Skip to main content

Kenali Mazhab Aqidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia

Kenali Mazhab Aqidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia
Kenali Mazhab Aqidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia

1. Mazhab bermaksud jalan yang di ambil oleh ulama' dalam pekara-pekara furu' ataupun khilafyyah. Ia adalah iktiqat para ulama' muktabar dalam menentukan hukum. Di sebabkan itu ada perbezaan pendapat di antara Ulama Muktabar, maka terbahagilah beberapa mazhab seperti yang kita ketahui iaitu 4 mazhab utama dalam Ahlu sunnah waljamaah, iaitu Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

2. Kalau sesuatu itu ada dalil yang jelas dalam sumber hukum syarak, semua Mazhab adalah sama peganggannya, contoh Jumlah solat adalah 5 waktu sehari.

3. Berpegang kepada mazhab adalah menjadi keperluan kepada setiap orang islam supaya kita tak terbabas atau tergelincir dari penganggang Ahlu Sunnah Waljamaah. Di luar sana ada fahaman yang bercanggah dengan Ahlusunnah Waljamaah, Ini menjadi satu cabaran kepada umat Islam di Akhir zaman ini untuk memelihara dari terjatuh kepada fahaman sesat lebih-lebih lagi dalam Bab Aqidah.

4. Secara basicnya, Mazhab yang kita pegang oleh mejoriti Rakyat Malaysia dalam perkara berkaitan hukum feqah adalah Mazhab Syafie, Bagi aqidah pula bermazhab Asyairah yang di asaskan oleh Imam Abu Hassan Asy'ari.

5. Ikut Mazhab bukan bermakna kita menolak untuk mengikut Al-Quran dan Hadist, Malah kalau kita bermazhab bermakna kita telah mengikut Al-Quran dan Hadist dengan lebih tepat dan selamat mengikut apa yang Ulama' terdahulu pegang, Tidaklah kita terdedah untuk memahami Al-quran Dan Hadist dengan akal sendiri yang takut ia tersalah untuk memahami.

6. Dengan mengukut Mazhab Syafie dalam hukum Fiqh dan Mazhab Asyairah dalam Aqidah bukan bermakna yang selain dari pada itu, bukan dalam kalanggan Ahlu Sunnah Waljamaah. Ahlu sunnah waljamaah adalah luas ruang lingkupnya ia tidak terbatas dengan Mazhab tertentu. Dengan mengatakan yang berpegang kepada Mazhab seperti 4 Mazhab Utama dalam Feqh dan Mazhab Asy'ariah/mathuridiah dalam Aqidah sahaja Ahlu sunnah waljamaah, adalah tanggapan yang salah.

Sejarah Awal Mazhab Aqidah Asy'irah
7. Mazhab Asyairah di asaskan oleh Imam Abu Hassan Asy'ari . Beliau di besarkan dalam persekitaran yang mana Fahaman Sesat Muktazilah telah berkuasa ketika itu.  Ayah tirinya merupakan tokoh Muktazilah yang terkemuka. Jadi secara tak langsung Imam Abu Hassan Asy'ari membawa fahaman Muktazilah pada awalnya.

8. Sehinggalah pada satu masa, Imam Abu Hassan Asy'ari tersedar tentang kebatilan fahaman Muktazilah yang ketika itu sudah menguasai system kepimpinan di zaman itu. Lebih kurang 34 tahun muktazilah berkuasa sehingga memberi banyak tekanan kepada Ulama'-ulama'  ahlu sunnah waljamaah. Antara Ulama' yang diseksa sebab tidak tunduk dengan tekanan Muktazilah adalah Imam Ahmad Bin Hambal. Beliau di penjara oleh pemimpin yang sudah di pengaruhi fahaman Muktazilah.

9. Setelah tersedar dengan kesesatan Muktazilah, Imam Abu Hassan Asy'ari telah bangun dah meniktiraf dirinya keluar dari fahaman batil itu dan seterusnya menentangnya.

10. Bermula dari situlah Mazhab Asy'irah di susun oleh Imam Abu Hassan Asy'ari ( Asy'irah) dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi(Maturidiah) untuk bangun melawan Muktazilah melalui Hujah-hujah yang mantap. Kisah penghijrahan Imam Abu Hassan Asy'ari ini di buat secara terang-terang olehnya dengan melafaskan penghijrahannya di atas Mimbar Khutbah. Dengan kebenaran dan ketegasan yang di bawa Olah Imam Abu Hassan Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Mathuridi, Akhirnya Fahaman Muktazilah terkubur sehingga hari ini.

11. Sejak dari dulu, umat islam sentiasa di uji oleh fitnah-fitnah dari fahaman sesat sehinggalah ke hari ini. Namun Ahlusunnah Waljamaah Tetap teguh berdiri sehingga sekarang. sebabnya, Ulama'-Ulama' terdahulu sudahpun membuat garis panduan dalam beragama untuk di warisi. Dengan ketaatan oleh pewaris-pewaris Nabi ini maka Islam yang benar di bawah payung Ahlusunnah Waljamaah tidak dapat di gugat oleh mana-mana ajaran sesat.

12. Bawalah Ajaran apa pun, kalau ia bertentaggan dengan peganggan Ahlusunnah Waljamaah, ia akan tertolak dengan sendirinya.

13. Apa tugas kita sekarang supaya tak tergelincir dari Peganggang Ahlusunnah Waljamaah ? Kita perlu mencari ilmu dari guru yang benar dan menyebarkan kepada waris-waris kita supaya kita dan keluarga sentiasa dipelihara oleh Allah dari fitnah-fitnah ajaran sesat.

Fahaman Mujasimmah Sedang Bergerak Dalam Dunia Islam
14. Di zaman sekarang, Kita masih belum selamat dari ancaman ajaran sesat. Timbul sekarang fahaman sesat yang membawa Aqidah Mujasimmah iaitu mereka mengatakan bahawa Allah berjisim. Mereka mengatakan Allah itu duduk di atas Arasy atau Langit. Maha suci Allah dari arah dan tempat. Arah dan tempat itu adalah makluk Allah. Mustahil Allah berhajat kepada Makluknya.

15. Jisim adalah sifat makluk, dan tak sepatutnya di sandarkan kepada Sifat-sifat Allah. Kesesatan yang mereka bawa di sebabkan kesalahan berinteraksi dengan Ayat Mutashabihat. mereka memahami ayat mutasyabihat dengan mengambil zahir ayat adalah bertentangan dengan Ahlusunnah waljamaah dalam berinteraksi dengan ayat Mutasyabihat.

16. Dengan itu maka terjadilah salah faham dengan mengatakan Allah mempunyai tangan, mata, kaki dan lain2 sifat yang berunsur Mujasimmah. Tak tahulah mereka ini sengaja atau tak sengaja untuk timbulkan ajaran sesat seperti ini. Sudah banyak ulama-ulama tegor tentang kesesatan mereka, apa yang mereka respon adalah marah, kembali menunding jari bahawa Ulama' yang menegur itulah sesat. mereka yang benar.

17. Anda jangan terperanjat kalau saya katakan , gerakkan Mujasimah ini bukanlah di lakukan secara bersembunyi di Malaysia. Mereka menyebarkan secara terang-teranggan dengan bebas di sini. Di sebabkan Rakyat Malaysia tak tahu mana satu ilmu aqidah yang besar, maka pegerakkan penyebaran aqidah mujasimmah ini menjadi mudah dan lancar.

18. Malah di dalam Universiti pun , banyak pendakwah-pendawah yang mengajar dan menyebarkan aqidah mujasimmah. Tak perlu salahkan sesiapa di atas apa yang telah belaku. Ini di sebabkan diri kita sendiri yang tak ambil peduli kepada ilmu-ilmu aqidah yang telah ulama' warisi kepada kita. sudah saya katakan tadi, Aqidah ahlusunnah waljamaah telah di warisi sehingga hari ini. andai kita tak belajar dan tak fahami hingga tak mampu menilai mana ilmu yang benar. Akhirnya, aqidah sesat seperti aqidah mujasimmah masuk dalam diri dan keluarga kita tanpa sedar.

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah Ana nak cerita sikit tentang kedai kawan Ani ni, Kedai Printing dan Fotostat Paksu. Untuk pengetahuan semua yang kerjanya berkaitan Printing atau Photostat , Kedai Paksu ini saya amat-amat sarankan untuk anda berurusan. Sebabnya , kedai ini amat selesa untuk anda buat kerja. Ruang dalaman yang selesa, udara yang nyaman dan bersih, Tersusun dengan rapi pasti membuatkan anda selesa disana. Kedai Paksu ni juga Mesra pelanggan dan mudah mesra pasti anda takkan rasa terasing bila berurusan dengan Mereka. Sejujurnya , dari segi layanan dan persekitaran, saya bagi Lima Bintang untuk Kedai Paksu ni.  Kalau anda perlukan Plotter atau Printing Bersaiz A1, Kedai Paksu ada sediakan Mesin Plotter untuk kerja-kerja anda. Jadi kalau anda nak Print Plan rumah atau sepertinya, boleh datang Print di Kedai Paksu. Plotter Printer Disini juga tersedia tempat khas untuk anda buat kerja-kerja yang belum siap dengan santai. Suasananya pun berhawa dinggi...

Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation

Download dam Install Printer Driver Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation          Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini : Canon w...

Jenis-jenis Kategori Pelanggan Yang Perlu Anda Kenal Dalam Dunia Perniagaan

Jenis-jenis Kategori Pelanggan Yang Perlu Anda Kenal Dalam Dunia Perniagaan 1. Penjual dan Pembeli adalah dua pekara yang tak boleh di pisahkan dalam dunia perniagaan. Anda salah satunya tak ada, ia tak boleh di panggil bisnes. Jadi kalau kita nak berbisnes bermakna kita perlu bersedia untuk menghadap pelanggan dan karenah-karenah mereka. 2. Anda perlu kenal setiap pelangggan anda supaya anda dapat melayan mereka dengan dakar kemampuan anda. Tak semua antara pelanggan yang datang kepada anda tu boleh di belai seperti Raja. dan ada pelanggan yang anda perlu layan mereka seperti VVIP. 3. Ada orang kata "Costemer is always Right" , aku tak berapa setuju dengan slogen itu. Mungkin anda setuju dengan kata-kata itu, Itu terserah kepada pendapat masing-masing.  4. Bagi aku kalau Pelanggan tu susah nak di layan atau di handle, tak perlulah untuk kita memecahkan kepala untuk memberi layanan kepada dia dengan bersungguh-sungguh. Elok lepaskan saja dia pergi akau bahasa kasarnya tak per...

Tihamah

Dia dibangkitkan dari golongan tihamah, di akhri zaman menjelang hari kiamat, dibelakang badannya ada alamat, menghampirinya pasti akan mendapat rahmat, Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka, Binatang dhab pernah beriman denganya, pokok pernah memberi salam padanya, batupun pernah berkata - kata padanya, tunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya, Putih bersih dahinyanya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka, Putih bersih lahirnya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka,