Skip to main content

Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah


Bidaah, Bidaah bidaah, itu bidaah, ini bidaah , sana bidaah , sini bidaah itu je yang mereka tahu..

Ketika pening kepala aku berhujah dengan kawan-kawan yang berfahaman wahabi ni , terjumpalah satu blog yg pada aku sangat best/indah/cantik untuk menerangkan tentang konsep bidaah, perkataan yg selalu di bibir golonggan-golonggan Wahabi yg suka sangat membidaahkan amalan umat islam di Malaysia ni....

rasanya tak perlu kot aku edit balik tulisan blog tu sebab penerenggannya dah cukup cantik dan mudah difahami...


Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata,

“ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.”

Hadis ini kerapkali menjadi hujah terkuat golongan anti-bidaah ini. Jadi, sebenarnya apa hukum amalan-amalan seperti di atas? Seeloknya kita kembali kepada maksud bidaah terlebih dahulu supaya persoalan ini lebih jelas dapat difahami.

Istilah bidaah berasal dari kata Arab (bada’a) yang bererti mengadakan atau menciptakan sesuatu yang baru tanpa contoh terlebih dahulu. Para ulama sejak dahulu lagi membincangkan hukum bidaah dalam agama. Asas perbincangan mereka dalam menetapkan hukum bidaah adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Jabir yang tertulis dalam dialog tadi.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“ Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kita ini yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”.

Asas perselisihan pendapat ialah, adakah perkataan kullu bidaah dalam hadis membawa maksud semua jenis bidaah itu sesat dan tertolak, ataupun memberi maksud sebahagian besar bidaah itu sesat? Perbezaan pendapat inilah yang membentuk dua aliran yang mana aliran pertama menolak 100% amalan yang tidak berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan satu aliran lagi berpendapat maksud kullu bidaah ialah sebahagian besar, bukan keseluruhan ( al-kul bi ma’na majmu’ laisa jami’). Itulah yang menjadi sumber asas pegangan Mazhab Syafie yang membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Sayyi’ah atau Dholalah dan Bidaah Hasanah.

Merujuk pada tulisan Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Al-Bakaniy dalam Majalah Milenia Muslim keluaran April 2008, beliau menyatakan Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Hasanah (mengadakan sesuatu perkara baru yang terpuji yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah) dan Bidaah Dholalah (mengadakan sesuatu perkara baru yang tercela yang bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah). Kata Imam Syafie,

“Setiap perkara yang ada sandaran daripada syarak, maka bukan dari perkara bidaah, sekalipun tidak dilakukan oleh generasi Salaf”.

Antara dalil dibolehkan bidaah (Bidaah Hasanah) dalam amalan harian terutamanya ibadah yang saya boleh utarakan sepanjang pemahaman saya terhadap isu bidaah ini ialah :

1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

“…dan kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka yang beribadah) Rabbaniyyah-merekalah yang MENGADAKANNYA rekaannya; padahal KAMI TIDAK MEWAJIBKANNYA kepada mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah…” (QS 57:27).

Ini menunjukkan bahawa perkara baru yang dilakukan oleh sebahagian umat Nabi Isa (ayat di atas merujuk kepada umat Nabi Isa yang mendirikan rumah daripada tanah liat walaupun mampu untuk hidup mewah) dipuji Allah kerana mereka ingin menjauhkan diri mereka daripada keseronokan duniawi walaupun tidak terdapat dalam kitab Injil yang mengharuskan sedemikian.

2. Dalam hadis yang dikeluarkan Imam Bukhari di dalam sahihnya daripada Rifa’ah bin Rafi’ Al-Zarqiy :

“Suatu hari kami bersembahyang di belakang Rasulullah S.A.W dan ketika Rasulullah bangun dari rukuknya, Baginda menyebut ‘Sami’alllahu liman hamidah,’ dan telah berkata salah seorang di belakang Rasulullah S.A.W, ‘ Rabbana walakalhamdu hamdan kathiran thoyyiban mubarakan fih’. Selepas menunaikan solat jemaah tersebut, Rasulullah S.A.W bertanya: ‘Siapa yang membaca lafaz tadi?’ Maka sahabat tadi menjawab: ‘Saya Ya Rasulullah’. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Aku telah melihat lebih kurang 30 malaikat berebut untuk mencatat pahala mereka yang menyebut lafaz tersebut”.

Jelas di dalam firman Allah dan hadis di atas bahawa semua perkara baru yang tidak dilakukan Baginda dan para Nabi terdahulu bukan semuanya haram.

3. Ulama Usul mendatangkan kaedah:

“Perkara yang ditinggalkan tidak menunjukkan kepada haram”.

4. Adapun hadis yang menyebut,

“Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru dan setiap yang bidaah itu adalah dholalah (sesat) dan sesat itu adalah ke neraka”.

Imam Nawawi menyatakan bahawa makna hadis ini adalah am makhsus (umum yang dikhususkan kepada sesat). Beliau turut menyatakan di dalam kitab Tahdzib Al-Asma’ wal Lughat m/s 22 juz 3:

“Bidaah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Dan ia terbahagi kepada Bidaah Hasanah dan Bidaah Qabihah”.

Beliau menyambung lagi:

“Perkara baru yang diadakan dan tiada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bidaah. Tetapi, sekiranya ADA ASAS DALAM SYARAK, MAKA IA BUKAN BIDAAH”.

Kekeliruan sesetengah pihak inilah yang akhirnya membawa perpecahan dalam umat Islam sedangkan Imam 4 Mazhab tidak pula bertekak sesama mereka malah menghormati pandangan masing-masing…Harapnya penerangan ringkas ini dapat merungkai persoalan di atas dan membuka minda kita sebagai persediaan menjadi Muslim era millennium. Wassalam…

Artikel ini dipetik dari blog: http://bondsoflove90.blogspot.com/2008/05/bidaah-ooiii-bidaah.html,

Wallahualam..... 


Baca Juga ; 

Maksud Fahaman Wahabi Secara Ringkas Dan Kesannya Kepada Masyarakat "
Salafi Wahabi Fahaman Yang Mengelirukan "
Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah "
Maksud Bid'ah dan Pembahagian Bidaah "


Comments

Popular Posts

Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation

Download dam Install Printer Driver Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation          Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini : Canon w...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali 1. Assalamualaikum semua... Bagaimana Cara Semak No Tellefon Yang Tak Diketahui Pemiliknya? Pasti semua alami pekara ni kan ada org Call tapi kita tak tahu no tel tu sebab tak ada dlm List no Hp kita.. Kadang2 tu rimas Juga No yg tak di kenali ni sering ganggu kita kan. 2. Ada caranya utk Kita nak kesah No tu Milik siapa... iaitu melalu App Website  https://www.truecaller.com . Caranya Masuk dlm Website tersebut... dan terlebih dahulu Sign in dengan Mengunakan Google akaun iaitu dengan Gmail anda... Pada yg belum ada akaun Gmail tu kena buat dulu la di  Klik disini  utk buat Daftar Gmail. 3. Akan Terpapar seperti Gambar Dibawah.. Selepas Anda sudah Sign In.. baru anda di benarkan Search No tel yg tak di ketahui itu di Bahagia  " Search a Phone Number " 4. Bila anda sudah Search no tersebut.. anda akan di beritahu nama samaran Empuya no tu... sebab apa nama samaran? di sebabkan nama tu di ambil dlm database Web true ...

Macam mana nak buat USB Drive dalam Format Read-Only ?

1.      Saya sarankan format ini di lakukan pada USB Drive atau apa jenama drive pendrive atau kingstone yang menyimpan data-data penting yang anda anggap mustahak. ini kerana USB drive begitu mudah di serang Virus atau menghidari data-data yang penting di dalam USB Drive anda itu dari di ganggu. 2.      Kaedah yang saya tunjukkan ini adalah secara Manual dengan Mengunakan Command Prompt (CMD) dengan munggunakan Windows 7. 3.      Berikut langkah-langkahnya. Buka CMD , Start Manu - Search type ( CMD ) akan keluar Paparan seperti Print Screen seperti di bawah... Langkah seterusnya yang anda perlukan type command seperti saya lakukan di bawah....  4.      Bila sudah selesai anda boleh test drive anda dengan cara copy mana-mana file dan cuba simpankan kedalam USB Drive anda.... akan ada Msg Box seperti di bawah.. kalau keluar msg box itu bermakna anda berjaya menghasilkan USB Drive dalam Attributes READ ...