Bidaah, Bidaah bidaah, itu bidaah, ini bidaah , sana bidaah , sini bidaah itu je yang mereka tahu.. Ketika pening kepala aku berhujah dengan kawan-kawan yang berfahaman wahabi ni , terjumpalah satu blog yg pada aku sangat best/indah/cantik untuk menerangkan tentang konsep bidaah, perkataan yg selalu di bibir golonggan-golonggan Wahabi yg suka sangat membidaahkan amalan umat islam di Malaysia ni.... rasanya tak perlu kot aku edit balik tulisan blog tu sebab penerenggannya dah cukup cantik dan mudah difahami... Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata, “ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.” Had...