Skip to main content

Isu Tanah Pokok Durian Musang King yang Di Teroka Secara Haram, Apa Sudah Jadi?

Peneroka Kebun Musang King Buat Protes
Peneroka Haram Kebun Musang King Buat Protes

Isu Tanah Pokok Durian Musang King yang Di Teroka Secara Haram, Apa Sudah Jadi?

1. Sekarang sedang Hangat isu tentang Tanah dusuh yang di jadikan kebun tanaman pokok Durian Musang King Di Pahang. Seluar 4000 hektar lebih telah di teroka secara haram selama lebih 40 puluh tahun. Apa sudah jadi sebenarnya kepada undang-undang di Negara ini. Rasanya bukan aku seorang saja yang tertanya-tanya, pasti ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya persoalan yang sama.

2. Kenapa mereka-mereka yang terlibat boleh teroka tanah seluas itu selama 40 tahun tidak di kenakan sebarang tindakkan yang sewajarnya oleh Penguatkuasa ? Adakah undang-undang mengharamkan meneroka tanah kerajaan ini terpakai kepada orang-orang Melayu di kampung-kampung yang lemah sahaja. Tetapi ia tak terpakai kepada Puak-puak jutawan tauke Musang King pengusaha tanaman pokok durian di tanah-tanah haram ni? aku sekadar bertanya. di manakah perginya undang-undang yang tegas itu selama ini.

Peneroka Haram menebang pokok durian musang king di sebabkan tak setuju dengan jalan penyelesaian di ambil Kerajaan
Peneroka Haram menebang pokok durian musang king di sebabkan tak setuju dengan jalan penyelesaian di ambil Kerajaan

3. Adakah pejabat tanah di tempat tersebut tidak tahu benda ini yang di katakan sudah memakan masa 40 tahun. Tak ada sesiapa ke penduduk tempatan yang memberi tahu mereka(Orang-orang yang bekerja di Pejabat Tahan yang berkuasa di kawasan itu) tentang benda ini? Tak ada ke Ranger-renger hutan yang di tugaskan untuk membanteras peneroka-peneroka Haram di kawasan itu. Kalau di tempat aku, ada penduduk kampung yang cuba meneroka secara haram, tapi kalau renger hutan datang memang tak cukup tanah la mereka cabut. Adakah Ranger hutan di tempat aku lebih tegas dari pada Ranger Hutan di kawasan dusun durian musang king di Pahang tu ?

4. Kalau tak cukup kaki tanya untuk pantau, kenapa tak tambah kaki tangan penguatkuasaan di situ ? begitu banyak persoalan yang timbul di benak fikiran aku.  Aku rasa sudah tiba masanya SPRM pergilah merisik pejabat tanah yang berkenaan. Mungkin sudah lama tak di bersihkan sampah-sampah yang sudah lama terperuk di dalam tu. Bukan apa, ini untuk kebaikan maruah undang-undang negara kita juga, bukan untuk negara orang lain pun.

5. Jangan sampai rakyat melihat undang-undang di Negara Kita ni seperti senget sebelah, sebab ia akan menjadi bahan komedi di kalangan Masyarakat. Bukan aku nak perkecilkan Pihak berkuasa, cumanya aku nak penjelasan daripada persoalan yang aku ajukan di atas terjawab supaya aku dan jugak rakyat Malaysia yang lainnya dapat memahaminya.

6. Sebagai rujukkan pihak berkuasa yang mungkin terlupa di bawah akta apa perlu di kenakan kepada peneroka-peneroka haram ni. Mereka boleh di sabitkan kesalahan di bawahan seksyen 81 akta perhutanan Negara tahun 1988, Boleh di kenakan denda RM 10 Ribu hingga RM50 atau Penjara Lima tahun atau kedua-duanya sekali.

7. Bukan aku nak katakan Pihak berkuasa tak buat kuasa, dalam isu 40 hektar Hutan Simpan Berkelah di Maran di teroka dan sudah di gempur oleh penguatkuasa di sana, Boleh baca di sini " 40 Hektar Hutan Simpan Berkelah Di Teroka " Tahniah aku ucapkan kepada penguatkuasa yang sudah jalankan tugasnya dengan amanah dan tegas.

8. Cumanya, dalam alam kes Tanah Pokok durian Musang King di Pahang ini, lain pula jadinya, Ada YB (Yang berhormat) turun padang membela nasib si peneroka-peneroka Haram ni. Dan kerajaan pula nampak cuba menyantuni mereka dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kemana perginya tindakkan Undang-undang yang tegas tadi ?  Sedangkan ada orang asli yang di larang membawa sumber hutan seperti Rotan dan Buluh keluar dari hutan milik kerajaan.

9. Hebat sangatkah Peneroka-peneroka haram tauke-tauke musang King ini hinggakan nampak seperti kebal untuk di kenakan tindakkan Undang-undang ? Apa beza mereka tauke-tauke Musang king Ini Dengan Orang Kampung dan Orang Asli yang meneroka Hutan Secara Haram ?

10. Kenapa benda ini terjadi di bumi kita Tanah Melayu ini? di Manakan Maruah kita sebagai bangsa Melayu yang merdeka ? Aku tak rasa mereka yang berkuasa itu terdiri dari pada mereka yang bukan Melayu. Takkanlah Melayu nak merosakkan Maruah Melayu sendiri? 


Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Punca Utama Penderitaan Rakyat Syria

Punca Utama Penderitaan Rakyat Syria Saban hari kita lihat penderitaan Anak-anak Syria di dalam Media Sosial. Banyak di dedahkan oleh pencari-pencari dana bantuan untuk membantu mereka. Jadi banyak lah iklan Fb Ads yang mereka bayar untuk memberi tahu Rakyat Malaysia. Setiap kali aku terlihat Video Ads tersebut yang bermain di Wall Facebook aku. Persoalan "Sampai Bila Kisah ini akan berterusan? Bilakan akan berakhir? Bagaimana nak Tamatkan kesedihan anak-anak yang tidak berdosa ini? Secara tiba-tiba jugalah perasaan marah timbul dalam jiwa aku sebagai seorang manusia lemah. Mungkin bagi para Ulama mereka lebih tenang memikirkan pekara ini. Konflik di syria berkisar tentang Kerajaan Bashar Arsyad yang hendak mempertahankan kuasa dari di rampas oleh kumpulan-kumpulan yang mengelarkan diri mereka Jihadi, Isis, Daesh dan sebagainya. Dengan membabi buta, Bom akan digugurkan peluru akan dilepaskan oleh kedua-dua belah pihak. Di sinilah point kesengsaraan Rakyat Syiria yang terpaksa mene...

Kenali Mazhab Aqidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia

Kenali Mazhab Aqidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia 1. Mazhab bermaksud jalan yang di ambil oleh ulama' dalam pekara-pekara furu' ataupun khilafyyah. Ia adalah iktiqat para ulama' muktabar dalam menentukan hukum. Di sebabkan itu ada perbezaan pendapat di antara Ulama Muktabar, maka terbahagilah beberapa mazhab seperti yang kita ketahui iaitu 4 mazhab utama dalam Ahlu sunnah waljamaah, iaitu Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. 2. Kalau sesuatu itu ada dalil yang jelas dalam sumber hukum syarak, semua Mazhab adalah sama peganggannya, contoh Jumlah solat adalah 5 waktu sehari. 3. Berpegang kepada mazhab adalah menjadi keperluan kepada setiap orang islam supaya kita tak terbabas atau tergelincir dari penganggang Ahlu Sunnah Waljamaah. Di luar sana ada fahaman yang bercanggah dengan Ahlusunnah Waljamaah, Ini menjadi satu cabaran kepada umat Islam di Akhir zaman ini untuk memelihara dari terjatuh kepada fahaman sesat lebih-lebih lagi dalam Bab Aqidah. 4. Secara basicn...