Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja Pasti semua orang yang sudah bekerja akan ada pengalaman yang tersendiri dalam menghadapi temuduga semasa proses mendapatkan pekerjaan. Temuduga kerja juga merupakan pengalaman yang akan di ingat sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau berjaya dalam temuduga tersebut. Tapi lain pula kepada orang-orang baru yang nak melangkah ke alam pekerjaan. Berpindah dari dunia pendidikan ke alam pekerjaan, setiap orang perlu menempuh dulu pengalaman termuduga kerja.  Persiapan untuk menghadapi temuduga tak boleh sesekali di pandang mudah, sebabnya mungkin peluang tersebut hanya datang sekali. Kalau tak gunakannya dengan sebaik mungkin, pasti kerja yg kita inginkan akan terlepas kepada calon temuduga lain. Di samping berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan, usaha juga perlu kita persiapkan supaya ia lebih sempurna. Menghasilkan Aura Positif Dalam Diri Persediaan untuk menghadirkan aura positif dalam diri hendaklah di lakukan 3 hari sebelum anda

Tips Berniaga di Shopee Untuk Newbie

Tips Berniaga di Shopee Untuk Newbie   Sapa yang tak kenal dengan Appikasi Shopee kan, pasti ramai dah ada pengalaman shopping online di shopee, tapi adakah anda pernah Berniaga di shopee?   Kalau belum , sekarang t ibalah masa untuk saudara dan saudari cuba sendiri cara berniaga di Shopee. Di dunia online sekarang ni rugilah kalau tak cuba berniaga style baru zaman tanpa sempadan ni. Sekurang-kurangnya kita tahu sedikit sebanyak ilmu tetang selok-belok berniaga online lebih-lebih lagi dengan platform Shopee ni. Menceburi perniagaan secara online penting untuk masa hadapan, sebab perdagangan masa hadapan akan terarah kepada E-dagang, Boleh kalau kita nak belajar tapi yang lebih berkesan lagi, kita perlu turut serta menempuhinya. Di situ baru kita tau pengalaman sebenar berniaga online. Untuk mula berniaga online, saya sarankan mula dulu dengan Shopee. Kenapa perlu pilih Shopee? Berdasarkan pengalaman saya yang juga pernah berniaga di Facebook Page dan di Shopee, Berniaga di Shopee