Skip to main content

Mak Cik Bawang dan Pak Cik Bawang, Anda Suka Akan Kehadiran Mereka?

Mak cik bawang
Mak Cik Bawang 
Mak Cik Bawang dan Pak Cik Bawang, Anda Suka Akan Kehadiran Mereka?

1. Rasanya saya dah tak perlu perkenalkan lagi siapa mereka, pasti semua dah kenal dengan Mak Cik Bawang dan Pak cik bawang ni. Cuma persoalan saya, adakah anda selesa dengan kehadiran mereka ?

2. Istilah membawang ni sekarang sudah biasa dalam masyarakat lebih-lebih lagi dalam dunia netizen. Ada yang di angkat menjadi tentera bawang Malaysia, dengar mcm agak melucukan, tapi awas kalau anda menjadi mangsa serangan tentera bawang, pasti kucar-kacir hidup anda.

3. Sejujurnya, aku tak suka sangat kepada Mak Cik Bawang dan Pak Cik bawang ni. Kalau aku jumpa mereka-mereka ni, selalunya aku tak banyak berbual dengan mereka sebab aku tak suka. Bila dah tak suka, topik yang nak dibual pun tak banyak lah kan. Cuma soalan-soalan basic je lah, " mak cik dah makan ke?, pak cik sihat ke?" Lepas tu belah.

4. Bukan apa takut , kalau banyak sangat maklumat yang kita bagi dekat mak cik dan pak cik bawang ni, takut nanti kita pula di bawangnya bersama geng-geng bawang dia kan. So, untuk langkah berjaga-jaga baik tak payah layan sangat orang-orang mcm ni.

5. Nak nasihat pun , masing-masing dah Tua dah. Rasanya dah berbuih mulut Ustarz dan Ustazah menasihat di masjid, disurau, dalam Tv, dalam Radio. Tapi nampak mcm curah air pada daun keladi saja.

6. Bukan mereka tak tahu dosa pahala. Kalau benda yang di bawangkan tu adalah betul-betul belaku, itu di namakan mengumpat. Kalau benda yang di bawangkan tu salah, tu di namakan Fitnah. Kedua-duanya adalah salah di sini Agama Islam. Kalau mengaku diri Muslim, hentikanlah tabiat suka membawang tu wahai mak cik dan pak cik.

7. Berdasarkan pengetahuan aku lah kan. Selalunya Mak Cik dan Pak Cik yang suka membawang ni lah yang paling kuat sentap kalau tahu ada orang membawang tetang diri dorg , betul tak? So memang betullah aktiviti suka membawang ni tak ada sapa pun suka. Cuma sedap mengata orang je, mungkin syaitan yg sedang berkata-kata dalam diri tu. Berkata baik atau diam.

8.Banyak sebenarnya topik-topik yang boleh di bincangkan masa kumpul ramai-ramai di petang hari tu. Antaranya boleh share menu2 masakkan, boleh bincang bab cara nak jana pendapatan lebih, maklum lah sekarang zaman covid semuanya jadi susah. Yang lelaki pula boleh sembang bab bola ke. Tak la topik tu berkisar berkaitan anak Mak Cik Kiah yang tak beranak-beranak sampai sekarang tu.

9. Saranan aku,  cukup-cukuplah membawang tu, sekarang ni kita hidup dalam Normal Baru, buang lah tradisi lama dalam masyarakat kita yang suka membawang, yang suka mengumpat sesama saudara semuslim tu. Perbanyakkan lah berzikir bertahmid dan bertasbih. Tak ada seorang pun akan menongkat dunia ni. Ayohlah bina masyarakat yang lebih harmoni. Say no kepada membawang.

10. Sekian saja artikal membawang saya kepada mak cik dan pak cik bawang ni.. hehehe

Comments

Popular Posts

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m...