04/01/2017

Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini

      Mungkin hari semalam kita gagal mencapai apa yang telah kita usahakan, mungkin sebab Allah masih tidak mengizinkan atau masih bukan rezeki. Jangan berhenti untuk terus berusaha dan terus untuk tidak berputus asa. sekurang kurangnya kita telah berjaya berusaha.

      Esok kita sambung berusaha dan andai semalam kita silap, pastikan kesilapan itu tidak kita ulang esok. Jika kita ter melakukan dosa semalam, berjanji pada diri takkan aku ulangi lagi. andai ada melakukan kebaikan semalam esok pertahankan dan perbanyakkan.

      Percaya kepada diri dan jangan putus harap pada nikmat Allah, jangan sekali kali melupakan Allah dalam setiap Langkah. Sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan. segera beristifar andai melakukan kesalahan.

      Mulakan dengan Bismillah dan akhirkan dengan Alhamdulillah semoga keberkatan akan seiring dengan kejayaan, Sentiasa bersyukur insyaallah esok mungkin menjadi hari yang terbaik dalam hidup kita. Jangan tinggalkan doa kepada ibu dan ayah di alam dunia mahupun yang sudah terdahulu pegi kepada yang maha Pencipta.

Pesan ini untuk jiwa aku yang kerap kali terlupa dan juga sebab esok belum tentu menjadi milik kita. 


No comments: