Kedah FA |
Sejujurnya aku sebagai orang Kedah yang sayangkan sukan bola sepak lebih-lebih lagi bila menyentuh berkenaan Pasukan Kesayangan aku , Pasukan Lang Merah atau pun sang kenari memang memberi kesah kepada hati.
Di celah-celah belakunya penyebaran wabak covid-19, satu lagi masalah besar yang di hadap oleh pasukan Kedah FA. Iaitu tunggakkan gaji yang masih menemui jawapan. Memang semua sedar dalam situasi wabak covid-19 sebakarang ni, semua pihak mendapat kesan termasuklah penaja-penaja utama Pasukan Kedah. Bagi aku inilah sebabnya masalah utama tunggakkan gaji pemain ini terjadi.
Semua pihak tidak menjanggakan keadaan sebegini akan belaku. Dan tak adillah untuk kita salahkan mana-mana pihak buat masa ini. Di samping itu aku mengharapkan ada jalan penyelesaian Masalah tunggakan gaji ini dapat di selesaikan dengan segera.
Dalam Berita Harian Online bertarikh 6 jun 2020. Ketua jurulatih Jurulatih kedah Aidil sharin telah menyuarakan kebimbanggan isu tunggakkan gaji ini.
Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak |
"Ya, secara jujur saya dan pasukan semakin risau memikirkan isu tunggakan gaji yang yang belum selesai lagi. Jadi, kami masih menantikan jawapan terhadap persoalan itu.
"Saya berharap dengan perubahan kepimpinan tertinggi dalam KFA dalam masa terdekat ini, perkara (gaji) ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera agar semangat dan moral pemain dapat ditingkatkan kembali.
"Sebagai jurulatih, saya perlu memastikan semangat semua pemain kekal teguh dan jika isu gaji ini tidak diselesaikan, sukar bagi saya memainkan peranan yang terbaik dalam membentuk pasukan," katanya.
Di Fahamkan sudah berbulan Para pemain tidak dapat gaji. Sebagai pemain profesional bola Sepak, pasti ia memberi kesan kepada kehidupan para pemain. Lebih-lebih lagi di Zaman sekarang yang segalanya memerlukan wang untuk berurusan.
Masalah ini kalau berlarutan tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya, ia akan pasti memusnahkan moral para pemain pasukan kedah khasnya dan Amnya seluruh Pasukan akan merasa impak negatif.
Pasukan Kedah FA sendiri akan berisiko berdepan tindakan daripada FIFA dan mungkin Lasen pasukan akan di Gantung.
Bagi aku sebagai penyokong pasti sakit mendengar berita-berita ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada Pasukan Bola Sepak kedah FA.
Kepada pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini. segeralah cari jalan penyelesaian dengan segera yang buang segala pekara-pekara yang menghalang usaha untuk menyelesaikan Maslah ini.
Baca Juga ;
Comments