Skip to main content

Penting! Untuk Peniaga Baru Shopee Tahu


Penting! Untuk Peniaga Baru Shopee Tahu

Assalamualaikum semua, Ana harap anda semua berada dalam keadaan sihat. Ana nak cakap-cakap sikit berkenaan perkongsian bagaimana nak servive dalam perniagaan di shopee.

Ana nak kongsikan pengetahuan ana ni untuk peniaga-peniaga yang baru berdasarkan pengalaman yang Ana tahu. Semoga apa yang bakal Ana kongsikan ini bermanfaat kepada anda semua.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Nak Memulakan Perniagaan atau mula nak Upload Produk kedalam  Shopee! Ini penting sebagai garis panduan bagaimana anda nak jalankan perniagaan shopee anda lebih teratur dan terancang. Setiap perniagaan tu mesti perlukan perancangan yang rapi jika anda nak perniagaan anda tu pergi jauh dan tak tersalah arah.


Pertama Sekali Anda Perlu Tahu Potensi Produk yang Kita Nak jual.

Ini penting supaya kita dapat menilai terlebih dahuli sejauh mana sesuatu produk tu boleh pergi atau akan mendapat sambutan. Seperti yang kita tahu, ada produk-produk yang Viral, malangnya ia tak bertahan lama.

Tak semestinya produk yang kita nak jual tu adalah produk viral, cukup kita tahu berapa banyak orang yang sedang cara produk tersebut perbulan. Kalau banyak, bermakna produk itu perpotensi boleh pergi jauh. 

Untuk mengetahui cara bagaimana untuk kita tahu jumlah carian sesuatu produk itu, kita boleh mengunakan Keyword Search di dalam Shopee Ads.


Perlu Tahu Persaingan Dari Penjual Yang lain.

Di dalam Shopee sangat mustahil untuk mencari produk yang orang lain masih belum jual. Pendek kata, apa saja produk yang terlintas di fikiran kita pasti sudah adalah di dalam Shopee. 

Kecualilah produk itu adalah buatan atau jenama kita sendiri. Kalau anda seorang usahawan, anda sebenarnya berpeluang besar untuk memperkenalkan dan memasarkan produk anda di dalam shopee. 

Kepada yang menjual produk yang sama atau produk yang telah ada lambakan dalam Shopee, kita perlu terlebih dahulu servy pesaing-pesaing yang menjual produk yang sama, antaranya kita perlu tahu Harga mereka, Gambar, Video dan penerangan produk.

Bila dah dapat semua maklumat itu, bolehlah anda memasang strategy untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang mempunyai produk yang sama.

Antara anda boleh buat adalah Samakan Harga dengan mereka atau turunkan sikit harga anda. Tapi bagi ana sendiri, tak berapa suka dalam persaingan harga ini. Kalau boleh elakkan banting Harga. Banyak lagi kaedah persaingan yang boleh kita buat dalam bersaingan dalam perniagaan. Anda boleh explore lagi dalam bab itu.

Hakikatnya dari pengalaman Ana berniaga di Shopee. Sebagai peniaga Baru terpaksalah lawan dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan Jualan pertama. Termasuklah turunkan harga. Ingat persaingan anda adalah terdiri dari orang-orang lama yang sudah menjual beratus2 item di dalam shopee.

Perlu Mendapatkan Produk Dari Pemborong Dengan Harga Yang Betul-betul Rendah.

Macam mana nak bersaing kalau anda menjual barang yang anda dapat dengan harga yang tinggi dari suplyer anda. Betul tak? Jadi pastikan , produk yang anda nak borong dan nak jual itu adalah produk yang harganya betul-betul rendah.

Perlu mencari suplyer atau pemborong yang betul-betul dapat memberi anda harga yang rendah seperti persaing-pesaing anda di dalam Shopee. Ini penting supaya anda dapat bersaing dengan mereka dan anda masih mendapat keuntunggan di situ.

Pemborong tersebut mestilah dari level yang pertama dan bukan level kedua atau ketiga.


Perlu Upload Gambar dan Video yang Jelas Dan Cantik.

Berniaga di Shopee ataupun secara online berbeza dari berniaga di Kedai-kedai biasa. Di Shopee, segalanya bergantung kepada gambar dan Video untuk di nilai oleh pegunjung. Di sini sangat penting untuk kita persembahkan Produk kita tu dengan sempurna. Gambar produk mestilah jelas dan lebih menarik lagi kalau di sertakan dengan Video Ringkas untuk meningkatkan lagi kepercayaan bakal pembeli kita.

Kesimpulannya, anda perlu beri perhatian pekara-pekara yang telah Ana sebutkan di atas. Itu adalah asas kekuatan yang perlu setiap peniaga Shopee ada. Jadi , kepada anda yang berhajat nak mulakan perniagaan di Shopee, nilai dulu perniagaan apa yang ada nak muda dan perlu selari dengan apa yang ana beri tahu di atas. Selamat Maju Jaya.

Kepada yang inginkan Ilmu Tambahan Tentang Shopee, dapatkan Panduan Cara Berniaga Di Shopee " Panduan Berniaga Di Shopee"

Baca Juga;

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Duit Sampingan dari Dapur: Untung Mudah dengan Tepung Premix yang Unik

" Duit Sampingan dari Dapur: Untung Mudah dengan Tepung Premix yang Unik " Assalamualaikum dan salam sejahtera, Liza Kamaruzaman, seorang isteri dan ibu kepada empat anak. Hari ini, Liza ingin berkongsi kisah bagaimana dia berjaya menjana pendapatan sampingan dari rumah dengan menjual tepung premix. Kisah ini mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda yang ingin membantu ekonomi keluarga tanpa perlu keluar rumah. Ikuti kisah Liza selanjutnya, teruskan membaca. Bermula dengan Kuih Tradisional Beberapa tahun lalu, saya memula itkan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih dari rumah. Setiap pagi, saya bangun awal untuk menyediakan kuih dan menghantarnya ke gerai-gerai berhampiran. Walaupun menyeronokkan, ia memerlukan banyak masa dan tenaga. Suatu hari, saya menerima tempahan besar melibatkan pelbagai jenis kuih. Masa penyediaan menjadi cabaran utama saya. Ketika itulah idea untuk membuat tepung premix timbul. Dengan menyediakan bancuhan tepung premix lebih awal, say...

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja Pasti semua orang yang sudah bekerja akan ada pengalaman yang tersendiri dalam menghadapi temuduga semasa proses mendapatkan pekerjaan. Temuduga kerja juga merupakan pengalaman yang akan di ingat sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau berjaya dalam temuduga tersebut. Tapi lain pula kepada orang-orang baru yang nak melangkah ke alam pekerjaan. Berpindah dari dunia pendidikan ke alam pekerjaan, setiap orang perlu menempuh dulu pengalaman termuduga kerja.  Persiapan untuk menghadapi temuduga tak boleh sesekali di pandang mudah, sebabnya mungkin peluang tersebut hanya datang sekali. Kalau tak gunakannya dengan sebaik mungkin, pasti kerja yg kita inginkan akan terlepas kepada calon temuduga lain. Di samping berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan, usaha juga perlu kita persiapkan supaya ia lebih sempurna. Menghasilkan Aura Positif Dalam Diri Persediaan untuk menghadirkan aura positif dalam diri hendaklah di lakukan 3 hari sebelum a...

Mengenal Allah dengan Jalan Makrifat

Assalamualaikum Semua.. Jumpa lagi.       Kali ini saya ingin sentuh sikit bab Makrifat Mengenal Allah, terlebih dahulu saya kenalkan diri yg saya ni bukanlah seorang alim ulamak, Tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk menulis apa yang pernah saya belajar dan faham dengan tajuk " Jalan Makrifat Mengenal Allah"       Sebab apa saya nak sentuh bab ini, ya memang ia tajuk agak besar dan beral kepada pencinta agama islam. Sebabnya hanyalah satu, saya lihat begitu banyak salah faham tentang Ilmu Makrifat Mengenal Allah ni... Bermacam-macam ragam masyarakat dalam cuba membicarakan Ilmu Makrifat ini...       Secara Ringkasnya Ilmu Makrifat ini ada di dalam Bab Ihsan. Pasti yg sudah tahukan Rukun Agama. Iaitu , Islam, Iman dan Ihsan. Saya akan berbicara Bab Ihsan iaitu Jalan Makrifat Mengenal Allah.       Sesiapa yang berminat untuk membaca tulisan saya ini, teruskan. Kepada yg sudah awal lagi tak setuju deng...

Malaysia Bukan Tempat Untuk Rasis

Pertahankan Perpaduan Malaysia Malaysia Bukan Tempat Untuk Rasis 1.  Sejarah menunjukkan Bangsa melayu adalah bangsa yang penuh dengan sifat lembut hati, sopan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Menuduh Melayu adalah satu bangsa yang penuh dengan Racis adalah salah. 2.  Namun begitu tak di nafikan ada segelintir orang melayu yang di lihat racis. ini di sebabkan mainan politik yang berlebihan oleh ahli-ahli politikus. 3.  Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum bukan tempat Racis. Walaupun Melayu mejoriti di negara ini, Melayu bukanlah bangsa yang Racis. melainkan ada pihak lain yang cuba menimbulkan isu Racis ini untuk kepentingan peribadi Pada satu ketika , Hangat di perkatakan “ Wartawan Malaysia Kini Di Serang dengan Rasis “ 4.  Timbul isu di mana seorang Wartawan Malaysia kini di serang di Facebooknya dengan serangan berunsur Racis. 5.  Apa yang aku lihat adalah mungkin orang melayu ya...