Kedai Gunting Rambut Lagen Pekan Napoh, Jitra Kedah Ana masih ingat lagi dizaman persekolahan. Waktu sekolah rendah, memang Ana tak kesah sangat tentang fesyen rambut. Kemana saja Ayah Ana bawa pergi gunting rambut, Ana ikut saja. Dan fesyen rambut macam mana ?, Ana serah je pada tukang gunting. Selalunya , kedai kegemaran ayah Ana kedai ini lah; Walaupun Signbord tak ada, tapi Ana dan penduduk sekitar sudah kenal dengan "Kedai Rambut Bau". Diusahakan oleh seorang berumur 60-an yang berbangsa Siam. "Bau" dalam bahasa Siam bermaksud "Abang" berdasarkan apa yang ana taulah. Untuk pengetahuan semua, Daerah saya iaitu Kubang Pasu Kedah, memang Ramai Penduduk yang berbangsa Siam. Orang Siam disini sudah tinggal sebelum merdeka lagi dan mereka juga perduduk berstatus BumiPutra. Yang Ana tahu , sudah lebih kurang 30 Tahun kedai gunting rambut ini beroperasi. Memang Betul-betul Legenlah Abang Bau kita ni. Hari ini Ana bawa Ayah pergi gunting rambut di kedai Bau S...