Skip to main content

Tempat untuk mempromosikan perniagaan Secara online


Platform Berniaga online
Online Business

Tempat untuk mempromosikan perniagaan Secara online

Assalamualaikum , Hari ni saya nak sembang-sembang tajuk " Tempat untuk mempromosikan perniagaan online " secara umum. 

Untuk mengetahui tempat di mana anda boleh dapatkan barang-barang borong murah dari anda boleh baca di sini " Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan "

Dan anda juga boleh baca " Cara Beli Barang Dari China Masuk Malaysia ".

    Selalu kita baca dan dengar tentang kejayaan sesetengah orang dalam melakukan perniagaan di Internet, Kadang-kadang kita fikir betul ke atau mereka terlibat di dalam kerja-kerja penipuan di internet.

Bila kita dah cuba nak berjinak-jinak dalam perniagaan secara online baru kita tau yang kerja cari duit di internet ni bukannya senang seperti di sangka.

Beza antara yang berjaya dengan gagal semestinya ilmu. Kalau kita tanya kepada mereka yang dah boleh jana income secara online, pasti mereka akan ceritakan pengalaman, tektik dan teknik yang mereka lakukan dan itu semua adalah ilmu yang mereka ada.

Kalau hentam samberono saja dalam mencari keuntungan dlm perniagaan di internet tanpa ilmu, takut-takut nanti diri kita mudah di tipu dan di ambil kesempatan oleh scammer.

Salah satu sifat yang perlu ada dalam diri sesiapa saja yang berhajat untuk berjaya dalam perniagaan online adalah mesti kena fokus dan konsisten.

Fokus dan Konsistensi atau bahasa mudah tak mudah berputus asa , selalunya menjadi kayu penggukur kejayaan seseorang. Ramai yang tidak sabar sebab salah faham dalam minda mereka. Mereka menganggap perniagaan online ini seperti skim cepat kaya. Kalau buat mesti nak cepat bejaya atau nak kaya cepat. Minda seperti ini perlu di buang jauh-jauh.

Jadikan Internet sebagai medium merketing dalam mempromosikan perniagaan anda. 

Tak ada istilah skim cepat kaya di dalam internet atau online ini. Kalau anda teruja bila dengar program-program di internet yg menjanjikan kekayaan dlm sekelip mata, ketahuilah anda sedang terdedah dengan risiko penipuan.

Secara ringkas yang saya nak bg tau, tak ada benda yang mudah dalam internet ini seperti juga business secara tradisional atau offline.
Kedua-duanya memerlukan usaha, kesungguhan dan fokus dengan ilmu-ilmu yang benar.

Berniaga online sebenarnya sama saja berniaga secara offiline. Memerlukan kesabaran yang tinggi di samping plan-plan perniagaan yang betul. bezanya cuma Kalau berniaga offline ataupun konvensional adalah dengan secara bersua muka, memerlukan kedai untuk beroperasi dan memerlukan pelangan datang berkunjung ke kedai anda.

Berniaga secara online pula segala-galanya di lakukan hanya di depan komputer yang boleh akses kepada internet. anda hanya perlu membuatkan pelangan nampak penglibatan business anda di dalam internet.

bagi saya sudah tentulah berniaga online ni lebih mudah dan senang sebab tak perlu sewa kedai yang mahal dan memerlukan pekerja yang ramai untuk beroperasi.

Tempat-tempat untuk mempromosikan perniagaan secara online

Di sini saya ingin kongsi beberapa tempat atau Platform Untuk anda mempromosikan perniaga kepada bakal-bakal pelangan anda secara online.

1. Promosi Perniaga di Facebook

Platform Untuk Perniagaan online
Facebook

    Berniaga di Facebook begitu populer dan menjadi media utama kepada usahawan-usahawan untuk mempromosikan Brand perniagaan mereka.

Facebook adalah medium media sosial yang bergitu sesuai untuk memperkenalkan Jenama (Brand) anda kepada umum. Sebagai pengetahuan semua , Branding jenama perniagaan anda adalah pekara yang utama yang perlu anda buat jika nak mulakan sesuatu perniagaan.

Facebook adalah tempat yang paling sesuai untuk anda mencorakkan perniagaan anda lebih-lebih lagi perniagaan yang baru nak mula.

Untuk mengunakan Facebook untuk megembangkan Business anda , anda mestilah mempunyai akaun Fanpage Jenama perniagaan anda sendiri. Fanpage ini akan berfungsi sebagai office atau Kedai anda.

Penting untuk anda mencari Fan yang targeted kepada perniaga anda. contoh jika anda berniaga kain tudung, Fan anda mestilah dari kalangan wanita.

Tak ada yang free, anda memerlukan iklan berbayar FBads untuk bersaingan di medan Facebook. Anda perlu menimba ilmu dalam cara yg betul bagaimana nak gunakan FBads supaya duit yang anda laburkan dalam pengiklanan akan hilang begitu saja.

Apa yang anda perlu fokus adalah usahakan untuk menukar audience fan di page anda menjadi sorang pelanggan tetap anda. Anda perlu bersabar sebab ia tak akan bertukar dengan sekelip mata.

Pernah saya post tentang Cara nak berniaga di Facebook.

2. Berniaga Di Shopee atau platform seumpamanya.

Shopee Platform Untuk Perniagaan online
Shopee

    Shopee adalah satu website perniaga online yang terbesar di Malaysia ketika ini. Berjuta transaksi perniagaan di dalam shopee, sudah beratus juta mereka laburkan dalam melakukan Promosi. 

Anda tidak perlu melakukan promosi di luar jika anda berniaga di dalam Marketplace sebab segala-galanya telah pihak shopee lakukan.

Apa yang menjadi permasalahan bila berniaga di dalam Shopee adalah anda perlu bersaing dengan Beribu-ribu orang perniaga seperti anda. Itulah cabaran utama berniaga di dalam shopee.

Di shopee anda boleh settingkan kedai Maya anda yang sudah di sediakan oleh pihak shopee secara free sahaja. Gunakan Brand perniagaan anda.

Fokus utama anda bila berniaga di Shopee adalah cari jalan bagaimana nak meletakkan Iklan anda berada di bahagian yang paling atas supaya mudah nampak dan di klik oleh pegunjung dan seterusnya akan membuat pembelian.

Anda tak boleh lari dari mengeluarkan sedikit modal untuk bersaing di dalam Shopee, kalau di Facebook di namakan FBads, Di shopee pulak ada perlu guna MyAds. Tapi cara pergunaan juga perlu betul agar duit anda laburkan tidak hangus begitu saja.

3. Mengunakan Platform Blogger

Blogger Platform Untuk Perniagaan online
Blogger

     Platform Blog ini antara yang paling lama di gunakan oleh peniaga dan ia masih kekal releven sehingga sekarang. Blog wujud di awal-awal dunia internet dan online ini datang dan ia terus berkembang mengikut peredaran zaman.

Contoh medium Blog yang populer adalah Blogspot, Wordpress dan sebagainya. yang menariknya ia adalah free. anda tak perlu sewa web hosting seperti nak bina website.
 
Sudah tentulah ada cabaran yang tersendiri jika nak jadi seorang blogger. Anda perlu berusaha memastikan Blog anda di kunjung ramai pembaca atau tingkatkan traffic visitor ke blog anda.

Apa yang anda perlu Fokus dalam blogging adalah anda mesti tingkatkan Page Ranking anda di Google. Google adalah search engine yg utama dan yg paling populer di dunia buat masa sekarang.

Jika Kekuatan Ranking blog anda kuat, segala keyword yang orang cari di Google pasti artikal berkaitannya dalam Blog anda akan naik di kedudukan pertama atau sekurang-kurangnya di Page pertama carian. Barulah orang akan nampak kewujudan Blog anda dan seterusnya traffic akan meningkat.

Ok , itu saja Tempat untuk mempromosikan perniagaan Secara online yang dapat saya kongsikan kali ini.

Sebenarnya banyak lagi medium media sosial yang boleh anda gunakan untuk kepentinggan Business anda. dan mungkin akan saya sentuh di Post yang lain.

Anda mungkin berminat membaca cara nak jadi perniaga Dropship tanpa memerlukan anda simpan Barang. boleh baca di sini " Mencari Supplier untuk business Dropship "

Jika anda betul-betul serius untuk mendalami ilmu perniagaan secara online, Saya sarankan anda timba ilmu terlebih dahulu supaya anda tidak melakukan kesalahan yg merugikan wang dan masa.

Antara tokoh Rakyat Malaysia yang dah berjaya dalam perniagaan Internet ini adalah saudara Irfan Khairi. Anda boleh rujuk beliau dan dapatkan Buku penggalaman dan ilmu yang di kumpulnya selama bergelar usahawan internet. Dapatkan Di Sini. 

Sampai di sini dulu post untuk hari ini. Assalamualaikum.

Baca Juga ;



Comments

Popular Posts

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...

Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation

Download dam Install Printer Driver Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation          Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini : Canon w...