Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Jangan Menderhaka Kepada Ibu Dan Ayah kita

“ Radha Allah s.w.t Bergantung pada radha Ibu dan Bapa, Murka Allah s.w.t Bergantung pada Murka kedua Ibu bapa “ Riwayat Al Hakim Terlintas nak menulis tentang ibu dah ayah, tak tau kenapa... rasa mcm susah jer nak jadi ayah di zaman serba mencabar ni.... Anak atau Baby semasa di lahirkan umpama kain putih yang suci yang lahirnya kedunia ini untuk turut sama menyertai dan merasai keindahan alam yang di panggil Bumi ini bersama-sama makluk atau manusia yang terlebih dahulu merasai kehebatan dan keindahan dunia. Lahirnya kita terus di belai dan di tatap dengan penuh kasih sayang oleh insan yang bernama ibu dan ayah. Malah ada yang menyambut kedatanggan kita dengan air mata kesyukuran dan kegembiraan. Dalam keadaan itu, mereka menjaga kita dengan sepenuh perhatian dan ketelitian. Ruam di badan, Panas, Kembung perut, nak susu, tidur si baby semuanya di beri perhatian. Keadaan ini pastinya telah di lalui oleh setiap manusia baru di lahirkan walaupun memori itu, kalau ditanya kepada kita