Entah di mana silapnya, entah siapa pertualangnya, Entah apa yang mereka mahu dari darah manusia, adakah dalam dada mereka terselit seketul daging yang lembut yang dipanggil "HATI", Mereka hanya mentulikan telinga, membutakan mata, mendendangkan lagu dengan bersiul sahdu sambil mengoyangkan kaki dan memandang keatas di celah-celah tangisan kesakitan seorang anak yang meraung pedihnya luka dek bedilan peluru letupan bom tiada mata yang di lepaskan mereka Adakah bangsa ini layak di panggil manusia? adakah ini syaitan yg telah menyerupai manusia? berkemungkinan besar ya. Apa yang ada di dalam fikiran mereka sehingga tak tahu menilai tangisan ketakutan seorang anak kecil... luka di kiri kanan dan darah terpancut keluar dari tubuh seorang anak yang belum pun pernah kenal erti kehidupan di dunia, kejamnya meraka... Adakah Kemanusian, kedamaian telah lama hilang..