" Duit Sampingan dari Dapur: Untung Mudah dengan Tepung Premix yang Unik " Assalamualaikum dan salam sejahtera, Liza Kamaruzaman, seorang isteri dan ibu kepada empat anak. Hari ini, Liza ingin berkongsi kisah bagaimana dia berjaya menjana pendapatan sampingan dari rumah dengan menjual tepung premix. Kisah ini mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda yang ingin membantu ekonomi keluarga tanpa perlu keluar rumah. Ikuti kisah Liza selanjutnya, teruskan membaca. Bermula dengan Kuih Tradisional Beberapa tahun lalu, saya memula itkan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih dari rumah. Setiap pagi, saya bangun awal untuk menyediakan kuih dan menghantarnya ke gerai-gerai berhampiran. Walaupun menyeronokkan, ia memerlukan banyak masa dan tenaga. Suatu hari, saya menerima tempahan besar melibatkan pelbagai jenis kuih. Masa penyediaan menjadi cabaran utama saya. Ketika itulah idea untuk membuat tepung premix timbul. Dengan menyediakan bancuhan tepung premix lebih awal, say...