Skip to main content

Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Untuk Berniaga

Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Untuk Berniaga
Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Untuk Berniaga

1. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang perniagaan nasi lemak yang merupakan satu perniagaan yang mudah tak perlu modal besar dan mengutungkan, permintaan untuk nasi lemak tak perlulah di cakap lagi sebab ia dan jadi satu makanan sarapan yang wajib bagi rakyat Malaysia. 


2. Kali ini kita fokus pula cara masak nasi lemak yang sedap dan boleh di masak untuk berniaga. Kalau tak sedap mcm mana nak berniagakan. Saya pasti resepi yang saya akan kongsikan ini gerenti menjilat jari sedapnya.

3. Sebelum tu saya nak bagi tau, memang nak masak nasi lemak ni banyak cara boleh kita buat, anda anda rasa cara tradisi yg di warisi anda sudah sedap, anda boleh share di ruangan Komen di bawah, yg saya nak share ini adalah resepi cara saya masak.

4. Kekuatan atau kesedapan Nasi Lemak banyak bergantung kepada kesedapan Sambalnya, di situlah terletaknya tarikan utama rasa yang akan di nilai oleh mereka-mereka yang merasa. kalau dapat lampu hijau dari 9/10 orang yang telah merasa, bermakna resepi sambal tu layak di buat berniaga.

Jom lihat Bahan-bahan untuk Buat Sambal nasi lemak yang sedap.

Untuk bahan yang perlu di kisar halus adalah ;

1. 8 Biji Bawang Merah
2. 2 Biji Bawang Besar
3. 5 Ulas Bawang Putih
4. 2 Inci Halia
5. 11/2 Inci Belacan.
6. 15 biji Cili Kering

5. Bahan-bahan di atas perlu di kisar halus dengan mengunakan Blander atau kalau rajin giling, atau tumbuk pun boleh, asalkan semuanya hancur dengan halus. Kalau nak mudah Blander saja. Boleh blander satu-satu atau masuk semua sekali gus. Kalau yang rajin mcm saya bolehlah Blander sekali gus semuanya.

Bahan Untuk Menumis

1. Minyak
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 biji bawang merah
4. Segengam Ikan Bilis
5. Daun Kari 

6. Masak semua Bahan-bahan kisar halus tadi sehingga pecah minyak atau betul-betul masak, Sebelum tu jangan lupa tumis minyak dulu dengan bahan-bahan tumis di atas. Seterusnya masukkan bahan-bahan seperti di bawah.

Bahan-bahan lain.

1. 3 Sudu Besar Sos Tiram
2. Gula Melaka ( Ikut kemanisan yang anda suka )
3. Sebiji Hirisan Bawang Holland
4. 2 Helai Daun Pandan yang di simpul
5. Satu keping asam jawa,
6. 1 Kiub Parti Ikan Bilis 
7. Garam secukup rasa

7. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati, Jangan lupa rasa dulu pastikan semua rasanya seimbang , cukup rasa Pedas, Manis, masin, masam. Tips pemakanan yang sedap mestilah semua rasa seimbang, jagan salah satunya terlebih pulak. jadi tak sedap.

8. Anda boleh hidangkan dengan Ikan bilis Gorengm telur rebus, kacang, timun dan sebagainya. Nanti saya akan Share pula cara Masak Nasi Lemak . Ok selamat mencuba ya. Kalau puas hati bolehlah mula berniaga di depan rumah masing-masing. Pasti pelangan akan repet beli.

Untuk tahu Cara Masak Nasi Lemak yang sedap, anda Boleh baca di Link di bawah ;

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali 1. Assalamualaikum semua... Bagaimana Cara Semak No Tellefon Yang Tak Diketahui Pemiliknya? Pasti semua alami pekara ni kan ada org Call tapi kita tak tahu no tel tu sebab tak ada dlm List no Hp kita.. Kadang2 tu rimas Juga No yg tak di kenali ni sering ganggu kita kan. 2. Ada caranya utk Kita nak kesah No tu Milik siapa... iaitu melalu App Website  https://www.truecaller.com . Caranya Masuk dlm Website tersebut... dan terlebih dahulu Sign in dengan Mengunakan Google akaun iaitu dengan Gmail anda... Pada yg belum ada akaun Gmail tu kena buat dulu la di  Klik disini  utk buat Daftar Gmail. 3. Akan Terpapar seperti Gambar Dibawah.. Selepas Anda sudah Sign In.. baru anda di benarkan Search No tel yg tak di ketahui itu di Bahagia  " Search a Phone Number " 4. Bila anda sudah Search no tersebut.. anda akan di beritahu nama samaran Empuya no tu... sebab apa nama samaran? di sebabkan nama tu di ambil dlm database Web true ...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee.

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee. 1. Shoppe merupakan Laman E-dagang yang terbesar di Malaysia buat masa ini. Berpuluh juta transaksi Wang telah berlegar didalamnya. 2. Sesuai dengan zaman, platfrom e-dagang sudah tak boleh di ketepikan lagi. Untuk bersama bergerak menuju dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini, kita harus bersama-sama turut serta libatkan diri didalamnya. Kalau tak, takut nanti kita ketinggalan jauh dibelakang. 3. Melihat orang lain sebuk berurusan di depan Laptop dan Smartphone dalam dunia online, kita masih lagi dengan cara lama berbisnes yang segalanya mengunakan kaedah offline. 4. Sudah tentulah kelebihan lebih kepada mereka yang pandai mengunakan platform online berbanding offline sebab jangkauan online lebih jauh berbanding kaedah offline yang hanya mampu menjangkau sekitar pekan dan daerah tertentu sahaja. 5. Ilmu adalah satu alat utama untuk kita meneroka dunia perniagaan online ini. Berniaga di Shoppe juga tak terlepas daripada keperluan ke...

Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan

Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan 1. Nasi Lemak boleh dikatakan sebagai Makanan wajib kepada rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. Ada yang mengatakan Nasi Lemak adalah manu Kebangsaan Negara Malaysia. Ia bukan sahaja di gemari oleh Rakyat tempatan malah masyarakat antarabangsa juga mengenali Makanan kebanggaan negara kita ini. 2. Nasi Lemak adalah makanan yang lengkap dengan Khasiat dalam sesuatu hidanggan. Tanggapan sesetengah orang yang mengatakan Nasi Lemak adalah makanan yang tak sihat sebab ianya banyak lemak adalah tanggapan yang salah sama sekali. Kita kena tahu untuk membezakan lemak makanan yang jahat dan mudarat dan Lemak yang baik sebagai sumber tenaga pada tubuh. Lemak santan kelapa di dalam Hidangan Nasi Lemak adalah Lemak yang baik untuk Tubuh Badan. 3. Ada kajian pakar pemakanan yang mengatakan Nasi Lemak adalah antara makanan yang seimbang dan lengkap sebagai diet permakanan sihat, kalau di makan dengan kadar yang betul. 4. Saya rasa kalau se...