Skip to main content

Itulah Sayang Part 1

    Setiap Yang di jadikan Allah bukan hanya sia-sia. Begitu juga manusia, Yang miskin mahupun yang kaya, Yang sempurna panca indranya ataupun yang kurang upaya.  Manusia berperanan sebagai Khalifah juga sebagai hamba. Manusia di tuntut berpesan-pesan antara satu dengan yang lain.

   Sebab Manusia itu lembut tidak sekeras batu, Mampun pecah jika di hempap sesuatu. Tumpul tidak setajam pisau, akan cedera jika di biarkan beradu dan akan membuatkan Manusia lain risau.

   Manusia akan lemas tidak seperti ikan, andai dibiarkan tertanam di dasar lautan. Manusia  hanya sementara di sini. Akan bertukar gelaran si muda kepada si tua dan selepas itu akan mati.

   Dalam keadaan yang serba lemah, semua manusia memerlukan tempat untuk berlindung dan tempat untuk mengadu. Mustahil tempat itu adalah di sisi sesama manusia. Sudah tentulah tempat itu adalah di sisi Allah Tuhan semesta alam.
 
   Ada kalanya kita hanya perlu diam dari berkata-kata pada pekara yang tidak perlu kita berbicara. Kadang-kadang kita hanya perlu senyum untuk membahagiakan orang yang kita sayang.

   Ada masanya, kita hanya perlu ucapan terima khasih untuk membuatkan diri dihargai dan menghargai. Ada ketikanya kita memerlukan sentuhan kasih untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

   Ada suatu ketika, kita terpaksa menitiskan air mata untuk meredakan tekanan jiwa. Inilah Lumrah kehidupan dalam melayari dunia yang sementara. Dari Dia kita datang dan kepada Dia Jugalah kita akan pulang.

   Cinta , Kasih dan sayang itu datangnya bukan di panggil, Perginya bukan di halau. Meratapi sesuatu perpisahan itu mungkin satu pekara yang sia-sia tanpa faedah, hanya membuatkan  jiwa terbeban. Yang pergi biarkan pergi. Yang pergi bernisan doakan untuk dia mendapat ketenagan. Walau bertapa cintanya kita pada dia, sayangnya kita tidak terhingga, Di akhir cerita pasti akan berpisah Jua. Semoga ia menjadi bidadari kita di syurga.

Itulah Sayang

   Pertemuan dan perpisahan itu semua sudah di tentukan. Segala kejadian di langit dan di bumi bukan hanya satu kebetulan. Segalanya sudah tertulis dan takdir akan menentukan, Hanya berdoa, usaha dan tawakal dapat merubah di samping mengharapkan kurnian rahmat dari pada Allah  agar Allah memberi Hidayah dan pertolonggan. Yang pasti , ada hikmah di sebalik itu yang tidak kita tahu, hanya masa dapat merungkainya. Bercinta kepada orang yang mencintai Allah kerana Allah untuk menjadi kekasih halal itu akan timbul sayang.

Itulah Sayang.

   Dikala embun pagi mula mengering, Cahaya mentari pagi bertukar menjadi garang. Seluruh kehidupan bumi mula keluar mencari rezeki,
Si burung mula mencari si ulat. Si tedung memulakan stratigy untuk memerangkap si lompat. Sang helang mula meninjau kawasan setampat kalau-kalau ada yang tersesat.
Si Ayah sebok menyisir rambut si anak sebagai persiapan kesekolah takut-takut terlambat. Yang Berhormat mula meninjau kawasan setempat, takut-takut tak sempat sebab pilihan raya pun dah nak dekat.

   Kehidupan silih berganti hari demi hari. Langkah terus di susun menyusuri bumi. Tiada siapa yang mahu ketingalan dalam siri memburu kehidupan ini.Tidak ketingalan Iskandar dan kawannya Hafiz juga berbilion manusia di bumi yang turut serta menjadi peserta di pentas pementasan yang di beri nama bumi.

"Is, bagun, kau lihat jam dah bukul berapa tu? kau dah sembahyang subuh ke belum?" Suasana sunyi di pagi itu di pecahkan oleh suara Hafiz yang mengejukkan kawannya Iskandar yang sedang enak terlentang di atas katil.

“Ya Allah,... lalat pun dah bagun time macam ni . cepat bangun" Bebelan hafiz pada Iskandar bila melihat kawan karibnya itu masih sedang berbaring di atas katil.

   Hafiz adalah kawan serumah Iskandar tetapi berlainan kerjaya.. Iskandar seorang businessman, mempunyai sebuah perniagaan yang di usahakannya. Hafiz berkerja dengan sebuah syarikat hartanah di utara semenanjung tanah air. Persahabatan mereka sudah seperti saudara kandung.

" Dah sembahyang tadi. Aku bukannya tidur, cuma baring-baring je " Jawab Is dengan suara separuh sedar. Dalam keadaan matanya tertutup dia masih mampu mendengar dengan jelas leteran kawannya itu.

" iyo lah tu baring-baring, aku pergi keja dulu, Jumpa malam nanti " balas Hafiz sambil tanganya mencapai beg di atas meja.

" emmm " Jawab Iskandar yang masih baring di atas katil biliknya.

___________________________________


  Rutin harian Iskandar yang sememangnya cukup sibuk dengan urusan perniagaannya, membuatkan dia sudah lupa memikirkan tentang hal-hal selain dari perniagaannya. Lebih-lebih lagi dalam hal mencari jodoh atau teman hidup yang pernah membuatkan hatinya hancur dan sudah putus harapan terhadapnya.


Jam menunjukkan ke pukul 5 petang. di mana siang akan melabuhkan tirainya.

  “ Abang nak asingkan stok lama dan baru, Jangan campur sekali “ arah Iskandar kepada pekerjanya Faizal dan anis. Faizal seorang technition computer manakalah Anis seorang kerani yang membantu Iskandar menguruskan perniagaannya.

“ Ok abang Is, “ Jawab balis Anis
“ Abang , Komputer en zubir yang kita claim warentty hari tu sudah sampai “ tambah Anis
“ Call En zubir suruh datang ambil “
“ Ok” Anis 

“ The Sky Is Clear
The Air Is Clean 
The Land Is Green
Thank You Allah 
Thank You Allah " handphone Iskandar berbunyi, dengan ringtone yang sudah di setkan dengan ringtone Lagu Nashid popular dari kumpulan Raihan, Thank You Allah.

“ Apa hal tiba-tiba call aku ni “ Iskandar bercakap sendirian sebaik ternampak Nama Hafiz terpapar di screen Handphonenya.

" Hallow fiz, nape call, kau dah balik keje ke? " tanya Iskandar menjawab panggilan Hafiz

" Malam ni kita keluar makan sama-sama yer, dekat Zubaidah Nasik ayam " balas Hafiz

" ok, nanti jumpa dekat rumah " Jawab Iskandar sambil memandu pulang kerumah. Memandangkan segala urusan perniagaannya sudah habis untuk hari itu. Iskandar pulang awal.

" Nasi Ayam? kenapa bila sebut je nasi ayam, aku teringat peristiwa ni?" Soal Iskandar pada hati dan fikirannya yang masih belum lupa peristiwa dia bersama Diana di kedai nasi ayam. Walaupun perinstiwa itu sudah tiga tahun berlalu namun ia masih segar di ingatan Iskandar. Fikirannya berkelamut mengimbas kembali memori-memori lampau. Perhatiannya kepada kesebukkan lalulintas di jalan raya bersama kereta Exzora yang di pandunya hilang seketika.

Diana adalah bekas kekasih Iskandar yang di kenalinya semasa menuntut di sebuah Kolej. Diana adalah cinta pertama Iskandar dan pernah berjanji sehidup semati walau apa terjadi sekalipun.

....................................................................................

" Pak cik, Buat nasi ayam dua, bagi air sirap limau dua " Iskandar memesan makanan untuk dia dan Diana.

" Is, saya takut kehilangan awak, saya mungkin tak akan jejak lagi kaki saya di bandar ini andai saya kehilanggan awak is, Awak terlalu baik untuk saya, saya terlalu sayangkan awak " Tiba-tiba Diana megeluarkan kata-kata itu di susuli dengan air jernih yang keluar dari kelopak matanya.

" hah, apa awak merepek ni?, Jagan cakap bukan-bukan, makan nasi tu " Iskandar tersentak dengan apa yang dia dengar dari mulut Diana , insan yang di sayang sepenuh hatinya. Sambil matanya memerhati tepat pada mata Diana yang sedang di basahi air mata.

" Jangan pandang saya " Diana bersuara, perbuatan Iskandar yang memandang mata Diana telah membuatkan air mata Diana terus keluar bertambah banyak.

" saya nak bilik air kejab" Diana terus bangun dan berlari kesana.

Iskandar tersentap seketika dengan sikap Diana ketika itu yang tiba-tiba menagis tanpa tahu sebab musababnya. Fikirannya menjadi blur dan bengong seketika, perasaan pelik menghatuinya menandakan dia betul-betul tak faham apa yang sedang bermain di minda Diana ketika itu.

" kenapa ni awak? apa yang awak tengah fikirkan? tak ada sebab pun awak nak menagis, awak takut kehilanggan saya? saya tak akan hilang, saya akan ada di sini sampai bila-bila bersama awak, saya akan jaga awak sampai bila-bila. Itu janji saya dan saya nak awak akan ingat tu " Iskandar cuba menenangkan hati Diana sebaik sekembalinya Diana di situ. Sememangnya Iskandar terlalu sayangkan Diana.

" Kan kita sudah berjanji sebaik kita tamat jer kolej, Kita sama-sama cari kerja. Dan saya akan cari duit , lepas tu kita akan kawen. Lepas tu tak ada sapa yang dapat memisahkan kita. Dah, jangan menagis lagi, makan nasi tu " sambung Iskandar.

" saya tak lapar, Is habiskan " Balas Diana.

" Sebab tu saya dah jadi comel, semua makanan awak tak makan , saya tolong makankan, " Jawab Iskandar sambil cuba mengalih topic perbualan untuk meredakan perasaan Diana.

....................................................................................


" Ponnnnn", Hey cepatlah jalan, tidur ker aper ? “ Jerit seorang pemandu Proton Waja di belakang.

Iamunan Iskandar terhenti di situ apabila kereta yang juga sedang menunggu lampu Hijau menyapanya dari belakang. 

“sorry "
Iskandar membalas pekikkan suara pemandu di belakangnya sambil kakinya menekan padel minyak dan terus menecut kehadapan. Pada Wajahnya Masih tersenyum dengan apa yang bermain di fikirannya sebentar tadi.

Comments

Popular Posts

Duit Sampingan dari Dapur: Untung Mudah dengan Tepung Premix yang Unik

" Duit Sampingan dari Dapur: Untung Mudah dengan Tepung Premix yang Unik " Assalamualaikum dan salam sejahtera, Liza Kamaruzaman, seorang isteri dan ibu kepada empat anak. Hari ini, Liza ingin berkongsi kisah bagaimana dia berjaya menjana pendapatan sampingan dari rumah dengan menjual tepung premix. Kisah ini mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda yang ingin membantu ekonomi keluarga tanpa perlu keluar rumah. Ikuti kisah Liza selanjutnya, teruskan membaca. Bermula dengan Kuih Tradisional Beberapa tahun lalu, saya memula itkan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih dari rumah. Setiap pagi, saya bangun awal untuk menyediakan kuih dan menghantarnya ke gerai-gerai berhampiran. Walaupun menyeronokkan, ia memerlukan banyak masa dan tenaga. Suatu hari, saya menerima tempahan besar melibatkan pelbagai jenis kuih. Masa penyediaan menjadi cabaran utama saya. Ketika itulah idea untuk membuat tepung premix timbul. Dengan menyediakan bancuhan tepung premix lebih awal, say...

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja Pasti semua orang yang sudah bekerja akan ada pengalaman yang tersendiri dalam menghadapi temuduga semasa proses mendapatkan pekerjaan. Temuduga kerja juga merupakan pengalaman yang akan di ingat sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau berjaya dalam temuduga tersebut. Tapi lain pula kepada orang-orang baru yang nak melangkah ke alam pekerjaan. Berpindah dari dunia pendidikan ke alam pekerjaan, setiap orang perlu menempuh dulu pengalaman termuduga kerja.  Persiapan untuk menghadapi temuduga tak boleh sesekali di pandang mudah, sebabnya mungkin peluang tersebut hanya datang sekali. Kalau tak gunakannya dengan sebaik mungkin, pasti kerja yg kita inginkan akan terlepas kepada calon temuduga lain. Di samping berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan, usaha juga perlu kita persiapkan supaya ia lebih sempurna. Menghasilkan Aura Positif Dalam Diri Persediaan untuk menghadirkan aura positif dalam diri hendaklah di lakukan 3 hari sebelum a...

Mengenal Allah dengan Jalan Makrifat

Assalamualaikum Semua.. Jumpa lagi.       Kali ini saya ingin sentuh sikit bab Makrifat Mengenal Allah, terlebih dahulu saya kenalkan diri yg saya ni bukanlah seorang alim ulamak, Tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk menulis apa yang pernah saya belajar dan faham dengan tajuk " Jalan Makrifat Mengenal Allah"       Sebab apa saya nak sentuh bab ini, ya memang ia tajuk agak besar dan beral kepada pencinta agama islam. Sebabnya hanyalah satu, saya lihat begitu banyak salah faham tentang Ilmu Makrifat Mengenal Allah ni... Bermacam-macam ragam masyarakat dalam cuba membicarakan Ilmu Makrifat ini...       Secara Ringkasnya Ilmu Makrifat ini ada di dalam Bab Ihsan. Pasti yg sudah tahukan Rukun Agama. Iaitu , Islam, Iman dan Ihsan. Saya akan berbicara Bab Ihsan iaitu Jalan Makrifat Mengenal Allah.       Sesiapa yang berminat untuk membaca tulisan saya ini, teruskan. Kepada yg sudah awal lagi tak setuju deng...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...