31/10/2010

Malaysia Sebagai Hub Hiburan

"Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah... tetapi salah memilih hiburan membuatkan kita jadi bersalah", petikan dari lagu Raihan. Disini pun ada masejnya tersendiri untuk berdakwan dan memberi tahu kepada kita semua bahawa, islam tidak pernah menghalang kita berhibur. Tetapi hiburan dalam islam ada batasnya, ada hiburan yang diharamkan terus dalam islam jika hiburan itu bercanggah dengan islam. Bagi aku, hiburan ini luas dan susah sangat-sangat untuk di kawal oleh sebab semua orang mahukan hiburan atas tuntutan nafsu masing-masing, walaupun individu itu adalah dari keluarga kita sendiri. Apa pun hiburan dalam islam sudah pun ada guidelinenya yang tersendiri. dan perlu di patuhi.


Tetapi baru-baru ini terdengar satu berita yang boleh dikatakan hot.... Iaitu ada pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan dengan alasan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara(. Apa yang menakutkan aku dan sebilangan rakyat Malaysia mungkin, apakah yang hendak kita perjuangkan, adakah ekonomi lebih penting dari cara hidup islam. Kalau hiburan yang bakal di anjurkan di negara yg kita cintai ini adalah hiburan islam untuk tujuan berdakwan, aku dengan ini menyokong 1000%. Tetapi apa yang dimaksudkan sebagai Hub Pusat Hiburan ini. Ya, ia mungkin sedikit memeranjatkan sesetegah rakyat.. Aku bukanlah menolah hiburan tetapi agak bercelaru dalam kota pemikiran aku ini. apakah yang di maksudkan Hub Hiburan itu? What kind of hiburan yang hendak di anjurkan? adakah ia boleh di jamin tidak melanggar batasan agama kita? Tiada arak, tiada joget lambak... dan persoalan yang paling besar sekali. Adakah Negara kita akan dijadikan medan untuk budaya-budaya barat(kafir) masuk dalam minda anak-anak bangsa kita dan seterusnya memusnahkan segalanya, adakah negara kita akan hancur sendirinya atau akan di binasakan oleh Allah s.w.t.
Aku berharap sangat-sangat plan pertumbuhan ekonomi macam ni tak perlu ada, dan harap ianya takkan berlaku...

Kebuntuan menguasai diri ku........ Yg benar (Aku yg buntu)



27/10/2010

Kenapa ada Perkataan (Islamic) pada IFF

Feshion muslim, Rasanya kita dah di ajar tentang garis panduan cara-cara pemakaian muslim sejak kita di bangku sekolah lagi. Dalam islam, islam tidak pernah meletakkan sebarang feshion yang perlu kita ikut. hanya yang di tekankan dalam islam adalah pakaian yang menutup aurat, maknanya segala pemakaian yang menutup aurat adalah ciri-ciri feshion islamik. Rasanya semua orang dah tahu tahap2 aurat masing-masing, tipulah kalau tak tahu... melainkan orang tu memang betul-betul tak tahu sebab tak pernah belajar.

Tetapi, apa yang menghairankan aku, kenapa masih ada orang yang keliru tentang batas pemakaian dalam islam ni. Sehinggakan ada yang terkeliru besar dan telah megucar-gacirkan muslimin dan muslimat di negara ini Khususnya dan di dunia amnya. Yang aku maksudkan adalah peganjuran Iff ( Islamaic feshion festivel ) yang telah di langsungkan dengan jayanya di monte carlo dan penaungnya adalah Datin Sri Rosmah Mansor baru-baru ini. Aku di sini bukanlah untuk menghagatkan lagi susana atau perpolitik di sini, cuma aku nak katakan yang aku ni dalam delema kecelaruan hidup, tak faham apa yang sedang belaku ini.

Alasan yang diorang bagi adalah," IFF ini buka di anjurkan di malaysia" " Festivel ini disertai oleh pereka feshion luar negara dan rekaan-rekaan mereka tiada sangkut paut dengan peganjur, so jagan salahkan peganjur" apakah semua ini disebabkan terlalu rendah pengetahuan mereka tentang cara pemakaian islam. Bagi aku kalau tak tahu, jangan buat terus, atau buat tapi jangan megunakan nama islam. Alasan-alasan yang di berikan langsung tak dapat diterima. Aku rasa jika nak buat sesuatu itu atas nama islam, eloklah melantik seseorang yang tahu tentang hukum hakam dan batas dalam islam supaya tidak keliru..

Ramai yang mengkritik IFF dan ada juga yang cuba mempertahankannya dengan alasan-alasan diatas. Apa yang medukacitakan pekara ini langsung tidak di pandang serius oleh sesetengan orang yang bertanggungjawap dalam mepertahankan Islam di negara ini. hanya senyap seribu bahasa , atau pun mereka tak tahu pekara ini yang mana semua orang dah tahu dan tgah keliru.. Harap pekara ini takkan berulang lagi di masa hadapan... yang aku pasti ramai rakyat Malaysia sekarang takut akan setuasi sekrang.

Sudah banyak yang bercelaru dalam agama kita ISLAM hanya di sebabkan kepentingan duniawi... mohon maaf andai ada yang terasa hati..... ya ampunnnnn...



26/10/2010

Kepadamu Kekasih

Kepada mu kekasih,

Aku berserah,

Kerana ku tahu kau lebih megerti,

Apakah yang terlukis dicermin,

Wajahku ini,

Apa yang tersirat di hati,

Bersama amali,

Kepada mu kekasih ,

Aku bertanya,

Adakah kau akan,

Menerima ku kembali,

Atau harus menghitung lagi,

Segala jasa dan bakti,

Atau harus mencampakku ke sisi,

Tanpa harga diri,

Hanya pada mu kekasih,

aku tinggalkan,

Jawapan yang belum,

Ku temukan,

Yang bakal aku nantikan,

Bila malam menjemputku,

Lena beradu,

Kepadamu kekasih,

aku serahkan,

Jiwa dan raga,

Jua segalanya,

Apakah kau akan menerima,

Penyerahan ini,

Apakah kau akan menerimaku,

Dalam keadaan begini,




20/10/2010

Doa


Tuhan ku...
Dalam termanggu.
Kusebut nama-MU biar susah sungguh,
Mengigatkau penuh seluruh,

Tuhan ku..
Cahaya-Mu panas suci bagai kerdip lilin,
Dikelam sunyi,

Tuhan ku..
Aku hilang bentuk,
Kembara di negeri asing,
Tuhan ku Pintumu ku ketuk ,
Aku tak bisa berpaling,


Tuhan Ku..
Dalam termanggu..
Kusebut namaMu biar susah sungguh,
Mengigatkau penuh seluruh,
Tuhan ku cahayaMu,
Panas suci bagai kerdip lilin,
Dikelam sunyi,

Tuhan ku..
Aku hilang bentuk,
Kembara di negeri asing,
Tuhan Ku ,
PintuMu ku ketuk ,
Aku tak bisa berpaling..

13/10/2010

Aku Dan Perniagaan Bahagian, Idaman Computer Centre

Anjung Kreatif Teknology di asaskan oleh Mohd Shahrun Ishak yang dulunya beralamat di Macro Seberang Jaya Pulau Pinang. Mohd Shahrun Ishak boleh dikatakan sebagai seorang mentor aku dalam bisnes ni. Tapi sekarang makro dan jadi tesco Seberang Jaya. Di Anjung Kreatif inilah tempat aku betapa seketika dan menuntut ilmu tentang selok belok dunia perniagaan ini ... banyak juga la Ilmu yang aku dapat dan sedikit pengalaman yang boleh aku simpan. Setelah sekian lama aku bertapa di Seberang Jaya Pulau Pinang tu. aku pun balik la ke tempat asal ku.
Mula Beroperasi di Jitra
Disinilah bermula segalanya... dengan mengunakan nama Anjung Kreatif teknology cawangan Jitra yang beralamat di Bangunan Yayasan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu. Untuk pengetahuan korang, disini juga tempat aku buat Praktikel semasa aku belajar dulu(Thanks YKMKP). Aku mula menjalankan bisnes kedai komputer. Saat mula-mula aku beroperasi di jitra, aku dapat rasakan cabaran yang perlu di tempuh, dalam fikiran aku masa tu ada sedikit presture, Hanya berbekalkan secebis pengetahuan dan pengalaman yang tak seberapa, aku dah terpaksa pikul tanggungjawab yang berat, maklumlah masa tu aku baru 22 tahun.. dan Shahrun lah tempat aku bertanya segalanya.. Kadang-kadang rasa penat dan tertekan.

Terigat lagi masa aku mula-mula beroperasi... aku diarah oleh Abg Sharun untuk sewa ruang di Dalam Jitra Mall, Kebetulan masa tu Jitra Mall pun baru beroperasi... Aku sewa ruang 10/10 kaki RM500 selama seminggu. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku akan sewa tapak di dalam Jitra Mall sampai dah biasa dengan kakitanggan Jitra mall.. Masih ingat orang yang selalu aku berurusan Namanya Cik Shalela, orgnya boleh tahan :). Beberapa bulan kemuadian, aku cuba melangkah setapak lagi dalam usaha untuk mempromosikan bisnes aku ni, kali ini aku keluar jauh sikit dari Jitra, aku sewa ruang legar dengan keluasan yang sama di (Cmart) Sebuah pasaraya di Changloon Kedah. dengan kadar sewa RM120 sehari lebih mahal dari Jitra MALL aku cuba memberanikan diri. memandangkan sewanya agak mahal. aku cuma membuat promosi disitu Selama 4 Hari.
Alhamdulillah Dengan Izin Allah segalanya berjalan lancar pada awal bisness aku beroperasi.

Modal
Bab modal ni, boleh dikatakan aku banyak mengunakan Modal insan :) tapi terus terang aku katakan modal permulaan aku hanya berkerja berganda-ganda dan sedikit bantuan kewangan RM dari Femily dan Anjung Creatif Teknology. Bukan aku tak nak untuk minta bantuan kewangan dari Tekun, Mara atau seumpamanya... Bagi aku, biarlah bermula dari angka satu untuk belajar erti kesusahan.. Alhamdullillah sampai sekarang pun aku tak terikat dengan mana-mana badan batuan kewangan... Ini bukan bermakna aku hebat dan tak nak minta tolong, mungkin sampai satu level nanti aku akan mencari sumber bantuan dan nasihat... insyaallah. Segalanya aku berserah pada Allah s,w,t

07/10/2010

Antara Hang Tuah dengan Hang Jebat


Sapa yang tak kenal Hang Tuah.. seorang pahlawan Melaka yang tersohor pada zaman dulu-dulu. Seorang yang begitu taat dan mempunyai hati yang berkobar-kobar untuk berbakti kepada sultanya.Sanggup berkorban apa saja demi sultan melaka. Seorang yang mempunyai sifat kepahlawanan yang sejati.
"Tak hilang melayu di dunia" antar ungkapan Hang Tuah yang menunjukkan keberanian yang terselet di dalam dirinya.

Sapa tak kenal Hang Jebat.. salah seorang daripada 4 orang kawan Hang Tuah, mempunyai sifat yang berani untuk menegakkan keadilan. seorang yang mementingkan kawan lebih dari segalanya.
"aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan,
keadilan. Keadilan..." Antara laungan yang pernah diungkapkan oleh jebat.

Antara Tuah dan Jebat, dua orang kawan karib yang berlainan sifat tetapi saling sayang menyayangi, kasih megasihi, hormat menghormati, rindu merindui.

Malangnya...... Malang sungguhhh... sungguh malang..
Mereka pernah begaduh, mereka pernah bertikam antara sama sendiri. Sungguh kesian, berkawan sejan kecil, main bersama-sama akhirnya menjadi musuh dan lawan.
Sebab difitnah oleh dato kerma wijaya...Betullah, Fitnah itu, dosa lebih berat dari membunuh.

Tuah dan Jebat sudah lama mati, mereka telah meninggalkan persoalan untuk kita fikirkan. Tuahkah yang benar ? atau Jebatkah yang benar?

Pada zaman moden ni, Ramai yang mewarisi sifat Tuah, Ramai juga yang mewarisi sifat Jebat, Dato kerma wijaya pun ada rasanya... itu yang bahayanya... aku rasa aku mewarisi sifat Tuah, dan jebat.. dua2 ada... kadanag-kadang jadi tuah, kadang2 jebat.
Pastinya sifat tuah dan jebat ni akan diwarisi oleh org2 melayu sampai bila-bila...
bagi aku sifat-sifat ini tak salah, sebab kadang-kadang kita perlu menjadi seorang yang tegas dan lantang mempertahankan hak, berani bersuara, tak takut menegakkan keadilan. Kadang-kadang pula kita perlu patuh pada perintah ketua, hormat pada pemimpin. tetapi yang menjadi persoalanya sekarang, kita lihat senario sekarang seolah-olah sifat-sifat ini di gunakan di tempat-tempat yang salah. Ada orang yang menjadi tegas dan berani bukan untuk mempertahankan keadilan, tetapi untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa. tak kurang pulak yang patuh tak tentu pasal pun disebabkan takut kehilangan darjat kekuasaan. Hang Jebat moden sekarang sering berbalah, bagi mereka semuanya tidak, bohong, dan sebagainya perasaan tak puas hati demi kononya menegakkan keadilan.. tak kuarang hebat juga Hang Tuah moden Yang buat apa saja walaupun terpaksa mengadai maruah bangsa...
Begitu banyak hang Tuah dan Hang Jebat sekarang.. tak kurang pula yang bergelar Dato Kerma Wijaya...

Selangkah beerti mara, tidak akan melayu hilang di dunia...

04/10/2010

Kenapa perlu guna title ustaz, ustazah.

Agak lama juga aku berfikir tentang benda ni, Kenapa media massa dan yang sewaktu dengannya suka sangat mengunakan title atau gelaran yang boleh di anggap baik dan di hormati oleh orang-orang islam, semata-mata hanya untuk menghotkan berita sensasi mereka. Adakah ini patut dan elok dibaca ditonton oleh semua orang yang terdiri dari berbagai dari lapisan masyarakat dan bangsa.. contoh berita ini..
"
Ustaz kena cekup khalwat
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/07/21


Gigitan cinta ustazah khalwat
Hmetro
2010/03/12


Bagi aku, tak perlulah kita nak mengsensasikan cerita yang kita dah tau sensasi ni. Tak perlulah kita nak guna title Ustaz atau pun Uztazah. Ia buka memalukan orang-orang yang berkenaan, tapi juga memalukan aku ni, orang lain tak taulah. Aku bukanlah ustaz. tapi tah la, aku rasa tak berapa puas hati kalau ada cerita yang mengunakan title yang baik-baik ini.
Banyak lagi tajuk yang boleh digunakan untuk menghangatkan cerita tu. Kita boleh guna tajuk-tajuk macam ni... "beruk jantan kena cekup" "lelaki mangkuk kena tangkap" atau sebagainya. rasanya tak perlu kot menyebut perkataan Uztaz. Bagi aku title Uztaz pada lelaki tu dah lucut automatik atau pun tak pernah wujud pada dia sebab mungkin hatinya tak pernah takut pada Allah s.w.t. Gelaran Uztaz itu sendiri melambangkan seseorang yang baik, alim mungkin. kalau seorang itu dan tak ada ciri-ciri tu rasanya tak perlulah di sebut ustaz kepadanya walau pun dia megajar matapelajaran pendidikan islam di sekolah ataupun madrasah..

Cuba kita bayangkan kalau non muslim baca surat khabar, apa mereka kata.. mungkin mereka ketawa haha.. ustaz pun kena tangkap.. apa lah islam ni. contohla, so disini apa kita nak jawab, dalam gambaran mereka ustaz ni adalah org kuat agama. Ini juga memberi kesukaran kepada pendakwah-pendawah menjalankan tugas dakwah kepada non muslim.

Itu tak pa lah non muslim, yang sedihnya yang muslim-muslim ni pun tumpang gelak kalau ada berita-berita yang macam ni, dialog yang mungkin mereka keluarkan contohnya "korang ingat semua ustazah, ustaz tu semua baik ka? hahah... dan korang ingat kami yang freehair dan pakai sendat-sendat ni jahat ke? ha tu la korg... " dengan rasa megahnya...

sama-samalah kita fikir...
see u nest post >_<

02/10/2010

Insyaallh By Maher Zain



Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3




Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan Tuhan,

Jadilah rumput yang lemah lembut,
Tak luruh di pukul ribut,
Bagaikan karang di dasar lautan,
Tak terusik di landa badai,


Dalam sukar hitunglah kesyukuran mu,
Dalam senang awasi kealpaan mu,
Setitis derita melanda,
Segunung kurniaanNya,

Usah mengharapkan ke segalanya,
Dalam perjuanggan penuh pengorbanan,
Usah dendam berpanjangan,
Maafkan kesalahan insan,

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah,

Dalam diam taburkanlah baktimu,
Dalam tenang buangkanlah amarahmu,
Suburkanlah sifat sabar,
Dalam jiwamu itu