Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah

Bidaah, Bidaah bidaah, itu bidaah, ini bidaah , sana bidaah , sini bidaah itu je yang mereka tahu.. Ketika pening kepala aku berhujah dengan kawan-kawan yang berfahaman wahabi ni , terjumpalah satu blog yg pada aku sangat best/indah/cantik untuk menerangkan tentang konsep bidaah, perkataan yg selalu di bibir golonggan-golonggan Wahabi yg suka sangat membidaahkan amalan umat islam di Malaysia ni.... rasanya tak perlu kot aku edit balik tulisan blog tu sebab penerenggannya dah cukup cantik dan mudah difahami... Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata, “ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.” Had

Aku Dan Perniagaan Bahagian 3, Menambat hati pelanggan dan jadikan mereka pelanggan tetap

1. Melayan karenah pelanggan memang salah satu dugaan dalam perniagaan.... teringat lagi aku masa mula-mula berniaga dulu... aku rasa macam satu sumbar masalah pula bagi aku untuk melayan masalah pelanggan yang banyak cakap ni, apatah lagi kalau pelangan tu kondem perniagaan kita, bagi perniaga baru macam aku dikala itu, setuasi sebegitu sudah cukup untuk melemahkan semangat aku... nak je aku bertengkar dengan costemor yg macam tu... tapi harus di ingat, pelanggan yang macam tu jugaklah yang membantu untuk kita menjadi lebih kuat dan matang... 2. Tanpa pelanggan, sesebuah perniagaan tu tak akan pergi kemana, begitulah juga kalau kita sentiasa bersikap dingin dengan pelanggan... kadang-kadang penguna ni suka sangat nak test IQ dan sikap kita semasa berurusan... perlu disini untuk menimba ilmu dan mendapatkan seberapa banyak pengalaman tentang cara-cara yang terberurusan dengan setiap pelanggan... bagi aku, setiap perniaga tidak boleh terlalu berlembut dan juga tidak boleh terlalu ker

Detik - Detik Pemergian Rasulullah S.A.W

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu.. Rasullullah dengan suara terbatas memberi khutbah terakhirnya.. " Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.. " "Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.., barang siapa mencintai sunnahku nererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca... Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya... Usman menghela nafas panjang... Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam... Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.. " Rasullullah akan meninggalkan kita semua " keluh hati semua sahabat kala itu.. Manusia tercinta

Mengenali Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi

Dipetik dari : Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Aqidah Assalamualaikum Warahmatullah. PENGENALAN Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka. Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbin