Cara Bayar Insuran Kereta dengan Harga Yang Paling Murah Setiap tahun, antara pekara yang perlu kita fikirkan adalah nak renew insuran dan rodtex kereta. Dan yang paling ramai tak suka adalah beratur panjang dan mengambil masa lama semata-mata nak renew insuran dan rodtax kenderaan. Tapi sekarang segalanya boleh di lakukan dengan lebih mudah apabila urusan-urusan itu boleh kita buat di rumah saja secara online. Bukan itu saja, sebenarnya bayar insuran secara online ni kita boleh memilih harga insuran yang lebih murah. Berbanding kalau kita bayar secara offline di Syarikat Insuran atau di Pejabat Pos. Kita tiada pilihan yang boleh kita buat selain terima sahaja Harga yang telah di sebut. Sekarang, banyak syarikat insuran yang menawarkan pembayaran insuran secara online dan yang lebih Saya sarankan adalah dua iaitu MyEG dan Bijak.my . Kedua-dua Syarikat ini akan menawarkan lebih dari 1 insuran dengan harga berbeza yang boleh kita menilau terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. ...