Mengenali Personaliti Diri dan Orang Di Sekeliling
|
1. Saya Mulakan Artikal ini dengan pertanyaan... " Mengapa kita selalu bergaduh ? "
Jawapan dari persoalan saya ini adalah sebab kita tak mengenali personaliti orang di sekeliling kita.
2. Orang di sekeliling tu termasuklah keluarga, kawan-kawan, Adik beradik dan sebagainya. Setiap orang di jadikan oleh Allah dengan sifat yang berbeza-beza. so dalam perbezaan itulah selalunya yang terjadi perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan.
3. Sebenarnya kita boleh je hidup dalam keadaan Harmoni tanpa stress yang berlebihan, hanya dengan belajar mengenali keperibadian atau personaliti seseorang. Bila dah kenal pasti kita akan mudah menghadapi segala permasalahan dengan tenang.
4. Pernah tak kita dengar ayat-ayat yang kasar-kasar seperti " Kau ni lembablah " , " Hang ni Loklaq la" kata orang kedah. " kamu ni sensetif sangat lah ".
5. Sebenarnya ayat-ayat itu menunjukkan keperibadian seseorang , tanpa kita sedar kita dah menyebutnya dalam kontak yang negetif.
6. Kita sebagai manusia biasa semua tak terlepas dari ada kelemahan diri masing-masing. Termasuk saya, bila berjumpa dengan orang yang tak pandai jaga hati orang seperti yg mulut leser, Pasti dia akan menembak je kelemahan kita tu tak kiralah di mana tempatnya, dan pasti akan menguris hati kita. betul tak? sapa yang pernah lalui? jadi kalau kita tak suka si mulut Laser tu, kita jaganlah jadi seperti si mulut laser tu.
7. Menurut pakar-pakar Motivator, Manusia ni di lahirkan dengan 3 Personaliti yang berbeza.
Iaitu saya sebut sebagai " Orang Mata ", " Orang Hati " , " dan " Orang Telinga "
8. Dengan 3 Kotegori ini, kita boleh tapis, " aku ni dalam katogeri mana? " "Pasangan aku ni dalam kategori mana ? " bila dah kena baru lah kita mudah faham.. dan tak perlu bersusah payah bersengketa lagi.
Ok Jom kita Lihat apa personaliti diri kita tu.
# 1 ; Orang Mata
Atau di kenali juga Kumpulan Visual, Kumpulan orang yang memiliki Personaliti ini mempunyai ciri-ciri seperti , Selalu menganalisis sesuatu dengan cara melihat. Otak mereka akan mula bekerja sebaik sahaja info-info yang mereka lihat di hantar.
Mereka lebih cenderong belajar dengan cara melihat sesuatu di depan mata. Selalunya mereka akan membuat sesuatu keputusan dengan terburu-buru. Buat dulu kalau ada masalah yang dia lihat baru dia belajar. Belajar dari Masalah.
Bila bercakap, kumpulan ini pasti mengunakan suara yang tinggi, cepat dan agak cerewet. Dalam bahasa mudah org berpesonaliti ini agak nampak kalam kabut sikit.
Biasakan kita tgok orang yang jenis Kalang kabut. Kadang-kadang tu huru hara di buatnya.
# 2 ; Orang Telinga
Di kenali juga sebagai Kumpulan berpesonaliti Audio. Ciri-ciri personaliti orang-orang dalam kumpulan ini lebih gemar menganalisa sesuatu benda melalui pendegaran dia. dia lebih selesa atau lebih peka dengan apa yang di dengar. Maklumat yang akan di hantar ke otaknya adalah melaui pendegaran.
Orang dalam kumpulan ini biasanya seorang yang lebih berhati-hati dalam membuat sesutu keputusan. Akan mengabil masa yang agak lama utk memberi jawapan. Terlalu teliti dalam merancang sesuatu Plan.
Contahnya, andai dia nak ke pasar, dia akan pastikan segala kelengkapan seperti bagul tempat letak ikan sudah di sediakan di dalam kereta. orang kumpulan ini, kalau orang tak faham akan kata dia orang yang lembab.
# 3 ; Orang Hati
Kumpulan ni selalunya akan menganalisa sesuatu pekara dengan mengunakan Hati atau budi bicara. Mudah risau kalau-kalau dia sudah melukakan hati orang. lebih gemar mengutamakan keperluan orang lain dulu berbanding utk dirinya.
Mereka ini sangat sensetif dan mudah tersentuh. kalau terluka seperti putus cinta contohnya. Kumpulan ini pasti sukar untuk move on.
Keputusan akan di buat mengikut keselesaan orang di sekelilingnya. asalkan tidak menyusahkan orang dia ok saja. Hati-hati berbicara dengan orang Hati.
Bila bercakap, mereka agak lambat dan berfikir agak mendalam sebelum melontarkan sesuatu buah fikiran.
9. Sekarang anda dah tau anda dalam Kategori yang mana? Ketiga-tiga kategori ini tak ada satu pun yang paling Buruk dan tak ada satu pun yang paling bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekuragan yang tersendiri.
10 Jadi anda tak harus susah hati jika anda dalam kategori yang mana pun. Semua ini di kawal oleh minda separuh sedar kita, ia bukan di buat-buat oleh kita sendiri. ia adalah keperibadian semula jadi setiap orang.
11. Apa yang boleh kita lakukan adalah belajar memahami untuk melengkapi antara satu sama lain. Hebatkan ciptaan Allah ini, bukan saja kita di cipta berbeza bangsa dan warna kulit. personaliti kita pun berbeza-beza.
Cuba Melengkapi Antara satu sama lain.
12. Bila sudah kenal, langkah seterusnya cuba memahami kelemahan dan kekuranggan pasangan kita tu. Andai dia seorang dalam ketegori dalam kumpulan orang Hati. Berhati-hati lah dalam bertutur kata pendek kata jagan lazer-lazer sangat.
13. Kalau dia orang Mata, Jgan lah di bebankan dia dengan tugasan-tugasan rumit. sebab mereka akan melangar jer dulu belajar kemudian. Tugas yang sesuai utk mereka yang memerlukan kepantasan dan kesegeraan, itu tugas yg sesuai untuk mereka yang kalut ini.
14. Kalau kerja-kerja yang perlukan kesegeraan di berikan kepada orang Telingan, pasti akan menghadapi Masalah sebab mereka akan terlalu lama mentafsir data yang ada dalam otak baru mereka bertindak. kerja yang sulit dan yang perlu penelitian, sesuai utk mereka.
Comments