1. Pagi ni rasa nak menulis, tapi idea tak datang, tapi nak tulis jugak... Nak tanya nih, korang pernah bercinta tak ? pernah tak ada perasaan kasih dan sayang dalam diri atau hati tu ? mesti la ada kan, kalau tak ada, tak normal la kan bagi seorang yang bernama manusia. Tak kisahlah bercinta dengan sapa pun, Tok Wan ka, Nenek, Mak/Ummi/Ibu Ayah/Abah femily, semuanya cinta kurniaan Allah yang di cari-cari setiap insan.. Tetapi cinta yang paling agung hendaklah bersemi sepenuhnya di sanubari iaitu cinta kan Allah dan Rasullullah. 2. Ada lagi ker yang tertinggal tentang kisah cinta mencintai ini... ? ada lagi ni tertinggal, cinta suami isteri. maklumlah rumah belum bertangga, isteri sayang suaminya dan suaminya mengakasihi isterinya pastinya akan membuatkan dunia ini berseri. Tentang Cinta kasih kekasih ni, tak nak la nak di highlight sangat, apa pun, panduan cara hidup seorang muslim haruslah kental di dalam diri untuk menghadapinya supaya tidak terjerumus dalam cinta nafsu semata-mata....