Skip to main content

4 Cara Menabung Yang Kreatif dan Efektif, Jom Cuba

Menabung
Menabung , satu perkataan yang sering kita dengar dari kecil lagi. Saranan untuk menabung ini sering di ungkapkan oleh cikgu mahupun ibubapa kita. Kata mereka untuk simpanan masa hadapan.

Tapi, sejauh manakah nasihat dan saranan itu kita lakukan, atau rasa tak kesah pun. Menabungpun kalau ada mood saja. Ada yang langsung tak ada tabung pun, betul tak.

Sebenarnya tak susah pun menabung ni. Yang susahnya apabila nak istiqamah tu, nak lakukan berterusan, hah itu yang susah . Tak ramai yang boleh berdisiplin untuk kekal mantain menabung.

Kadang tu, duit yang dalam tabung pun di korek sebab terdesak. Tapi kalau dah betul-betul terdesak apa boleh buatkan, terpaksalah korek tabung, memang itupun tujuan untuk menabung, boleh guna di waktu terdesak.

Tapi kalau dah korek tabung tu terencatlah sikit plan untuk di gunakan pada masa depan.

Di sini saya inginkan 4 tips populer yang boleh digunakan sebagai motivasi untuk sentiasa istiqamah dalam menabung. 
4 Cara Menabung Yang Kreatif dan Efektif, Jom Cuba.

1. Kumpul duit syiling.
Duit syiling
Duit syiling selakunya kita tak ambil kesah sangat. Ada sesetengah orang tu biar saja duit syiling berselerak. Nak cuci baju pun duit ada dalam mesin basuh. Di celah sofa ada saja duit syiling . Ini tak sepatutnya terjadi.

Duit syiling memang nampak kecil nilainya. Tapi kalau simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugakan. Mulai sekarang, kalau sampai je di rumah, ada syiling dalam seluar atau wallet tu terus simpan didalam tabung.

2. Menabung dengan Mr Hijau RM5.
Duit 5ribggit
Setiap kali anda jumpa duit hijau dalam poket seluar ataupun wallet, anda mesti asingkan dan simpan untuk di masukkan kedalam tabung. Tak kisahlah berapa keping, asalkan hijau anda mesti asingkan dan jangan belanja. Jadikan ianya sebagai tabiat baik yang anda amalkan.

3. Menabung mengikut kalender dangan cara menurun.

Contohnya, pada 1 Haribulan, anda mesti menabung RM30, Pada 2hb mesti menabung RM29, 3hb menabung RM28, hinggalah sampai habis bulan.

Dengan cara ini dapat membuatkan kita lebih fokus untuk menabung sebab otak memainkan peranan untuk mengigatkan kita. 

4. Menabung Duit RM 1.
Cara ini sama saja dengan cara simpan duit hijau tadi. Cumanya duit RM1 adalah duit kertas yang paling kecil sekali.

Caranya cuma simpan saja duit kertas seringgit kalau ada dalam poket pakaian ataupun wallet anda. Jadikannya tabiat menabung anda.

Anda boleh pilih salah satu dari 4 cara menabung di atas ataupun nak lakukan keempat-empat cara di atas, Tak ada masalah. Segalanya terserah diri anda sendiri. Langkah tersebut cuba membantu anda lebih fokus dalam usaha untuk anda menabung. Selamat mencuba, mulakan dari sekarang.

Comments

Popular Posts

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m...