Skip to main content

Jangan Dedahkan Number Kad ATM Bank Anda


Jangan Dedahkan Number Kad ATM Bank Anda

1. Dunia zaman sekarang ni semuanya canggih, Perompak dan pencuri pun dah canggih. Kalau dulu penyamun mengunakan kekerasan keatas mangsanya, tapi sekarang mereka pun dah update modusoperandi mengikut peredaran zaman.

2. Bermacam-macam penipuan di media sosial, di alam maya dan melalui saluran telefon anda. Jadi untuk kita persiapkan diri supaya tidak mudah di perdaya oleh sendiket-sindiket penipuan ini.

3. Saya secara peribadi telah menulis di blog ini pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain berkaitan penipuan cyber ini. Saya pasti semua orang pernah mendengar dan membaca kisah-kisah mangsa penipuan ini. ada yang kehilangan berratus dan berpuluh ribu Ringgit. Apa yang peliknya , mangsa-mangsa ini terdiri dari golongan yang boleh di katakan bijak-bijak belaka kalau berdasarkan latar belakang pekerjaan mereka.

4. Salah satu cara penjenayah inginkan daripada anda adalah Number di Kad ATM anda. Bahaya jika anda tedahkan.

5. Menurut Maklumat oleh mangsa yang pernah di tipu oleh cara ini. Dia di telefon secara terus oleh penjenayah dangan menyamar dari pihak Petronas dan ada berita gembira untuk mangsa. ya lah sapa yang tak teruja kalau syarikat terkemuka di Malaysia nak berikan hadiah berupa duit kan.

6. Sebelum itu, secara profesonalnya , penjenayah alam maya ini sudahpun membuat ulangkaji dan penyelidikan mengenai latarbelakang Mangsa yang makal mereka tipu. Tak pasti di mana mereka ambil data peribadi ini tapi yang pasti mereka ada semuanya. seperti maklumat nama ibu/bapa kita, No IC, Alamat rumah, sekolah dan sebagainya boleh di katakan serba lengkap.

7. Dengan maklumat-maklumat itu juga membuatkan Mangsa semakin teruja dan nak tahu lebih lanjut apa yang seterusnya. di sinilah mereka memainkan peranan dalam lakonan menipu mereka.

8. Sebenarnya dalam Banyak-banyak maklumat yang mereka dapat berkaitan diri anda, mereka masih belum dapat mencuri duit dari akaun Bank anda. jadi usaha seterusnya adalah mengorek maklumat akaun bank anda dari keterujaan anda tadi.

9. Mereka hanya memerlukan 4 digit Terakhir Number di Kad ATM Bank anda. sebab hanya 4 digit terakhir tersebut mereka tak tahu.


10. Jadi jika anda dedahkan kepada mereka Number di Kad ATM tersebut, dengan sekelip mata saja duit di dalam akaun Bank anda akan lesap. Sebab itu pihak bank dan Polis berulang-ulang kali mengigatkan supaya kita tak kongsikan maklumat Akaun Bank kita.

11. Ya dengan semudah itu kerja mereka, jika anda kurang ilmu, ia akan jadi lebih mudah untuk penjenayah-penjenayah ini buat kerja mereka.

12. Akhir kata dari saya , sentiasa berwaspada dengan tawaran hadiah melalui pangilan telefon. Jika nakkan kepastian pergi terus ke Bank-bank yang berdekatan untuk menanya sendiri adakah ini benar atau salah. Jangan sekali-kali kongsi Maklumat Perbankkan anda kepada mana-mana orang.

13. Berikut adalah artikal-artikal yang pernah saya post berkaitan dengan Jenayah Penipuan di Alam Maya.

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...