Skip to main content

Tips Untuk Peniaga Baru Shopee, 2 Kesalahan Besar Dalam Penggunaan Shopee Ads

Tips shopee ads
1. Sebagai peniaga yang baru memasarkan produk dalam laman shopee, Shopee Ads salah satu pekara yang perlu kita belajar dan mendalami sejauh mana Shopee Ads ini dapat membantu melonjakkan jualan di Shopee.

2. Shopee Ads adalah iklan berbayar yang tujuannya adalah untuk menolak iklan produk kita berada di halaman yang paling utama.

3. Maksudnya, kita perlu mengeluarkan duit kepada shopee untuk mengunakan shopee ads ini. Di sebabkan ia bukanlah free, maka kita perlu mengunakan ia sebaik mungkin supaya duit yang kita laburkan itu tidak melebur begitu saja.

4. Pulangan hasil yang dah kita laburkan itu mesti setimpal dengan jumlah yang telah kita keluarkan. 

5. Kita perlu faham, di dalam shopee ada beribu seller seperti kita yang juga berlumba-lumba bersaing sesama sendiri untuk menjual.

6. Seringkali, peniaga yang baru akan tewas dalam persaingan ini dengan seller yang sudah otai disebabkan pengalaman yang mereka miliki.

7. Tapi, tu bukan alasan untuk peniaga yang baru ceburi berniaga di shopee untuk mengangkat bendera putih. Bukan namanya bisneslah kalau tak ada pesaing, betul tak. Mereka yang otai tu pun bermula dari kosong.

8. Tapi kalau usaha utk mencari ilmu tetang selok-belok berniaga di shopee ini tak kita ambil, sampai bila-bila pun kita di tahap ziro.

9. Sebelum ini saya ada kongsikan sedikit pengetahuan tentang "Tips Berniaga Di Shopee Untuk Newbie" . Kalau anda belum baca, boleh baca sekarang. Kali ini saya nak kongsikan pula;
2 kesalahan besar dalam penggunaan Shopee Ads.

10. Dua kesalahan ini kalau anda lakukan ia akan membuatkan duit yang anda laburkan untuk shopee ads ini akan melebur begitu saja. Atau anda akan dapati , pendapatan yang anda dapat dari apa yang anda telah laburkan tidak setimpal malah akan membuatkan anda rugi.

11. Dua kesalahan itu adalah;
(11.1) Terlalu terikut-ikut dengan nilai Bid keyword.
Ini belaku dlm Keyword ads dimana kita akan melawan harga bid keyword. Siapa yang letak harga yg tinggi, maka iklan dialah yang akan berada di rank teratas.
Iklan yg ada tanda "Ads"
 Bermaksud iklan itu berbayar

Di sinilah timbul salah faham oleh peniaga shopee yang baru apabila dia nak berlumba-lumba untuk meletakkan Iklannya berada betul-betul di ranking pertama, lalu dia telah meletakkan harga bid yang terlalu tinggin.

Kita perlu ingat, duit anda akan di potong setiap kali ada orang klik pada Ads anda. Dan tak semestinya orang yang klik itu akan terus membeli. Kalau harga Ads anda terlalu tinggi, maka duit yang anda belanjakan utk ads itu akan cepat habis atau melebur.

Saranan saya, jangan terlalu terikut-ikut dengan harga Bid Keyword yang dah ditetapkan itu, sebagai peniaga baru, cukup untuk kita setkan nilai bid yang paling rendah Untuk setiap Keyword. 

Bid keyword terendah untuk shopee Ads adalah 0.06 sen untuk satu keyword. Utk langkah ini, kita boleh setkan seberapa banyak keyword yang berkaitan produk yang kita nak.

Walaupun bid kita letakkan rendah, ads kita masih mampu berada di antara kedudukan terbaik diantara ratusan ads yang bersaing. Peratus untuk orang klik dan beli tetap ada. Kita boleh tingkatkan klik dengan memperbanyakkan Keyword yang bersesuaian.

Tips untuk pengunaan Keyword untuk ads saya akan kongsikan pada lain waktu.

(11.2) Ads tak betul-betul targeted.
Kesalahan ini akan menyebabkan ads kita di klik oleh orang yang tak sepatutnya. 

Contoh, kalau ada orang sedang cari baju hujan di shopee. Dia akan terus type Baju Hujan dalam system carian Shopee makan akan naiklah ads baju hujan.

Kalau Ads yang naik tu adalah baju kurung, bermakna ada masalah dengan setting Ads tersebut. Ini yang perlu kita elakkan.

Orang yang nak cari baju hujan tadi takkan beli baju kurung sebab apa yang dia cari adalah baju hujan, bukan baju kurung.

Apabila dia terklik pada ads anda, duit akan di tolak oleh shopee begitu saja. sebab itu keyword kita mesti betul-betul tergeted dan akan di klik oleh orang betul.
Untuk setting dengan betul, anda boleh rujuk pada gambar di atas.

Di bahagian Match Type dlm bulatan merah jambu. Di situ ada dua pilihan yang anda perlu ambil. Pilihan itu adalah Broad Match dan Exact Match seperti dalam bulatan bujur berwarna biru.

Pastikan anda memilih Exact Match bagi setiap Keyword anda ada.

Exact Match membuatkan Keyword yang di cari lebih tepat. Sebagai contoh. Kalau orang tadi mencari Baju Hujan, lalu dia Type Baju Hujan, Ads yang naik hanyalah baju hujan. 

Broad Match pula akan menghasilkan Jawapan dari carian yang lebih rawak dan luas. Kalau pencari type "Baju Hujan", Segala jenis baju akan keluar termasuklah baju kurung tadi. Sebab itu Broad Match tak sesuai digunakan oleh sebab-sebab yang saya beri di atas.

12. Untuk menambah lagi ilmu yang lebih bernilai tentang cara-cara berniaga di shopee. Anda boleh klik pada di pautan ini

13. Saya harap, apa yang saya kongsikan tadi dapat memberi sedikit manfaat kepada anda peniaga baru Shopee. Terima Khasih sebab membaca.


Teringin Nak Mula Berniaga online seperti di Shopee dan Lazada, Tapi tak ada produk yang nak jual?

Jangan risau, Klik DiSini untuk tahu rahsia dari mana beribu-ribu produk yang peniaga shopee dan Lazada Borong.

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali 1. Assalamualaikum semua... Bagaimana Cara Semak No Tellefon Yang Tak Diketahui Pemiliknya? Pasti semua alami pekara ni kan ada org Call tapi kita tak tahu no tel tu sebab tak ada dlm List no Hp kita.. Kadang2 tu rimas Juga No yg tak di kenali ni sering ganggu kita kan. 2. Ada caranya utk Kita nak kesah No tu Milik siapa... iaitu melalu App Website  https://www.truecaller.com . Caranya Masuk dlm Website tersebut... dan terlebih dahulu Sign in dengan Mengunakan Google akaun iaitu dengan Gmail anda... Pada yg belum ada akaun Gmail tu kena buat dulu la di  Klik disini  utk buat Daftar Gmail. 3. Akan Terpapar seperti Gambar Dibawah.. Selepas Anda sudah Sign In.. baru anda di benarkan Search No tel yg tak di ketahui itu di Bahagia  " Search a Phone Number " 4. Bila anda sudah Search no tersebut.. anda akan di beritahu nama samaran Empuya no tu... sebab apa nama samaran? di sebabkan nama tu di ambil dlm database Web true ...

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan K...

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee.

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee. 1. Shoppe merupakan Laman E-dagang yang terbesar di Malaysia buat masa ini. Berpuluh juta transaksi Wang telah berlegar didalamnya. 2. Sesuai dengan zaman, platfrom e-dagang sudah tak boleh di ketepikan lagi. Untuk bersama bergerak menuju dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini, kita harus bersama-sama turut serta libatkan diri didalamnya. Kalau tak, takut nanti kita ketinggalan jauh dibelakang. 3. Melihat orang lain sebuk berurusan di depan Laptop dan Smartphone dalam dunia online, kita masih lagi dengan cara lama berbisnes yang segalanya mengunakan kaedah offline. 4. Sudah tentulah kelebihan lebih kepada mereka yang pandai mengunakan platform online berbanding offline sebab jangkauan online lebih jauh berbanding kaedah offline yang hanya mampu menjangkau sekitar pekan dan daerah tertentu sahaja. 5. Ilmu adalah satu alat utama untuk kita meneroka dunia perniagaan online ini. Berniaga di Shoppe juga tak terlepas daripada keperluan ke...

Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan

Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan 1. Nasi Lemak boleh dikatakan sebagai Makanan wajib kepada rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. Ada yang mengatakan Nasi Lemak adalah manu Kebangsaan Negara Malaysia. Ia bukan sahaja di gemari oleh Rakyat tempatan malah masyarakat antarabangsa juga mengenali Makanan kebanggaan negara kita ini. 2. Nasi Lemak adalah makanan yang lengkap dengan Khasiat dalam sesuatu hidanggan. Tanggapan sesetengah orang yang mengatakan Nasi Lemak adalah makanan yang tak sihat sebab ianya banyak lemak adalah tanggapan yang salah sama sekali. Kita kena tahu untuk membezakan lemak makanan yang jahat dan mudarat dan Lemak yang baik sebagai sumber tenaga pada tubuh. Lemak santan kelapa di dalam Hidangan Nasi Lemak adalah Lemak yang baik untuk Tubuh Badan. 3. Ada kajian pakar pemakanan yang mengatakan Nasi Lemak adalah antara makanan yang seimbang dan lengkap sebagai diet permakanan sihat, kalau di makan dengan kadar yang betul. 4. Saya rasa kalau se...