05/05/2010

Sutera Kasih

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

03/05/2010

Pendidikan Seks?

Umum mengetahui pendidikan seks cuba di terapkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah. Apa yang menjadi persoalan disini, Perlukah Pendidikan seks itu di ajar di peringkat sekolah dan apakah tujuan utama perlaksanaannya. adakah ia berkait rapat dengan gejala sosial yang negetif menyerang aklak remaja masa kini, sehingga sudah tidak dapat dikawal. adakah masalah ini disebabkan kekuranggan ilmu tentang seks atau pergaulah bebas antara penghuni negara tercinta kita ini.

Jika itulah tujuannya, pada saya ia tidak bersesuain dan satu idea yang kurang penyelidikan menyeluruh. tak tahu lah kalau saya yang berfikiran sempit dan tidak terbuka dalam hal berkaitan pergaulan bebas dan seks ini. pada saya, kita di Negara (Islam) yang aman damai ini, sepatutnya sudah tidak timbul lagi masalah utk membentuk aklak remaja khursusnya dan masyarakat amnya. kunci utama kita yang sepatutnya adalah(Islam, Al-Quran, Sunnah dan Hadis). jika di kaji balik berapa peratuskah sistem pendidikan negara yang megamalkan cara islam dalam penerapan pembelajaran di sekolah2. adakah cukup dengan 50% atau 80%?
adakah apa yang di ajar oleh agama suci ini tidak lengkap dan tidak merangkumi apa yang perlu utk mendidik anak2 dalam (seks) atau mungkin saya kurang faham tujuan utamanya.

Pada pendapat peribadi saya. tak perlulah pendidikan seumpama ini diterapkan disekolah-sekolah sebaliknya perkasakan pendidikan islam atau moral menjadi subjek yang penting di sekolah-sekolah. kenapa ini hendak buang berlian yang sudah digengaman dan mengunankan kaca? bukankan berlian itu tinggi nilainya berbanding kaca.