Skip to main content

Sultan Mohammad Al-Fateh


Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Uthmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”


Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople. Wallahu'alam


Comments

Popular Posts

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging yang b

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi Di pasaran sekarang ada pelbagai jenis Handbag dengan banyak Jenama, saiz dan reka bentuk yang menarik. Semua anda boleh pilih mengukut cita rasa anda, ada yang panjang, pendek leper dan bulat. Ia merupakan Benda penting untuk menyerlahkan gaya personaliti diri anda apabila berada di majlis-majlis formal mahupun tak formal, bergantung kepada kesesuaian majlis yang anda hadiri. Handbag juga sudah menjadi satu imej Mewah kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada sesetagah orang kaya yang menjadikan handbag sebagai Benda koleksi dan ada harganya yang mencecah Ratusan ribu ringgit. dari Bag Tangan pun orang dah boleh tahu personaliti diri anda. Handbag atau Bag Tangan adalah aksesori yg wajib menjadi peneman kepada setiap wanita.. tak kiralah kemana di nak pergi. Tapi, tahukah anda yang handbag juga dapat menentukan keperibadian diri seseorang? Jom ketahuai Jenis Handbag dan Fungsinya agar anda tak Tersalah Ha

Berapa ketinggian Menara KLCC ?

1. Berapa ketinggian Menara KLCC ? (A) 8220 M (B) 4520 m (C) 452 km (D) 452 M (E) Tinggi, aku pergi melawat dah dengan femily hari tu. 2. Ketinggian Menara Kuala Lumpur (A) 200 M Kot (B) 450 m (C) 452 km (D) 421 M (E) Yang mana satu menara KL ? 3. Apakah nama ibu negara Manggolia ? (A) emmmm ... (B) Mosssssco ? (C) Ulambatu (D) Ulaanbaatar (E) Altantuya. 4. Sungai terpanjang di Malaysia ? (A) Sungai kinabatanggan. (B) Sungai kinabalu (C) Sungai Rajang (D) Sungai Ranjang (E) Sungai Pahang   5. Gunung tertinggi pula? , Dalam Malaysia je. (A) Gunung Kinabalu (B) Gunung Everest (C) Gunung Jerai (D) Gunung Tahan (E) Senang je soalan ni, tak nak jawab.   6. Negeri apa paling terkecil di malaysia? (A) Perlis (B) Pulau pinang (C) Melaka (D) Langkawi (E) Singgapore?   7. Negeri Terluas di Malaysia ? (A) Kedah (B) Pahang (C) Perak (D) Sarawak (E) Bornio   8. Jarak Lebuh Raya Utara Selatan PLUS ? (A) 847.7 Pounds (B) 847.7 Kj (C) 847.7 KG (D) 847.7 KM (E) 847.7 Mph   9.B

Karangan Sayangi Malaysiaku

     Sayangi Malaysiaku Karangan Sayangi Malaysiaku       Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan.      sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^       Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan perpaduan saja yang dapat membantu kita melaksanakan seg