Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Itulah Sayang Part 1

    Setiap Yang di jadikan Allah bukan hanya sia-sia. Begitu juga manusia, Yang miskin mahupun yang kaya, Yang sempurna panca indranya ataupun yang kurang upaya.  Manusia berperanan sebagai Khalifah juga sebagai hamba. Manusia di tuntut berpesan-pesan antara satu dengan yang lain.    Sebab Manusia itu lembut tidak sekeras batu, Mampun pecah jika di hempap sesuatu. Tumpul tidak setajam pisau, akan cedera jika di biarkan beradu dan akan membuatkan Manusia lain risau.    Manusia akan lemas tidak seperti ikan, andai dibiarkan tertanam di dasar lautan. Manusia  hanya sementara di sini. Akan bertukar gelaran si muda kepada si tua dan selepas itu akan mati.    Dalam keadaan yang serba lemah, semua manusia memerlukan tempat untuk berlindung dan tempat untuk mengadu. Mustahil tempat itu adalah di sisi sesama manusia. Sudah tentulah tempat itu adalah di sisi Allah Tuhan semesta alam.      Ada kalanya kita hanya perlu diam dari berkata-kata pada pekara yang tidak perlu kita berbicara. K