beli dan baca, memang apa yang ditulis dalam buku tersebut menarik dan tertarik. dalam buku itu menceritakan tentang magaimana menjadikan fikiran kita berimejinasi cemerlang.
imejinasi dalam bahasa mudahnya berangan-anggan.

2. Kita selalu menganggap angan-angan adalah satu perkara yang negetif, kita juga telah didedahkan oleh cerita rakyat seperti anggan-anggan mat jenin, Anggan-anggan yang tak sudah-sudah. mat jenen itu sendiri telah diberi satu gambaran negetif oleh masyarakat kita dahulu dan sekarang. bagi saya tak salah mat jenen beranggan-anggan. yang salahnya kenapa lah yang dia beranggan-anggan atas pokok.


3. Setiap orang antara kita mesti pernah beranggan-anggan cuma ada yang lebih beranggan-anggan, cuma disini kita hanya berlu sertakan anggan-anggan + azam + cita-cita, pasti ia akan memandu kita kearah apa yang kita anggan-anggankan. apabila minda kita sudah di set dengan tiga perkara tersebut, maka dengan automatiknya fizikal dan mentel kita akan berkerja kearah itu. seperti kata pepatah. nak seribu daya dan tak nak seribu dalih. sekarang bersama saya kita setkan fikiran kita dengan anggan-anggan+azam+cita-cita. biar fikiran kita yang bekerja untuk kita untuk mencapai cita-cita kita. assalamualaikum.


SENYUM SELALU.

17/01/2010

palestine oh palestine


kali ini, hati saya terigat pulak nasib saudara kita di palestine. apa agaknya khabar mereka, adakah mereka tdr nyenyak. dapatkah mereka makan dan mandi seperti kita di malaysia. hanya mereka yang tahu. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. seingat saya, sejak saya budak-budak lg sudah mendegar cerita kekejaman israel keatas palestine. entah bila saudara kita akan di halau di bumi sendiri. betapa beruntungnya kita yang dilahirkan di malaysia.

saya akan menceritakan sedikit sebayak yang saya tahu kenapa bumi saudara kita boleh jadi mcm tu. segalanya bermula dari bangsa yang penuh tipu helah, iaitu bangsa yahudi yang dudah tercatit dalam Al-Quran.

bangsa yahudi yang berada di israel sekarang asalnya dari sebelah eropah disekitar Croatia. bangsa ini terkenal dengan banyak tipu helah. mereka juga yang megasaskan dasar riba iaitu menjadi kekuatan tipu helah mereka utk mencengkam ekonomi dunia.
mereka telah dapat melumpuhkan ekonomi Russia pada masa tu merupakan sebuah negara yang memonopoli ekonomi dua. keadaan ini memaksa hitler iaitu ketua tentera nazi megambil jalan penyelesaian mudah iaitu membunuh beramai-ramai bangsa ini dengan megatakan itulah jalan yang terbaik utk bangsa yang penuh dengan tipu helah dan hasat dengki ini. perang dunia telah berlalu. seperti biasa bangsa ini dengan saki-bakinya meneruskan agenda mereka. mereka telah mendapat simpati barat yang diketuai USA yang telah menjadi kuasa ekonomi dunia setelah jatuhnya kuasa soviat, telah mencari penempatan baru kaum ini. dan tempatnya adalah bumi palastine sekarang.

pada awal penempatan mereka, ada seorang pemerintan turki yang bijak ketika itu, telah mewartakan tanah di bumi arab khususnya palestine tak boleh di jual dan ditukar milik. tetapi semuanya berakhir dengan meninggalnya pemimpin tersebuh dan digantikan oleh seorang yang sekuler lagi tidak bijak, iaitu mustafa kamal altaturk latnatullah. mustafa kamal telah merubah undang-undang dengan drastik dan banyak perubahan yang telah dibuah di antara lain, menukar Azan dalam bahasa turki. dengan adanya pemimpin ini. bangsa yahudi tersenyum lebar. dengan itu bangsa ini terus membuatkan barat simpati terutamanya USA, maka sejarah dunia sekarang ada dalam genggaman mereka. mereka telah memutar belitkan fakta sejarah sewenang-wenangnya. dengan itu mereka telah membeli tanah-tanah di bumi palestine sedikit-demi sedikit dan seterusnya menjadi penempatan haram mereka yang besar dan kuat. sekarang mereka tak perlu membeli lagi, mereka hanya perlu menghalau dengan lembut atau pun dengan peluru hidup. dlm masa yang sama PBB di budak bodohkan oleh mereka. kenapa USA, EROPAH ikut telunjuk mereka. jawapannya bangsa yang sikit ini telah memonopoly 75% ekonomi dunia. hebatkan. moralnya di malaysia. jagan jual tanah, tolak urusan cara riba sebab itulah yang menhancurkan islam di palestine dan menjadi lemah. bersama kita berdoa utk saudara kita yang sedang ditindas entah sampai bila.
assalamualaikum.






15/01/2010

Emak dan Ayah

1. Ayah dan Emak adalah org yang pertama yang kita rindu semasa kita berjauhan. Terigat lagi sewaktu mula-mula aku berpisah dengan fimily, masa tu aku tingkatan 3 nak masuk tingkatan 4, Terpaksa tinggal di asrama yang jauh dari rumah. Jauhnya dari rumah aku lebih kurang 30Km atau 40 minit perjalanan kalau drive 80k/j, lebih kurang la jauhnya rumah aku dari Alor Star. Perasaan waktu tu hanya Allah saja yang tahu.

2. Sewaktu dalam perjalanan, aku rasa badan jadi panas, sejuk, suam, rasa macam nak suruh ayah aku buat pusingan U pun ada hihi. Memang kalau dikenang balik lawak gila, maklumlah waktu tu tak pernah berjauhan dengan fmily.

3. Untuk membiasakan diri aku ni untuk tinggal di asrama, aku megambil masa yang agak-agak lama jugak la, berminggu-minggu otak aku ni melayang teringatkan rumah. Aku rasa macam tak boleh hidup tanpa fimily masa tu, nak kata aku anak manja tak juga. Terigat lagi semasa ayah aku datang kali petama untuk menjegok anak dia ni, perhh rasa sayu gila hihi. Aku rasa ada di kalangan korang pun pernah mengalaminya. itu lah power Aura kasih sayang mak ayah kita kepada kita.


3. Mungkin jasa diorang tak dapat kita kita balas kalau kita hitungkan dengan apa yang mereka dah beri selama kita hidup ni. Setiap peringkat hidup kita merekalah yang mendidik. dari bayi, baby, kanak-kanak, remaja, dewasa. malangnya sekarang ada anak-anak yang menderhaka. salah siapakan itu. saya tak nak komen pasal tu.
yang penting sekarang kepada ibu bapa didiklah anak dengan peduh didikan agama. pasti selamat dunia akhirat. insyaallah.

4. Walau apapun pasti ada dikalangan pembaca, kawan-kawan kita yang tak sempat bersama-sama ibu bapa semasa hayat ini. yang pasti anda boleh berbakti kepada ibu bapa dengan menghadiahkan doa dan berbuat baik. pasti kita akan menjadi anak yang soleh.

5. Baru-baru ini, aku tersentuh semasa aku menghatar adik aku mendaftar diri di salah sebuah ipt. Aku lihat ramai ibu bapa yang begitu bersemagat dan menaruh harapan yang tinggi bersama anak-anak mereka. ramai yang datang dari seluruh pelusuk negara. Aku tak dapat merasai perasaan mereka sebab belum menjadi ayah. tetapi dapat mejuga merasa perasaan ayah dan mak aku sendiri.

6. Aku harap kepada semua remaja, anak-anak tak kira dimana kita berada, bahagiakan la ibu bapa kita selama hayat mereka. dekatkan diri pada Allah. Allah akan pelihara kita. insyaallah.


14/01/2010

Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

( korus )
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana





Carilah Cinta


Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki






10/01/2010

Isu penggunaan nama Allah.

Apa sudah jadi ni. kenapa jadi mcm ni. mcm2 persoalan yg berserabut. kenapa ? why? Allah adalah tuhan yang satu. kita wajib tentang pengunaan nama allah oleh orang kafir.
pada pandagan saya, isu penggunaan nama Allah ini, hanya tektik kafir utk mempegaruhi dan mencelarukan pemikiran muda-mudi islam pada masa ini dilihat rapuh.

setelah sekian lama diorang menggunakan perkataan jesus. kenapa sekarang mereka mahu meggunakan nama Allah yang kononya dakwaan mereka utk tujuan pembelajaran dan peyebarang agama mereka. apa yang dikesalkan sekarang, ada yang di antara saudara kita sendiri seolah-olah menutup sebelah mata yg kononnya takut akan menjadi lebih serius. bg saya ini sudah pun serius. di mana semagat jihat kita sedangkan mempertahan kan kalimah Allah pun kita tak mampu. tak malukah kita pada orang islam terdahulu yang sanggup bermandi darah utk mempertahankan kesucian islam.

jika kita lihat utk tempah masa terdekan mungkin ia tidak memberi sebarang kesan tentang penguaan kalimah Allah ini, tetapi cuba kita fikir dlm jangka masa jauh. kekeliruan akan timbul kepada generasi akan datang. Kalimah Allah sudah dihina.

sekali sekala seolah-olah mahkahmah dunia lebih berkuasa dari Allah S.W.T. inikah undang-undang yang kita agung-agungkan. tepuk dada tanya iman.



06/01/2010

Burj Dubai



Jom kita tinjau-tinjau bagunan tertinggi didunia yang telahpun dirasmikan, Burj Dubai. menara yang mencecah ketinggian lebih 800 meter. memang betul-betul tinggi ni, macam mana rasa kalau ada di atas menara ni, pasti buat sesetegan orang pucat lesu. mcm aku yang memang fobia dengan tempat-tempat yang tinggi apatah lagi ketinggian 800m. Tapi yang hairanya, ada hamba Allah yang boleh membina benda ini, hairan aku, apa punya speisis aku pun tak tahu. kalau semua org kat dunia ni spesis macam aku, maknanya takkan ada la bagunan tinggi-tinggi mcm ni.

semalam Burj Dubai Sudah pun dirasmikan. harap-harap dapat pergi ke dubai dan lihat. dengan izin Allah insyaallah.




03/01/2010

Kaki Bola

kepada kaki bola yang ingin mendapat keputusan perlawanan yang pantas. anda boleh melayari web goalsarena . di sini anda akan diberi info tentang keputusan perlawanan yang terkini dalam Liga EPL, seria a, dan liga spain tak ketinggalan juga perlawanan international . bukan setakat keputusan yang anda dapat. anda juga dapat melihat goal-goal yang dijaringkan dengan vedio HD.

kepada peminat setia bola mcm saya. jagan ketingallan melayari web site ini.

layari goalsarena