Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Tidak Perlulah Terlalu Taksub Kepada Sesuatu Kumpulan

1. Sifat taksub atau berlebih-lebih pada sesuatu pegangan, fahaman atau kumpulan adalah satu sifat yang paling tak wajar kepada seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat. Taksub ini boleh kita gambarkan seperti menganggap hanya diri atau dalam kumpulan kita je yang betul, yang selain itu adalah salah. Perasaan seperti ini boleh mengundang kemarahan orang lain yang di katakan salah. Sikap taksub membawa lebih kepada perpecahan berbanding perpaduan. 2. Kita harus sedar tak semua yang kita lakukan ini adalah betul dan tak semua yang orang lain lakukan juga betul. Sudah menjadi sifat asal manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. jadi kita seringkali terdedah kepada kesilapan setiap hati. Apa bila sudah taksub kepada sesuatu, banyak kemungkinan pekara yang di luar jangkaan akan kita lakukan contohnya seperti terpaksa menegakkan benang yang basah(peribahasa melayu), menjadi marah apabila pendapat di sanggahi. 3. Setiap pendapat atau maklumat yang di perolehi rasanya lebih elo